Thursday, December 4, 2008

Bertanggak Di Parit Buntar

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.
Inilah mercu tanda pekan Parit Buntar. Jam besar di tengah pekan.

Kalau tidak kerana mesyuarat penyelarasan pemeriksaan Kertas Sejarah SPM, tidaklah aku ke pekan Parit Buntar (PB) ini. Mesyuarat dijadualkan selama 3 hari. Dengan situasi yang terjadi kepada jiranku sebelum ini, ada baiknya aku bawa famili ke sana. Sekurang-kurangnya, hatiku tidak bimbang akan keselamatan anak dan isteri. Lagipun, anak-anak belum pernah menjejak kaki ke sini.

Kami bertolak selepas Zohor dan tiba di PB pada jam 6 petang. Perjalanan memuaskan. Cuma anak-anak agak 'buas' setibanya di penginapan.

Uniknya PB, jika melalui lebuh raya, kita harus 'memasuki' negeri Kedah dahulu. Ikut susur keluar Bandar Baharu, kita akan masuk semula ke negeri Perak. PB memang terletak di kawasan sempadan negeri Perak dan Kedah. Rata-rata masyarakatnya dipengaruhi dialek utara yang sinonim dengan loghat Kedah.

Sawah padi terbentang luas menghampar kiri dan kanan lebuh raya, panorama yang cukup indah. Memang kawasan PB masih kekal dengan suasana desa yang mendamaikan.

Yang seronoknya, di sini ada liputan Celcom 3G. Mudahlah untuk melayari internet.
Majoriti di sini adalah orang Cina yang rata-ratanya berniaga. Tidak jauh bezanya dengan kawasanku di Sitiawan.

Parit Buntar, bagaimana ia mendapat namanya? Mungkin Tirana tahu? Entahlah. Esok dan lusa, masih ada untuk aku bertanya jawapannya.

17 comments:

  1. Cikgu Izzudin cerita pasal PB membuatkan saya rindu kepada kampung saya. Sebenarnya ramai bloggers yang asal dari sana dan ada jugak yang tinggal di sana. Dalam friend list saya ada dua orang yang tinggal di sana sekarang, Mamaaffiq dan Luna. PB tu terletak di penjuru, antara 3 buah negeri iaitu Perak, Kedah dan P. Pinang. Sungai Kerian tu menjadi sempadan yang memisahkan Perak dengan Kedah. Jalan Sempadan tu pulak menjadi sempadan yang memisahkan Perak dengan P. Pinang (Nibong Tebal). Sekolah saya dulu terletak di Jalan Sempadan ini tapi bukanlah tepi jalan, kena masuk ke dalam sikit. Kalau dari jalan besar, memang kita tidak akan nampak sekolah tersebut.

    Sesekali saya balik ke sana, banyak perubahan yang berlaku. Dulu pekan PB tidak seperti sekarang. Sekarang ni sibuk, dulu lengang. Semakin banyak kenderaan dan semakin banyak premis kedai.

    Malu saya nak mengaku, memang saya tak tahu asal usul nama Parit Buntar tapi asal usul nama kampung saya iaitu Tg. Piandang, saya tahu.

    Selamat datang ke PB untuk cikgu Izzudin. Seronok kot shopping.. Tentu harga barang di sana lebih murah dari di KL ni..Hmmm..rindunya saya nak balik...

    ReplyDelete
  2. cuaca menarik. beza sungguh dengan batu rakit. huhu

    sama ada kamera gambar jadi cantek atau kg tu mmg cantek. 3 hari tu.. best

    ReplyDelete
  3. Tentunya memori lama menerpa di minda apabila sesatu yang amat disayangi disebut2... itulah yg dilalui Tirana.termasuk aku juga..nak balik kampung.....

    Selamat beristeri-rehat di PB brooo.. Ada jumpa CikguOden (Khairudin), pepemriksa kertas sejarah juga....mana la tau!

    ReplyDelete
  4. Buat Tirana, memang di sini, ada kelebihan yang tersendiri. Mengikut rakan sekumpulan yang biasa di sini, setiap Jumaat ada jualan kain murah tapi cantik dan berkualiti oleh orang Kemboja.

    Taklah saya tau tempatnya, sebab saya tak bertanya lanjut.

    Petang ini kami mencuba roti jala di Bambu Inn, kedai makan tepi jalan yang sentiasa penuh dengan pengunjung.

    Tapi, paling best, ikan sembilang masak gulai. Boleh katakan, setiap warung atau kedai makan pasti ada menu gulai ikan sembilang.

    Kata kawan-kawan, inilah trademark PB...

    ReplyDelete
  5. Razor, sudikanlah ke PB. Pekannya besar daripada Wakaf Tengah, dan popular dengan gulai ikan sembilang.

    Hujan lagi di Batu Rakit? Kawan yang balik ke Wakaf Tapai semalam dah maklumkan jalan ikut FELDA Areng masih OK. Tapi hujan sepanjang jalan.

    Sg Tong dah surut banjirnya, tapi kalau hujan kembali berterusan, banjir boleh berulang.

    ReplyDelete
  6. Lan, hang dah move ke rumah baru? Mesti ada perancangan dok di Tg Malim. Hang dapat sambung PhD ka?

    Hang memang hebat Lan...

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Saya pun tidak pernah singgah ke parit buntar.. hanya tau tempat ini merupakan tempat emak saya dilahirkan kerana ada dicatatkan dalam surat beranaknya.. (lagipun atok saya dulu kastam dan sering bertukar tempat kerja)

    Saya sendiri akui negeri perak memang unik kerana masih banyak kawasannya yang masih kekal dengan suasana kampungnya.. dan loghatnya :)

    ReplyDelete
  8. Itu nikmatnya Celcom 3G... ini wilayah CELCOM..

    Serampang banyak mata...dalam urusan kerja dapat juga menjamu mata, x gitu bro?

    ReplyDelete
  9. kalau dah tahu tu kongsi2 ler :)

    ReplyDelete
  10. aku pun tak penah sampai PB... yg sebenarnya... banyak tempat kat Perak ni aku tak penah pegi.. kes lepas sekolah terus merantau dan terus sangkut kat kelantan... hehehe!

    ReplyDelete
  11. Iina,

    Lain padang, lain belalang. Lain tempat lain suasananya,.. Bumi Scottish pun banyak keindahannya. Banyak loghatnya, macam juga di negeri kita ni.

    ReplyDelete
  12. Bro Azlan,

    Tanjung Malim tentu suatu anjakan baru, sebelum langkah seterusnya di ambil. Moga berjaya di tempat baru.

    Keep in touch!

    ReplyDelete
  13. Maksu,

    Tak tau, macamner nak kongsi? Nantilah, saya 'risik'...

    ReplyDelete
  14. Pokli,

    Begitulah. Di sini cuaca kekeadnag hujan. Petang semalam, kuyup dibuatnya.

    Banjir lagi di Ganu kite?

    ReplyDelete
  15. Shifu67,

    Mike bawak le anak-anak berkunjung ke negeri asey. Buleh cakap Peghak lagi tak?

    Anak-anak mike faham tak istilah ni?

    1. Tumpo
    2. Tungkap haup
    3. Ngelenyor
    4. Apa dihajapnya..

    Kalu deme masih boleh faham, ok le tu..

    ReplyDelete
  16. salam,

    Macam mana PB dapat nama? Nak tau juga...

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...