Monday, July 11, 2011

Kisah Dua Beradik..

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
(disalin semula daripada blog Hazrey)

"Adik, adik pergi jumpa mak cakap kita nak mak bawak kita pegi Universal Studio kat Singapore tu. Kalau tak, kita akan buat demo depan laman rumah. Nah, ini senarai tuntutan kita," kata si abang, Nama abang dia Nuar. Kalau ada terkait, itu secara kebetulan ya. Jangan nak jadik pondan nak meroyan macam tak dapat kote.

"Baiklah bang nuar," kata adik yang bernama Ambiga.

"Bang Nuar, mak taknak dengar apa yang adik cakap kat dia dan tuntutan tuntutan kita pada dia sebab dia kata dia tengah masak. Suruh tunggu malam sikit untuk berbincang," keluh si adik.

"Kalau macam tu, kita akan teruskan demo kita kat laman rumah. Sediakan baju Wonderpet kita supaya mesej kita jelas pada mak," tegas si abang.

Bila si bapak dengar konspirasi anak-anaknya itu, sebagai seorang yang matang dan berakal, si bapak memutuskan untuk berjumpa dengan keduanya dan menasihatkan mereka.

Lalu, datanglah si abang dan adik berjumpa bapak pada satu sesi yang aman damai dan penuh dengan suasana harmoni dan kekeluargaan. Siap ada jemput jemput pisang dan air teh tarik sedap.

"Kami akan teruskan demo," tegas si abang pada bapak. Adik hanya mengangguk angguk sebab dia sebenarnya hanya dijadikan puppet oleh si abang. Yelah, umur baru 4 tahun, dia bukan paham pun apa jadahnya tuntutan abang dia.

Bila ditanya kenapa, si abang tetap berulang ulang kata, nak demo nak demo. Ini kuasa mereka. Ohh, adik beradik mereka ada sepuluh semuanya. Konspirasi ini melibatkan mereka berdua sahaja.

Bila ditanya pula apa tuntutan yang mereka mahu, si abang tetap meroyan macam orang gila cakap nak demo, nak demo. Si bapak pelik, dia tanya pulak si adik mana tuntutannya, si adik geleng kepala sambil memeluk patung wonderpet, ikon buat mereka dua beradik. Yang penting kerjasama - walaupun objektif tak jelas. 

"Toksalah berdemo anak-anakku sayang. Kan tak elok jiran tengok. Kita kan ada adab. Kita kan bertamadun," nasihat si bapak mengakhiri pertemuan itu. 

Si abang hanya diam tapi mengatur pelbagai strategi. 

Apapun, dalam adik beradik yang sepuluh tu, si abang ni memang pelik sikit. Adik beradik lain malas nak layan. Nanti kalau dilayan, ada karang si abang ni buat drama buat buat pitam, pastu buat buat terjatuh kat lantai pastu bila bengkak sikit, kata adik beradik lain pukul. Drama dia selalu menjadi, dululah masa awal awal. Bila lelama, adik beradik lain naik muak. Macam dia jek yang betul. dia jek yang maksum. Mulut memang manis. Pandai berkata kata.


1 comment:

  1. Waduh! terkesan sungguh ko ni Din dgn suasana politik skrg ni ah!.

    Macam berapi2 pulak. Ingat inilah barangkali hasil didikan Biro Tatanegara dulu2 masa Kolej 5. Heheheee Apa-apa pun, tahniahlah kerana ada semangat cintakan kedamaian dan keharmonian. Dan harap2 anak2 kita mendapatlah ajaran yang baik-baik dari ciku macam hang. Heheheee

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...