Monday, July 11, 2011

Apakah Nilai Silaturahim Kepada Kita?

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

SILATURAHIM adalah satu sunnah yang tidak lagi diminati masyarakat hari ini. Buktinya ada di mana-mana. Wujudnya kejengkelan terhadap silaturahim bermula daripada diri individu seterusnya melanda kepada institusi kekeluargaan. Ada banyak kes pada hari ini menunjukkan silaturahim bsukanlah suatu ikatan yang diutamakan dalam diri setiap individu.


Antaranya, kes pembunuhan ibu atau bapa oleh anak-anak, suami membunuh isteri yang sedang menyusukan anak, isteri membunuh suami yang curang dan juga cucu membunuh nenek atau datuk.


Malah, yang paling menyayat hati seorang ibu sanggup menggugurkan anak yang dikandung dan jika lahir pun, bayi itu sanggup dibuang merata-rata laksana sampah yang tiada nilainya.


Hubungan kekeluargaan adalah satu usaha untuk membentuk masyarakat Islam yang berkualiti.


Dalam hubungan ini, kepentingan setiap individu terjamin apabila setiap anggotanya saling sayang menyayangi, melindungi dan ingat-mengingati.


Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa’, ayat 1, bermaksud: “Dan takutlah kepada Allah yang minta-meminta kamu dengan nama-Nya dan (takutlah akan memutuskan) silaturrahim. Sesungguhnya Allah mengawasi kamu.”


Ibu bapa mempunyai kedudukan mulia di mata Allah. Ibu bapa juga adalah orang yang paling hampir dengan kita dari aspek ikatan kekeluargaan dan pertalian darah.

Selayaknya ibu bapa menerima penghargaan yang maha besar dari Allah sebagai orang yang harus dihormati kerana jasa mereka sejak kita dalam kandungan sehingga dewasa.


Malah, sehingga kita mati pun, jasa dan pertalian darah antara kita dan ibu bapa tak akan pernah putus. Iman seseorang juga tidak sempurna jika mencalarkan kebeningan hati ibu bapa.


Begitu juga bila berbicara mengenai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang tidak dapat dibalas dengan apa jua perkara.


Pernah diceritakan pada zaman nabi mengenai jasa seorang ibu membesarkan anaknya.


Kisah ini berlaku ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah.


Ada seorang lelaki berasal dari Yaman memikul ibunya bertawaf dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Peluh mengalir di wajahnya, dia amat keletihan.


Orang itu bertanya kepada Ibnu Umar: “Apakah menurutmu aku membayar jasa ibuku atas apa yang ia lakukan untukku selama ini?”

Ibnu Umar menjawab: “Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya.”


Selain ibu bapa, kita juga harus menjaga silaturahim sesama jiran. Jiran tetangga adalah kerabat paling hampir dengan keluarga kita.


Malah, hubungan rapat dan mesra yang terjalin kadangkala melebihi sanak-saudara yang mempunyai pertalian darah dengan kita.


Allah memerintahkan manusia supaya berlaku baik terhadap jiran tetangga, sama ada jiran tetangga yang dekat atau jauh.


Ini jelas sebagaimana firman-Nya dalam surah an-Nisaa’, ayat 36, bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan dirinya.”

Dpadankan daripada artikel dalam Halaqah


Kisah Dua Beradik..

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
(disalin semula daripada blog Hazrey)

"Adik, adik pergi jumpa mak cakap kita nak mak bawak kita pegi Universal Studio kat Singapore tu. Kalau tak, kita akan buat demo depan laman rumah. Nah, ini senarai tuntutan kita," kata si abang, Nama abang dia Nuar. Kalau ada terkait, itu secara kebetulan ya. Jangan nak jadik pondan nak meroyan macam tak dapat kote.

"Baiklah bang nuar," kata adik yang bernama Ambiga.

"Bang Nuar, mak taknak dengar apa yang adik cakap kat dia dan tuntutan tuntutan kita pada dia sebab dia kata dia tengah masak. Suruh tunggu malam sikit untuk berbincang," keluh si adik.

"Kalau macam tu, kita akan teruskan demo kita kat laman rumah. Sediakan baju Wonderpet kita supaya mesej kita jelas pada mak," tegas si abang.

