Monday, August 3, 2009

Hobi Yang Mahal Tapi Mengujakan

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Di Manjung, ada beberapa tempat rekreasi yang digunakan oleh pencinta RC (Remote Control) melayan jentera mereka. Misalnya, di Padang Astaka, setiap petang Ahad, ada sekumpulan rakan melayan RC plane dari jenis bateri dan nitro (minyak). Kebanyakannya sudah mahir dan boleh membuat manuver yang unik, bagaikan pesawat itu dipandu sendiri oleh mereka.

Di litar RC LKIM, bersebelahan Kompleks Pentadbiran Daerah Manjung, dikhaskan untuk jentera kereta nitro. Di sinilah tempat peminat RC berkumpul dan menyaksikan aksi kereta RC yang pantas bagaikan kereta F1. Mencanak-canak pecutannya. Dengan bau minyak nitro dan deruman jentera kecil ini, persis suasana lumba kereta. Khalayak peminatnya bukan sekadar kanak-kanak, tetapi juga golongan dewasa.

Hobi RC menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Harga asas jentera nitro sahaja dalam lingkungan RM1500, tidak termasuk aksesori lain dan senggaraan. Sebagai contoh, sebiji tayar kereta RC bersaiz standard ialah RM15. Jika 4 biji, sudah RM60. Ketahanannya bergantung kepada cara jentera RC beraksi. Minyak nitro yang diimport dari US berharga antara RM80-RM95.

Penjagaan jenteranya memerlukan perhatian yang lebih. Jika setakat tahu main, tidak mencukupi. Pemain harus tahu menyelenggara jentera sendiri agar lebih mudah memahami masalah ketika jentera RC ini berfungsi. Rata-rata pemain kereta RC ini juga adalah 'mekanik' tidak bertauliah. Jika ada yang bermasalah, rakan lain sedia membantu. Itulah kelebihannya.

Mungkin pada sesetengah orang, hobi ini mahal, tetapi bagi mereka yang mencintainya, melayan jentera RC di trek khas memang mengujakan, apatah lagi jika dapat berkumpul dengan rakan sekepala. Bak kata pepatah Melayu, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Andainya bimbang kos senggaraan RC yang mahal, tak usah main. Cukuplah setakat jadi peminat.

* Aku sekadar minat menyaksikan jentera ini beraksi. Lagipun hobi sebegini ikut musim.

8 comments:

  1. yop
    mahenya...
    kalau teman..
    nasib baik hobi teman tak mengeluarkan duit yg banyak.......

    ReplyDelete
  2. Bro Jinggo, apa ke hobinyer tu? Nak juga join.. hehehehe

    ReplyDelete
  3. BBT = big boys toys..

    kalau namanya hobby, mahu ikat perut..

    ReplyDelete
  4. Salam sdr. Brahim.

    Dulu ada juga cuba berjinak-jinak dengan kapal terbang. Tapi oleh kerana masa yang terhad, terus lupakan saja.

    ReplyDelete
  5. Kak Hida,

    Yang join hobi begini bukan calang-calang. Hobi sebegini banyak guna duit. Rakan saya yang 'main' plane antaranya jurutera dan pilot heli Superlinx.

    Ada sekali tu, heli nitronya terhempas, rabak RM500-600, tapi minat punya hal, diorang layan gak...

    ReplyDelete
  6. Pakdin,

    Saya pun try gak nak main plane, tapi hangat-hangat tahi ayam, memang nak kena tumpu masa dan wang ringgit.
    Akhirnya saya pendamkan aje..

    Tak upaya 'belanja beso' hanya semata-mata nak terbangkan pesawat, lagipun saya banyak tanggungjawab lain...

    ReplyDelete
  7. hobi main keta ni, ok sikit dr hobi memancing yg selalu tinggal rumah tu.

    hobi aku tanam sayur... modal kecik, dpt makan sayur lagi... hehehe

    siapa yg hobinya tanam bunga tu... cium je la bunga tu, bukann boleh makan punn (YB jgn marahhhh)

    ReplyDelete
  8. Shifu67,

    Setuju. Tanam sayur, ok ape..

    Tapi laman rumah teman sempit...

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...