Tuesday, July 5, 2011

Ketenangan Direntap, Keamanan Dicabul

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Dinihari, saya terbangun lalu pergi memeriksa anak-anak. Semuanya nyenyak tidur diulit mimpi yang entah apa temanya. Selepas menunaikan tahajud, saya menung memikirkan suasana di negara yang saya sayangi ini.
Saya masih berteleku ketika isteri tiba-tiba bangun dan menghampiri.
"Ada apa, bang?"
"Entahlah.. Rasa bimbang tiba-tiba."
"Usahlah fikirkan sangat. Pasal kerja ke?" Dia bertanya lagi.
"Tidak.." Jawab saya perlahan. Sengaja tidak saya panjangkan perbualan.
Hakikatnya, saya sedang memikirkan mengapa bangsa saya yang dikenali sebagai bangsa yang bermaruah, yang bersopan dan hidup muafakat kini tidak seperti dulu. Bangsa saya sudah berpecah belah. Dalam komuniti negara pelbagai kaum kini, ada  suara-suara sumbang akhir-akhir ini tidak boleh langsung mendengar perkataan Melayu. Siapa yang sebut Melayu serta merta dituduh bersifat perkauman. Tanah Melayu sudah tidak relevan lagi, kerana namanya kini Malaysia. Sudah menjadi satu dosa kalau bercakap tentang survival bangsa?
Ah, saya kaget dengan situasi politik negara. Satu pihak ingin mengadakan perhimpunan aman. Satu pihak lagi menentang perhimpunan. Ia telah mengheret Yang Dipertuan Agong untuk menyatakan isi hati baginda. Sebaliknya, ada pihak yang biadab dan kurang ajar mendakwa Agong dengan hinaan dan kecaman.
Mengapa jadi begini bangsa saya?
Saya tidak kisah jika rakan saya pro-UMNO, pro-PAS atau mana-mana parti politik, tetapi yang saya kesalkan, tuduh menuduh dan sikap mengadu domba dalam kalangan orang Melayu kini seolah-olah sudah membarah.

Saya sayangkan Malaysia. Saya sayangkan keamanan negara ini. Janganlah ada pihak yang ingin merogol atau mencabul keamanan di bumi bertuah ini.

Menjelang subuh, saya masih tidak tidur mengenangkan apa yang berlaku kepada Malaysia akhir-akhir ini.

3 comments:

  1. Kalau yang jadi pemimpin tertinggi itu berlaku 'adil dalam memerintah negara, insyaAllah takkan jadi haru-biru negara kita. Pemimpin tertinggi kena selidik, muhasabah diri kenapa rakyat bangun memberontak. Kembali kepada Islam..tentu aman negara kita.

    ReplyDelete
  2. Pemimpin yang adil akan disukai rakyat, manakala yang sebaliknya akan dibenci. Jika menggadaikan keamanan dan ketenteraman negara, ia sesuatu yang sukar saya terima, kak..

    ReplyDelete
  3. Usah bimbang sahabatku, Inilah lumrah kehidupan duniawi. Pasti akan ada yang menyokong dan akan ada juga yang menentang. Pemimpin yang adil dan baik sekali pun, pasti akan ada juga yang menyokong dan menentangnya. Ibarat Iblis dan Malaikat.

    Umpamakan sahaja kehidupan Rasulullah SAW yang menempuhi ranjau kehidupannya. Bukankah ada yang menentang dan mengikut?

    Lalu, siapalah kita yang pasti jauh berbanding Rasulullah SAW dari aspek keadilan budi pekerti tinggi yang dikehendaki.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...