Bila si bapak dengar konspirasi anak-anaknya itu, sebagai seorang yang matang dan berakal, si bapak memutuskan untuk berjumpa dengan keduanya dan menasihatkan mereka.

Lalu, datanglah si abang dan adik berjumpa bapak pada satu sesi yang aman damai dan penuh dengan suasana harmoni dan kekeluargaan. Siap ada jemput jemput pisang dan air teh tarik sedap.

"Kami akan teruskan demo," tegas si abang pada bapak. Adik hanya mengangguk angguk sebab dia sebenarnya hanya dijadikan puppet oleh si abang. Yelah, umur baru 4 tahun, dia bukan paham pun apa jadahnya tuntutan abang dia.

Bila ditanya kenapa, si abang tetap berulang ulang kata, nak demo nak demo. Ini kuasa mereka. Ohh, adik beradik mereka ada sepuluh semuanya. Konspirasi ini melibatkan mereka berdua sahaja.

Bila ditanya pula apa tuntutan yang mereka mahu, si abang tetap meroyan macam orang gila cakap nak demo, nak demo. Si bapak pelik, dia tanya pulak si adik mana tuntutannya, si adik geleng kepala sambil memeluk patung wonderpet, ikon buat mereka dua beradik. Yang penting kerjasama - walaupun objektif tak jelas. 

"Toksalah berdemo anak-anakku sayang. Kan tak elok jiran tengok. Kita kan ada adab. Kita kan bertamadun," nasihat si bapak mengakhiri pertemuan itu. 

Si abang hanya diam tapi mengatur pelbagai strategi. 

Apapun, dalam adik beradik yang sepuluh tu, si abang ni memang pelik sikit. Adik beradik lain malas nak layan. Nanti kalau dilayan, ada karang si abang ni buat drama buat buat pitam, pastu buat buat terjatuh kat lantai pastu bila bengkak sikit, kata adik beradik lain pukul. Drama dia selalu menjadi, dululah masa awal awal. Bila lelama, adik beradik lain naik muak. Macam dia jek yang betul. dia jek yang maksum. Mulut memang manis. Pandai berkata kata.


RESOLUSI WACANA KHAS GEJALA SOSIAL DI MALAYSIA 30 MAC 2011

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

(disalin semula daripada web rasmi ABIM)

Atas kesedaran peningkatan jumlah anak tidak sah taraf yang amat merisaukan, ABIM, institusi-institusi kerajaan dan badan bukan kerajaan telah duduk bersama bagi membincangkan masalah kewujudan anak tidak sah taraf yang semakin berleluasa dalam masyarakat dalam memahami isu ini, maka beberapa aspek telah disimpulkan untuk penyelesaian masalah tersebut, antaranya :

PENDIDIKAN

1. Keperluan bagi setiap ibu bapa dan sekolah untuk memiliki Akta Kanak-Kanak 2001 dan Convention on the Rights of Children (CRC) untuk lebih memahami realiti, hak dan perundangan kanak-kanak.

2. Pendidikan spiritual harus ditekankan sebagai teras kepada pendidikan utama dalam masyarakat.

3. Memperkasakan pendidikan golongan lelaki sejak usia kanak-kanak yang biasa dikaitkan sebagai pemangsa dalam menyedarkan mereka sebagai golongan yang memegang amanah dan tanggungjawab yang besar khususnya dalam melindungi pihak wanita yang biasa dikaitkan sebagai mangsa.

4. NGO khususnya pertubuhan Islam dan persatuan pelajar Islam harus diberi ruang untuk beperanan di sekolah-sekolah dalam mengisi agenda Tauhid dan Kerohanian dalam menguatkan pegangan agama para pelajar.

5. Dicadangkan agar diadakan pengasingan pelajar lelaki dan perempuan di sekolah-sekolah sama ada pengasingan kelas atau pengasingan sekolah.

6. Kerajaan perlu mewujudkan ‘White School’ untuk mengasingkan pelajar-pelajar yang bermasalah dari pelajar-pelajar yang ingin betul-betul belajar di sekolah.

