Monday, December 22, 2008

Bertaubatlah Rizal..

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.
Setiap manusia bukannya sempurna, tapi kita mesti berusaha menjadi umat yang sempurna. Belajarlah daripada kesilapan, sebab manusia yang belajar daripada kesilapan, boleh menebusnya pada masa depan.

Hari ini, Mohd Rizal, bekas pramugara yang terkenal dengan tagline "TERLAMPAU" telah dibebaskan oleh mahkamah kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kes tersebut.

Dengan kata lain, mahkamah anggap dia tidak bersalah, biarpun buktinya memang sah dan terang-terangan dia berzina dengan rakan sejawatnya sehingga menjejaskan nama syarikat penerbangan nasional.

Bekas pramugara bebas tuduhan terbitkan VCD lucah (Petikan Star online)

SHAH ALAM: Bekas pramugara Malaysia Airlines (MAS) yang dituduh menerbitkan video cakera padat (VCD) lucah dibebaskan dan dilepaskan hari ini selepas Mahkamah Tinggi membatalkan sabitan dan hukuman penjara 18 bulan terhadapnya.

Mahkamah, dalam membenarkan rayuan Mohd Rizal Mat Yusuf, memutuskan sabitan dan kesalahan yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen empat tahun lepas merupakan kegagalan keadilan.

Alasan utamanya ialah kegagalan pihak pendakwaan membuktikan bahawa Rizal yang telah membuat atau menerbitkan VCD bertajuk "Kehidupan Seorang Pramugara Yang Terlampau" bagi tujuan pengagihan dan pengedaran.

Rizal, 36, pada 17 Dis, 2004, dihukum penjara 18 bulan kerana membuat dan mengedarkan VCD yang memaparkan adegan lucah di Jalan Sri Banang, Taman Sri Andalas, Klang, antara 1999 dan Mei 2003.

Hakim P.Nallini, dalam penghakiman 21 muka surat berkata para saksi pihak pendakwaan telah gagal mengaitkan antara VCD lucah itu dan Mohd Rizal.

Beliau berkata tiada bukti yang menunjukkan Rizal membuat atau menerbitkan VCD itu kerana keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan hanya menunjukkan yang dia terbabit dalam beberapa adegan dan merakamkan pita kaset video menggunakan video handycam dan alat kawalan jauh.

"Tidak ada keterangan dikemukakan yang menunjukkan Rizal telah memindahkan isi kandungan pita kaset video itu ke dalam VCD. Begitu juga tiada keterangan yang menunjukkan dia memiliki, atau menggunakan peralatan khas yang diperlukan bagi tujuan pemindahan itu.

"Sekiranya pertimbangan dibuat sama ada wujud kes prima facie berhubung keterangan yang dikemukakan dalam kes pendakwaan dan jika undang-undang yang diperlukan telah diguna pakai dalam kes pembelaan, tidak mungkin keputusan untuk mensabitkan Rizal dapat dicapai.

"Dalam keadaan ini, sabitan terhadap perayu dilihat adalah akibat kegagalan keadilan, mendorong campur tangan di peringkat rayuan," katanya.

Beliau berkata alasan penghakiman oleh Hakim Mahkamah Sesyen menunjukkan yang pemeriksaan dan penilaian menyeluruh tidak dilakukan terhadap kes pendakwaan dan sebaliknya semakan teliti dan menyeluruh dilakukan terhadap kes pembelaan.

"Kesan daripada gagal membuat penilaian maksimum terhadap kes pendakwaan, tetapi membuat penelitian menyeluruh terhadap kes pendakwaan ialah untuk menterbalikkan beban bukti.

"Menterbalikkan beban bukti seperti itu akan menyebabkan keadilan tidak dapat dilaksanakan. Undang-undang mensyaratkan yang penilaian maksimum patut dilakukan pada penutupan kes pendakwaan bukan sekadar ketetapan tetapi perlu diaplikasikan," katanya.

Rizal, dalam pembelaannya mengaku merakamkan perlakuan seksualnya dengan pramugari rakan sekerja dalam pita kaset video menggunakan kamera video bimbit bagi kegunaan peribadi.

Katanya apabila dia memutuskan hubungan dengan pramugari itu, dia berjanji untuk memusnahkan pita itu dan dia tidak memindahkan isi kandungannya ke dalam VCD kerana dia tidak mempunyai peralatan untuk berbuat demikian.

Apabila ditanya pemberita, mengapa dia sering menutup wajah, Rizal memberitahu, dia mahu mengelakkan daripada kesukaran mencari kerja, kerana sering diberhentikan majikan.

Rupanya, di dunia lagi Allah dah beri pembalasan untuknya. Kasihan, moga Allah mengampuni kamu, Rizal. Bertaubatlah, selagi nyawa masih dikandung badan. Jangan lupa, Allah memberi peluang untuk kamu balik ke pangkal jalan, sama seperti peluang yang Allah beri kepada Hanif Basri Abdul Rahman, jurutera yang pernah terlibat dengan Norita Samsudin dulu.

Buat kita, ingatlah, agama sebagai panduan dalam hidup yang penuh cubaan dan dugaan ini.

7 comments:

  1. lepah jugok? dulu hanif basri.

    ingak nok wak jugok la dvd penganggur terlampau. jgn salah sangka. terlampau marah. hehe

    tu mahkamah dunia cikgu. kat mahkamah akhirat, menjawab la

    ReplyDelete
  2. Hmm, Amacam interbiu? Ada dok harapang? Mu buatla yang terbaik.

    Insya Allah, harapan adalah perkara yang terbaik sebab ia boleh merangsang kita mencapai kenyataan.

    ReplyDelete
  3. Kekadang di dunia kita boleh terlepas. Di akhirat...? Dan bertaubatlah...

    ReplyDelete
  4. Itulah yop : dah keluar mahkamah boleh angkat tangan lagi tu...aku dah menang...bangga benor gamak !

    ' bertaubatlah rizal '...kat dunia mungkin terlepas.....

    ReplyDelete
  5. oohh... dia susah ati kalu susah nak cari kerja... ?

    ReplyDelete
  6. Ambillah iktibar dan pengajarannya. Ramai juga yang terlepas didunia tanpa dikaitkan dengan rakaman dan filem. Ramai yang menemui pintu taubat dan taubatnya di terima Allah. Ramai juga yang masih bermegah dan tergelak terbahak-bahak atas kemaksiatannya. Semoga kita juga muhasabah diri, supaya tidak terlanjur ke jalan kemurkaan Allah.

    ReplyDelete
  7. salam cikgu,

    moga dia diberi hidayahNya secepat mungkin!

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...