Wednesday, July 13, 2011

Waspadalah Jika Bersama Orang Yang Memusuhi Agama

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Umum mengetahui bahawa orang Islam boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja. malah, Nabi sendiri tidak mengehadkan hubungan dengan orang Yahudi di kota Madinah. Bagaimanapun, sikap waspada nabi terhadap orang -orang Yahudi sangat  jelas kelihatan, termasuklah ketika penggubalan Perlembagaan Madinah. Daripada 47 fasal, separuh daripadanya adalah berkisar tentang hubungan orang Islam dengan orang bukan Islam.

Di negara kita yang terbina daripada sistem penjajahan lampau, masyarakat negara ini unik kerana hidup dalam kelompok pelbagai kaum, agama dan budaya. Bahasa kita juga berbeza menyebabkan pola kependudukan mengikut kaum amat jelas dilihat. 

Pada zaman penjajahan British, orang Melayu ditempatkan mengikut kawasan pertanian dan tepi laut, sesuai dengan pekerjaan mereka sebagai petani dan nelayan. Bagi masyarakat imigran dari India, mereka diasingkan sesuai dengan pekerjaan sebagai buruh ladang di estet milik peladang Eropah. Manakala, masyarakat Cina  lebih bertuah kerana kedudukan kawasan mereka di lombong bijih timah memudahkan mereka berniaga dan dilindungi oleh kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San yang amat berpengaruh ketika itu.

Dengan pelbagai peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini, kita perlulah kembali mengingati apa yang dinyatakan oleh Allah dalam ayat Al-Quran (An-Nisa:140);

"Dan sungguh, Allah telah menurunkan ketentuan bagimu di dalam kitab (Quran), bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan oleh orang kafir, maka JANGANLAH KAMU DUDUK bersama mereka, sebelum mereka memasuki perbicaraan yang seterusnya. Kerana (jika kamu tetap bersama mereka), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sungguhlah, Allah akan mengumpulkan orang munafik dan orang kafir di dalam (neraka) Jahannam."

Bertolak daripada ayat tersebut, saya meminta agar saudara-saudara  seagama saya,  berfikir kembali tentang hubungan baik mereka dengan orang kafir yang sudah terang-terang memusuhi agama kita. Janganlah kerana inginkan kuasa dengan cepat, kita gadaikan prinsip agama kepada orang yang memang jelas cuba menyamakan Islam dengan agama mereka. Terdapat dalam kalangan mereka, orang yang dijadikan pemimpin itu menjadi pembela kepada wanita Islam yang murtad, selain menjadi jagoan isu  tersebut.  Apakah kita masih lagi bersangka baik tanpa sebarang rasa prejudis terhadap golongan ini?

Hakikatnya, Islam tetap agama yang syumul, dan tiada taranya dengan agama lain di dunia ini. Jika kita keliru, kembalilah bersatu atas nama agama. Saya bimbang dengan perbalahan politik antara PAS dan UMNO, sebab jika menang jadi arang, kalah menjadi abu. Jika pimpinan di atas sana boleh merasai kebimbangan saya, kembalilah ke jalan perpaduan demi kelangsungan ukhuwah antara kita. Pada saat bangsa lain bersatu di bawah parti politik yang berbeza, saya sangat dambakan perpaduan ummah dalam kalangan orang Islam negara ini.


Mungkin, jika BN yang diterajui UMNO kalah dalam PRU ke-13, ia boleh dianggap kaffarah atas apa jua tindakan pemimpin Islam sebelum ini. Bagaimanapun, jika PR yang memerintah selepas ini, saya kurang menyakini PAS akan mendominasi suara Islam di dalam pakatan tersebut.
Moga Malaysia yang kita bina ini kekal aman dan dirahmati oleh-Nya.

3 comments:

  1. setuju sangat awak membaca nya pak brahem.... ajer yang memang yer pon.. Pas memang roper cilaker.

    ReplyDelete
  2. kata2 utama itu mmg benar & setuju sgt2. tapi ayat dr "geramsungguh" pula kureng setujula. pasal x kira arr PAS, PKR & BN kita patut berkejesama, berganding bahu, bersatu padu, mengukuhkan umat islam baru negara lebih maju. kalu asik nk bersaing je, asik bermusuh je kang jadi mcm somalia. jadi mayat atau pasir kat padang pasir (umat2 islam berlimpangan) pasal asik bermusuhan je.

    ReplyDelete
  3. khairul anuar ali hassanAugust 8, 2012 at 3:43 PM

    memang betul nyah... harap melayu buka mata..buka minda...
    kita bangsa melayu mesti bersatu padu kerana itulah kekuatan kita. Bangsa lain memang nak kita berpecah belah.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...