7. Generasi muda harus dididik dengan makna sebenar dan bahaya zina bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham terhadap penggunaan istilah sebagai contoh antara istilah zina dengan ‘projek’.


PENGUATKUASAAN
8. Menutup ruang-ruang maksiat dan gejala zina dengan menyokong usaha-usaha pihak berkuasa untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat ilmu dan ekonomi bukan pusat hiburan.

9. Kerajaan harus mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang bagi mengawal penyebaran unsur pornografi dan kelucahan melampau.

10. Pihak media harus mengelakkan unsur-unsur yang boleh membawa kepada zina, maksiat dan percintaan yang keterlaluan dalam kandungan program tv dan media cetak.


MASYARAKAT

11. Penekanan kepada kemahiran keibubapaan dan komunikasi dalam setiap program-program berkaitan kekeluargaan bagi ibubapa memahami kehendak dan citarasa semasa anak-anak mereka.

12. Segala perbincangan dan tindakan dalam menangani isu ini harus disandarkan bukan semata-mata kepada statistik tetapi berdasarkan kajian.

13. Anak tidak sah taraf tidak harus dipandang bersalah, bahkan mereka harus dijaga maruah, dididik dan diberikan motivasi agar terus berjaya dalam lapangan hidup.

14. Menubuhkan sekretariat khas terdiri dari gabungan NGO Islam yang dipimpin oleh ABIM bagi melaksanakan dan menyelaraskan hasil perbincangan hari ini. Semua pihak harus memainkan peranan secara holistik dalam menangani isu gejala sosial ini.

DR MUHAMMAD RAZAK IDRIS
Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Mudahnya Kita Lupa

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Ramai sahabat saya dalam fb mahupun blog memepersoalkan tindakan saya apabila menolak perhimpunan haram BERSIH pada 9 hb Julai lalu. Pelbagai andaian dibuat terhadap saya, malah ada juga yang sinis memberi komen di fb. Tidak kurang juga yang secara terang-terang menghentam saya kerana dituduh tidak istiqamah 'dengan perjuangan'.

Saya yakin kita sudah tahu apa jadi dengan perhimpunan haram BERSIH Sabtu lalu. Tak perlulah dipanjangkan lagi. Cuma saya kira kita terlupa suatu perkara tentang pengerusi BERSIH. Namanya tak wajar disebut, tapi jika anda prihatin dengan isu ini, anda pasti mengenalinya. 

Apa itu IFC (Inter Faith Commission).
IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.
IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.
Matlamat Penubuhan IFC
IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam untuk disesuaikan dengan kehendak orang bukan Islam.
Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
           
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
           
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
           
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam
           
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
           
6. Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
           
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..
           
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
           
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
           
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
           
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
           
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
           
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
           
14. Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
           
Ancaman Utama IFC terhadap Islam
1. Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.
           
2. Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.
           
3. Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.
           
4. Orang-orang Islam bebas untuk murtad.
           
5. IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.
Saya sedih kerana landasan politik kita sudah cacamarba. Entah untuk siapa yang kita perjuangkan, saya sendiri keliru. Satu hal yang saya ingin maklumkan kepada rakan-rakan saya, tolonglah jangan jadikan demonstrasi budaya masyarakat kita. Buruknya lebih daripada kebaikan.
Saya mohon agar Malaysia yang saya sayangi ini kekal aman dan tenteram.

Thursday, July 7, 2011

Keldai Abu Nawas Berjalan Salah

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Abu Nawas menunggang keldainya ke rumah seorang sahabat. Ketika dalam perjalanan, Abu Nawas menunggang terbalik, iaitu badannya menghadap bahagian ekor keldai manakala belakangnya pula menghadap kepala keldai. Orang ramai yang melihatnya mentertawakannya.
Lalu berkatalah Abu Nawas, "Apa yang kamu tertawakan?"
Orang ramai masih ketawa lalu seorang daripadanya berkata, "Kamu menunggang keldai dengan cara yang salah, wahai Abu Nawas."
Abu Nawas cuba mengelakkan dirinya kelihatan bodoh, lalu berkata,"Sebenarnya bukan aku yang salah menunggang keldai ini. Keldai yang degil ini sebenarnya yang salah. Adakah patut ia letakkan ekor di kepalanya, dan kepala di ekornya?
Lalu orang ramai yang berada di situ terus ketawa terbahak-bahak mendengar jawapan Abu Nawas tadi.

