- Menambah amal ibadah umpamanya memperbanyakkan sembahyang sunat, membaca Al-Qur'an, berzikir, bersembahyang fardhu berjemaah di masjid, qiamulail dan seumpamanya.
- Mendalami ilmu agama khususnya dalam perkara ibadah puasa seperti hukum-hukum puasa dan adab-adabnya. Antara adab-adab tersebut adalah seperti menjaga diri dari melakukan perkara-perkara yang diharamkan ketika berpuasa seperti menjaga pandangan, pendengaran, percakapan, perbuatan daripada perkara-perkara yang diharamkan dan sia-sia. Begitu juga menahan perut daripada makan makanan dan minuman yang syubhah apatah lagi yang haram terutamanya ketika berbuka puasa dan bersahur.
- Memperbanyakkan amal bersedekah. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam merupakan seorang yang paling suka bersedekah dan dermawan serta baginda lebih dermawan di dalam bulan Ramadhan. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam:
Blog ini adalah pandangan peribadi saya, dan jika pendapat kita berbeza, tidak sepatutnya menyebabkan kita bermusuh. Kita boleh berkongsi cerita dan pandangan, asalkan menjaga adab sopan berbicara. Terima kasih kerana singgah di sini. Saya amat menghargai kunjungan anda.
Thursday, March 24, 2022
MENJELANG RAMADAN YANG BAKAL HADIR
Friday, March 18, 2022
PERANG RUSSIAN-UKRAINE MEMBERI KESAN LANGSUNG KEPADA BEKALAN MINYAK DUNIA
AS pula mempunyai hubungan yang tidak stabil dengan Arab Saudi, sejak Putera Mahkota Muhamad bin Salman mendominasi pemerintahan negara pengeluar minyak terbesar dunia itu. Sejak beberapa tahun lalu, hubungan AS-Arab Saudi sedikit terjejas, akibat beberapa dasar dan keputusan AS yang tidak berpihak kepada Arab Saudi.
Monday, March 14, 2022
PESANAN DAN NASIHAT SHEIKH ABDUL KHOLIQ ASSUWADI
Wednesday, March 2, 2022
PERANG RUSSIA TERHADAP UKRAINE
Dari segi sejarah, Ukraine adalah sebahagian dari Kesatuan Soviet (USSR) dan mendapat kemerdekaan selepas kesatuan tersebut berkubur pada 1991. Sebelum ini hubungan kedua-duanya adalah baik, memandangkan presiden Ulraine sebelum itu adalah pro-Moscow. Kemudahan dan pangkalan tentera peninggalan USSR banyak diserahkan kepada Ukraine. Pada 2014, rakyat Ukraine mendesak penyertaan negara tersebut dalam Kesatuan Eropah. Ini bertujuan memperbaiki ekonomi Ukraine yang mundur berbanding negara lain.
Pada 2019, seorang pelawak yang diangkat menjadi presiden Ukraine, Volodymir Zelensky telah memutuskan negara tersebut untuk menganggotai NATO, iaitu Pakatan Tentera Atlantik Utara, yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Russia melihat penyertaan Ukraine ini sebagai mengancam kedaulatan negara tersebut yang berjiran dengan Ukraine.
Peperangan dan penaklukan Russia ke atas Ukraine sudah dijangka, apabila sejumlah besar tentera dan kelengkapan militari ditempatkan di sempadan Ukraine sejak beberapa bulan sebelum terjadinya peristiwa 24 Februari.
Russia sudah dikenakan tindakan sekatan ekonomi, sukan dan seumpamanya. Namun sehingga kini, tenteranya masih berada di Ukraine. Amerika dan negara Eropah lain memberikan pelbagai ugutan dan amaran, bagi mengelakkan ia berterusan.
Namun, hanya Presiden Putin yang boleh menghentikan semua keributan ini.
Monday, February 21, 2022
MUSLIM INDIA MENJADI SASARAN KEBENCIAN KERANA KEPENTINGAN POLITIK BJP
Monday, January 17, 2022
Buta mata, tetapi celik hati dan iman
Sesungguhnya, kemampuan Mike menghafal Quran bukanlah suatu perkara mudah. Ia tentunya memerlukan kesungguhan dan azam yang kuat daripada individu cacat penglihatan sepertinya. Namun, tiada yang mustahil di dunia ini.
Tuesday, January 4, 2022
PENDUDUK DUNIA SEMAKIN BERTAMBAH
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
Ia berdasarkan dapatan terbaru daripada Biro Bancian Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan jumlah keseluruhan penduduk dunia pada 2021 adalah sebanyak 7.8 bilion dengan penambahan 74 juta orang.
Berdasarkan bancian itu, China masih kekal sebagai negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia dengan 1.4 bilion penduduk.
Ia diikuti India merekodkan 1.38 bilion penduduk, AS (332 juta), Indonesia (275 juta) dan Pakistan (238 juta).
Peningkatan jumlah penduduk bagi 2021 itu menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk global adalah sebanyak 0.9 peratus iaitu lebih rendah daripada unjuran awal iaitu 0.96 peratus.
Walaupun penduduk global masih meningkat secara keseluruhan, kadar peningkatan didapati menurun secara konsisten sejak pertengahan 1960-an apabila hanya meningkat dua peratus.
Separuh daripada penduduk dunia tinggal di negara yang menyaksikan kadar kesuburan seumur hidup rendah iaitu dengan bilangan anak yang jangka dilahirkan oleh wanita secara purata adalah di bawah dua orang.
Menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penduduk global akan terus meningkat sehingga 2100, tetapi pertambahan akan hanya tertumpu di kawasan tertentu saja.
Lebih separuh daripada pertumbuhan penduduk dalam tiga dekad akan datang dijangka berlaku di lapan negara iaitu Republik Demokratik Congo, Mesir, Ethiopia, India, Indonesia, Nigeria, Pakistan, Tanzania dan AS.
Dalam pada itu, 55 negara pula dijangka menyaksikan penurunan penduduk sebanyak satu peratus atau lebih dalam tempoh sama.
Kejatuhan paling ketara dijangka berlaku di Bulgaria, Latvia, Lithuania dan Ukraine dengan unjuran penurunan sebanyak 20 peratus.
PBB meramalkan trend itu akan didorong oleh kejatuhan kadar kesuburan dan faktor penghijrahan penduduk.
Sumber asal di sini
PILIHAN RAYA NEGERI SABAH 2025
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Sabah akan melaksanakan pembuangan u...
-
Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Hari ini, Rabu 23 Mac 2011, keputusa...
-
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Sabah akan melaksanakan pembuangan u...
-
Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini. Sebagai sebuah negeri yang berse...