Thursday, July 28, 2011

Merokok Boleh Dihentikan Ramadhan Ini

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan terdapat kira-kira 1.25 bilion perokok di seluruh dunia, iaitu jumlah yang hampir 1/3 daripada jumlah penduduk dunia. 83% perokok adalah lelaki dan sebahagian besarnya tinggal di negara membangun. 
Di Malaysia, terdapat peningkatan kes merokok yang dikaitakan dengan penyakit berkaitan amalan ini. Antaranya adalah penyakit kanser dan gangguan kardiovaskular. Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia juga mendapati Lelaki Melayu Islam merupakan 35% daripada keseluruhan perokok manakala remaja berusia 12-18 tahun adalah majoriti golongan yang terlibat dengan amalan ini.
Kita hairan, bagaimana ada orang Islam termasuk ahli akademik, ahli politik malah guru, yang secara terang-terangan merokok tanpa ada rasa bersalah, khususnya di tempat larangan merokok. Barangkali, perokok tegar ingin melampiaskan keinginan merokok, menyebabkan mereka 'melanggar' etika dan peraturan agar tidak merokok di premis yang tidak dibenarkan.



Hakikatnya, Islam jelas menyatakan bahawa apa juga perbuatan yang merosakkan diri, wajar dijauhi. Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah: 195, "Dan janganlah kamu mencampakkan diri (kamu) ke dalam kebinasaan.." Ia jelas membuktikan bahawa tiada manfaatnya jika amalan buruk ini diteruskan.

Selain membazirkan wang, amalan ini juga mencemarkan persekitaran, memudaratkan orang sekeliling dan menjejaskan akal jasmani insan.

Sempena Ramadhan ini, apa kata jika sahabat dan saudara saya yang berhasrat berhenti merokok, mengambil peluang pada bulan mulia ini untuk berubah? Insya-Allah, saya doakan anda berjaya berhenti merokok. Tetapi ingatlah, sekadar doa tanpa usaha, ia tidak akan berjaya. 

Saya yakin amalan merokok boleh berakhir Ramadhan ini. Hendak seribu daya, tak hendak, seribu dalih.

1 comment:

  1. kalau kuat semangat bulan tak puasa pun boleh berhenti. Selamat Berjaya kepada yang meninggalkan rokok

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...