Moral: Orang yang degil tidak mahu mengakui kesilapannya akan nampak sangat bodoh pada mata orang ramai.

Tuesday, July 5, 2011

Ketenangan Direntap, Keamanan Dicabul

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Dinihari, saya terbangun lalu pergi memeriksa anak-anak. Semuanya nyenyak tidur diulit mimpi yang entah apa temanya. Selepas menunaikan tahajud, saya menung memikirkan suasana di negara yang saya sayangi ini.
Saya masih berteleku ketika isteri tiba-tiba bangun dan menghampiri.
"Ada apa, bang?"
"Entahlah.. Rasa bimbang tiba-tiba."
"Usahlah fikirkan sangat. Pasal kerja ke?" Dia bertanya lagi.
"Tidak.." Jawab saya perlahan. Sengaja tidak saya panjangkan perbualan.
Hakikatnya, saya sedang memikirkan mengapa bangsa saya yang dikenali sebagai bangsa yang bermaruah, yang bersopan dan hidup muafakat kini tidak seperti dulu. Bangsa saya sudah berpecah belah. Dalam komuniti negara pelbagai kaum kini, ada  suara-suara sumbang akhir-akhir ini tidak boleh langsung mendengar perkataan Melayu. Siapa yang sebut Melayu serta merta dituduh bersifat perkauman. Tanah Melayu sudah tidak relevan lagi, kerana namanya kini Malaysia. Sudah menjadi satu dosa kalau bercakap tentang survival bangsa?
Ah, saya kaget dengan situasi politik negara. Satu pihak ingin mengadakan perhimpunan aman. Satu pihak lagi menentang perhimpunan. Ia telah mengheret Yang Dipertuan Agong untuk menyatakan isi hati baginda. Sebaliknya, ada pihak yang biadab dan kurang ajar mendakwa Agong dengan hinaan dan kecaman.
Mengapa jadi begini bangsa saya?
Saya tidak kisah jika rakan saya pro-UMNO, pro-PAS atau mana-mana parti politik, tetapi yang saya kesalkan, tuduh menuduh dan sikap mengadu domba dalam kalangan orang Melayu kini seolah-olah sudah membarah.

Saya sayangkan Malaysia. Saya sayangkan keamanan negara ini. Janganlah ada pihak yang ingin merogol atau mencabul keamanan di bumi bertuah ini.

Menjelang subuh, saya masih tidak tidur mengenangkan apa yang berlaku kepada Malaysia akhir-akhir ini.

Saturday, July 2, 2011

LARIAN 1MURID 1 SUKAN SELURUH NEGARA

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.



Larian serentak 1m1s diadakan serentak seluruh negara. Seperti yang dijangka, bukanlah sukar untuk KPM menyediakan seramai mungkin murid yang terlibat dengan larian ini. Pekeliling terbaru meminta sekolah-sekolah seluruh negara memastikan Sabtu 2 hb Julai 2011, sebagai hari persekolahan.  

Larian serentak ini bermula tepat pukul 7.45 pagi melibatkan pelajar, guru dan masyarakat setempat. Tahniah kepada semua yang melaksanakannya. Apa yang penting, usaha ini adalah simbolik ke arah pelaksanaan sukan sebagai satu gaya hidup masyarakat masa kini. Ia juga diharap dapat menggalakkan pelajar menyertai kegiatan sukan secara sihat dan tidak hanya makan minum dan tidur, kerana ia boleh menyebabkan obesiti.

Larian tersebut mestilah sekurang-kurangnya dalam jarak 1.5 km dan diadakan bermula di sekolah. Selepas itu, diadakan sesi motivasi, permainan dan kuiz di kantin sekolah. Sambutan pelajar yang hadir amat memuaskan. Tahniah semua. 

LANDAK RAYA: TIKUS BERDURI YANG BERPOTENSI DALAM EKONOMI

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Semasa berkunjung di rumah rakan di ...