Tuesday, June 30, 2009

Memang Binatang!

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Sadis dan mengerikan apabila seorang betina yang sudah berzina dengan jantan sundal, membunuh bayinya dengan tangannya sendiri.

Moga Allah melaknat kamu, wahai betina! Kamu lebih buruk daripada binatang.

Wanita rendam bayi sampai mati

KUANTAN 29 Jun – Jika haiwan sanggup bergadai nyawa untuk melindungi anaknya, lain pula yang berlaku kepada seorang wanita di sini.

Tidak diketahui ke mana hilang sifat keibuan wanita itu sehingga tergamak membunuh bayi sendiri.

Puncanya hanya kerana si ibu dikatakan tertekan dengan teman lelaki sehingga nekad merendam bayi perempuannya yang baru dilahirkan ke dalam baldi cat di sebuah rumah sewa di Wisma Bola Sepak, Jalan Gambut.

Wanita berusia 26 tahun dan berasal dari Felda Keratong, Muadzam Shah dekat Rompin itu dipercayai baru dua hari menyewa bilik di wisma tersebut bersama seorang kenalan wanita untuk mencari kerja.

Mujurlah kejadian yang berlaku kira-kira 6.30 pagi itu disedari oleh beberapa penghuni rumah sewa yang terdengar tangisan bayi dari dalam tandas di wisma itu.

Wanita itu pada mulanya enggan membuka pintu walaupun didesak. Dia sebaliknya hanya berbuat demikian setelah kira-kira sejam. Itupun selepas bunyi tangisan bayinya yang terendam dalam baldi cat berisi air bersama tali pusat, tidak kedengaran lagi.

Wanita itu hanya menangis tanpa henti. Keadaannya tidak bermaya dengan darah berlumuran di tubuh dan lantai tandas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Pemangku Supritendan Zulkifli Taha berkata, siasatan pihaknya percaya suspek bertindak demikian kerana mengalami masalah dengan teman lelakinya.

“Suspek dipercayai merahsiakan dirinya mengandung dan hanya mengatakan sakit perut kepada rakan-rakan ketika hendak melahirkan anaknya itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini hari ini.

Memang semakin menjadi-jadi peristiwa pembunuhan bayi ala-Jahiliyah di Malaysia sekarang.




5 comments:

  1. yop.

    sekarang masih kita cari salah siapa...
    ibu mengandungkah...
    lelaki hampeh tu kah
    perempuan tu kan....
    PM kan.....

    pastinya.
    perempuan tu dah jauh dari agama.itu yg pasti.jadi kesempatan diambil oleh lelaki yg hampeh.........

    ReplyDelete
  2. hai ntah laa.... makin hebat kes-kes begini di negara kita...akal semakin pendek, nafsu menguasai diri, tak takut pada Allah.... ya Allah...takutnya saya

    ReplyDelete
  3. Cara kita yg paling mudah dan berkesan ialah sentiasa berdoa utk kesejahteraan.

    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete
  4. Bang Jinggo, saya marah sangat. Alangkah malangnya bayi itu.

    Dia tak bersalah, malah tak berpeluang untuk hidup, kerana dibunuh oleh tangan 'mak'nya sendiri.

    Saya berdoa Allah tidak menurunkan balanya kepada kita. Sudah makin banyak kejadian maksiat dalam negara ini.

    Kita nak tunggu jadi tsunami spt Acheh, agaknya?

    ReplyDelete
  5. Aduuuhh, mengapa sangat kejam manusia kini??

    Benar sekali..takkan berlaku kiamat jika manusia tak kembali kepada zaman Jahiliyyah semula.

    http://www.faridrashidi.com

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...