Saturday, August 15, 2009

Drama Nur Kasih Sarat Dengan Mesej

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Sejak di tayangkan pada setiap Jumaat di TV3, drama Nur Kasih mula mendapat perhatian saya. Pada awalnya, saya anggap drama ini biasa, seperti mana drama bersiri yang ditayangkan di saluran tersebut. Kali pertama menontonnya, saya perasan bahawa hasil garapan dan arahan Kabir Bhatia ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Drama ini bertemakan hubungan suami isteri yang cuba dipulihkan selepas sang isteri tidak lagi berasa cinta kepada pasangannya, lantaran lama ditinggalkan tanpa khabar berita.

Watak Nur Amina dan suaminya, Adam didukung oleh pelakon baru tetapi berbakat besar. Selain itu, watak Aidil, abang Adam juga memainkan peranan besar yang menjadikan cerita lebih menarik.

Kisah ini bermula dengan Adam, seorang lelaki yang sering memberontak, dikahwinkan dengan Nur Amina, yang menjadi pilihan ayahnya. Tidak sempat merasai hidup suami isteri, Adam hilang entah ke mana, meninggalkan Nur Amina bersendirian memendam rasa.

Selama ditinggalkan, Nur Amina dilayan dengan baik oleh keluarga mertuanya termasuk abang iparnya, Aidil.

Adam kembali setelah empat tahun menghilangkan diri ke Australia. Semasa di sana, dia berkahwin dengan seorang gadis Australia yang tiada asas agama. Lantaran, konflik antara Adam yang sudah insaf dengan si isteri yang masih dibayangi kehidupan bebas menjadikan drama ini semakin menarik. Kematian anak mereka menjadikan isteri baru Adam murung dan terjebak dalam penagihan arak dan pil tidur.

Dalam masa yang sama, Adam cuba memenangi hati Nur Amina semula, biarpun tidak diberi harapan. Tidak siapa yang tahu konflik mereka, kecuali Aidil yang banyak menunjukkan kematangan sebagai seorang abang kepada adiknya, Adam.

Jujur saya nyatakan di sini, drama Nur Kasih perlu ditonton jika anda inginkan kelainan dalam mentafsir tema drama Melayu. Selama ini, kisah yang dipaparkan di TV sering dianggap klise, dan akhiran ceritanya sudah boleh diagak. Tapi drama Nur Kasih menyebabkan saya ternanti-nanti kisah pada minggu berikutnya.

Tahniah kepada Kabir Bhatia dan penulis skrip serta pelakon yang menjayakan drama ini.


3 comments:

  1. Saya menyukai filem ini, tetapi sering tidak dapat mengikuti kerana hal-hal yang tidak mengizinkan. Boleh bagi 5 bintang.

    ReplyDelete
  2. Salam ,teman nak tumpang lalu !!

    sy jg suka dgn drama ni..malah ramai jg kekawan lain sama.Plot,skrip dan layar cerita dan bawaan watak tidak keterlaluan tetapi penuh emosi, pengajaran dan sindiran...syangnya watak Jalaludin H tuu cepat sgt matinya,watak tu amat berkesan..

    ReplyDelete
  3. suka sangat drama Nur kasih ni..
    pelakon2 pun best.. btw, you mean Khabir Batia pun berlakon dlm drama ni? yg mana satu dia ya ?

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...