Dunia hari ini berkembang pesat, hasil daripada percambahan ilmu dalam pelbagai bidang. Teknologi maklumat merupakan satu bidang sains yang cepat berkembang. Sains dan matematik berkait rapat antara satu sama lain dan ia amat penting dalam kehidupan manusia sejagat.
Sains dan teknologi bergerak seiring dengan kemajuan sesebuah negara seperti Malaysia. dan menghasilkan pelbagai peralatan yang canggih untuk kegunaan manusia.
Pada zaman dahulu kehidupan manusia mundur kerana tiada perkembangan sains dan teknologi. Manusia ketika itu ketinggalan dalam aspek pendidikan, perubatan, perindustrian kerana tiada alat yang berteknologi tinggi. Hari ini, perkembangan sains dan teknologi berkembang pesat, sehingga membolehkan manusia meneroka ke angkasalepas. Kaedah perubatan misalnya, menggunakan pembedahan laser berkamera kuasa tinggi, sehingga dapat mengurangkan pembedahan major.
Perkembangan Sains menjadikan kerja kita semakin mudah dan cepat. Semua kerja harian kita dapat dibuat dengan pantas dan betul. Kecanggihan teknologi menjadikan manusia semakin pintar.
Namun begitu, belajar sains bukan sekadar untuk lulus peperiksaan semata-mata. Melalui Sains juga, kita dapat mendekatkan diri kepada Tuhan Maha Pencipta. Ilmuwan Islam terdahulu seperti Al-Kindi, Ibnu Rusyd, Al-Battani, Al-Razi dan seumpamanya adalah tokoh yang banyak meneroka lapangan ilmu sains untuk kesejahteraan ummah. AlQuran sendiri menceritakan kejadian manusia dan pembentukan galaksi dari sudut sains Islam.
Harus ada dalam minda anak remaja hari ini, untuk menyemai minat mendalami ilmu sains. Jangan benci tapi sayangilah sains, kerana ia sebahagian daripada hidup kita.
No comments:
Post a Comment
Jejak yang ditinggalkan