Saturday, December 20, 2008

AKHIRNYA ATIF SELAMAT DIKHATAN

Hari bersejarah buat Atif Faizi, anak ketigaku, yang dikhatankan hari Sabtu 20 Disember 2008. Awal-awal lagi dia bersiap dan selepas solat subuh, aku menjelaskan proses berkhatan sebagai satu daripada rutin lelaki Muslim, sekali dalam hidup.

Teringat zaman aku berkhatan, naik motor yang ditunggang ayah, hingga ke klinik. Aku agak lasak, menyebabkan lukaku bentan. Bila terkenang peristiwa semasa kanak-kanak dahulu, aku terharu dengan pengorbanan ayah dan mak. Besar jasa mereka membesarkan aku, Yong, Sani, Oun dan Wa.

Majlis yang diadakan di surau Taman Mohd Wazir melibatkan penduduk setempat. Ia bermula dengan bacaan tahlil serta doa dan jamuan makan. Juadah disediakan secara ala kadar oleh ibu bapa dan derma orang ramai. Sengaja aku memilih majlis khatan beramai-ramai, supaya aku dapat merasakan suasana hidup dalam komuniti.

Ia juga merapatkan hubungan sesama jiran. Malah, tak keterlaluan aku katakan cara ini dapat mengurangkan ego manusia. Jentera bomba yang datang 'memandikan' peserta menjadikan suasana bertambah gamat.

Tidak cukup dengan itu, peserta khatan dibawa mengelilingi kawasan kejiranan taman berdekatan surau. Setiap seorang diberi bunga telur dan sehelai kain pelikat.

Di klinik, tak perlulah dinyatakan lagi. Atif semakin pucat biarpun telah diberi semangat dan dorongan. Tapi, segala-galanya selamat. Alhamdulillah, dia berjaya melalui ujian untuk menjadi seorang dewasa.

Semasa proses pembedahan, ayat yang selalu ditanya Atif: Dah ke? Dah ke?

Aduhai, begitulah keadaannya.

8 comments:

  1. teringat jugak zaman saya. byk pantang larang arwah nenek..

    so, adlagi ke pantang2 tu cikgu?


    pantang org lama kat perak bila masuk jawi apa ye?

    ReplyDelete
  2. Ni, pantang larangnya:
    1. Jangan langkah taik ayam, nanti bentan (bentan tu luka lambat sembuhler maknanya)

    2. Elak 'anu' di tengok pompuan, nanti lambat baik (ibu dikecualikan..)

    3. Jangan minum banyak ayor

    4. Elak makan ayam, telur, dan ikan berduri. (Macam pantang pompuan beranak)

    Ada lagi yang dah saya lupa. Tapi anak-anak saya taklah saya perincikan pantang larang ni.

    Begitulah adanyer..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. teringat cerita dari Barat, are we there yet? are we there yet? are we there yet (budak2, mmg mesti nak tahu cepat-cepat)

    :)

    ReplyDelete
  5. Uncle ucapkan selamat meneroka alam dewasa untuk Atif.

    Ha.. haa.. udah besor ye!

    ReplyDelete
  6. semoga selamat semuanya ;)

    musim cuti musim berkhatan.. mesti seronok kan ;)

    ReplyDelete
  7. Si atif ni umurnya berapa Yop?

    Teman rasa le elok juga kita ramai ramai ikut sunnah rasul. sunatkan anak waktu tengah kecik, tengah baby lagi tau.Sebabnya banyak juga kebaikannya.

    Kalau kita khatankan masa tengah baby, lukanya cepat bebenor le semboh macam baik luruh pusat jer. lepas tu pulok, budaknya tak buas ke sana kemari...dia tidor jer..sebab itu cepat jer baiknya. Idak ler ghisau nak bentan ke, nak berpantang ke..atau apa apa. Yang dia makan susu mak dia ajer.

    Lepas tu pulok, bila dia dah umur 5 tahun kita boleh bawa solat pergi surau. Idak le payah dia tanggung najis. Nak ngajor Quran pun tak was was. Nak bawak solat pun tak nanggong najis..

    Iya ke tidak pandangan akak ni??

    Amacam?

    Anak akak sorang jer lelaki..Dah khatan waktu dia baby lagi. oghang kata boleh le nak bawa gi Umrah ke atau nak dukung time solat masa baby..aaa..
    tahu ke tidak cara solat sambil dukung baby??..tak tahu??..aaaa kena le belajorrrr..

    Tapi apa pun terpulang..kalau seronok nak beradat macam yang dibuat tu pun, boleh ler..

    tapi kalau nak ikut SUNNAH, khatankanlah anak waktu umur 7 hari! betui tak? bukannya dah umur 10/11/12 tahun..takut deme malu..iya le silap haribulan suara dah garau..

    smile..tahniah untuk si Atif..

    ReplyDelete
  8. Ish..komen aku kat atas tu dah ghope oghang berletior jer..maap ye lek..bagi idea jer.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...