Tuesday, March 19, 2019

DI SEBALIK KISAH PILU TRAGEDI MASJID CHRISTCHURCH

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Peristiwa pembunuhan beramai-ramai Muslim di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand pada waktu solat Jumaat minggu lalu telah menggemparkan dunia.

Dengan berbekalkan senjata canggih, seorang lelaki kulit putih,  (saya gelarkan dia sebagai Tarrant Si Pengganas) didorong oleh rasa tidak puas hati terhadap golongan 'imigran',  telah menyasarkan  kumpulan lelaki Muslim yang sedang menunggu waktu solat Jumaat, sambil merakamkan kejadian pembunuhan itu melalui kamera videonya. Peristiwa itu disiarkan secara langsung dalam media sosial miliknya ke seluruh dunia.

Bagaikan tiada perasaan kasihan dan simpati, dia menembak insan tidak bersalah sehingga mengakibatkan kematian lebih 59 orang, manakala berpuluh-puluh yang lain termasuk beberapa orang rakyat Malaysia cedera akibat tragedi terancang tersebut. 

Kematian sudah pasti berlaku kepada setiap makhluk bernyawa, tetapi kisah selepas tragedi tersebut membuka mata kita betapa hikmah di sebalik kejadian tersebut membawa mesej Islam cinta akan kedamaian. 

Antaranya, kisah Farid Ahmed, seorang lelaki lumpuh yang kehilangan isterinya dalam tragedi tersebut, Husna Ahmed. Farid  memaafkan pembunuh isterinya, sekaligus menunjukkan betapa tingginya akhlak dalam jiwa seorang Muslim. 

Perdana Menteri New Zealand, juga mempamerkan sikap sebagai pemimpin hebat apabila menyatakan tanpa gentar, kejadian tersebut dilakukan oleh pengganas kulit putih yang tiada tempat di New Zealand. Beliau juga mengunjungi keluarga mangsa dan kerajaan berjanji membiayai perbelanjaan pengebumian mangsa yang terbunuh. 

Seluruh dunia menempelak gerakan Neo Nazi dan pembunuh yang sudah ditangkap. Bekas pemain ragbi All Black, Sonny Bill Williams yang memeluk Islam sejak 2008, turut terkesan dengan peristiwa tersebut.  Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat pula berang apabila dituduh menjadi punca penyebaran kebencian terhadap golongan imigran. Semasa kempennya sebagai presiden AS beberapa tahun lalu, Trump menjadikan golongan imigran sebagai sasaran 'white man power'. 

Lebih menarik, dikhabarkan masjid masijd menjadi tumpuan non Muslim di New Zealand dan seluruh dunia untuk mengetahui lebih dekat lagi apa yang ada di dalamnya, dan bagaimana orang Islam beribadah. Lebih 300 orang dicatatkan memeluk Islam di New Zealand selepas peristiwa pembunuhan tersebut. Ada Muslim yang lama tidak ke masjid, memenuhi saf hadapan, kerana mendambakan kematian seperti saudara mereka yang syahid Jumaat lalu.   

Benarlah janji Allah dalam surah Al_Baqarah (216): 'Barangkali kamu membenci sesuatu, sedangkan ia baik untuk kamu, (dan barangkali) kamu menyukai sesuatu, sedangkan ia buruk untuk kamu; Allah lebih mengetahui daripada apa yang kamu tidak ketahui'


2 comments:

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...