Monday, December 1, 2008

Tragedi Yang Menyayat Hati

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Apabila menonton berita terkini tentang nasib dua anak seorang juruterbang dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Selangor, aku pasrah bahawa pasti harapan menemui mereka dalam keadaan selamat semakin tipis.

Hatiku terdetik untuk menganggap sedemikian, kerana mereka yang masih remaja, ditimbuni bertan-tan tanah belakang rumah akibat runtuhan yang tak terduga.

Mujur juga ibu dan ayah serta anak-anak yang lain sempat menyelamatkan diri. Keadaan rumah itu seperti yang dipaparkan melalui Buletin Utama, musnah sama sekali.

Ini benar-benar tragedi, fikirku. Siapa yang menyangka, rumah yang diharap menjadi pelindung, akhirnya menjadi kuburan yang mengakhiri hayat remaja berkenaan.

Siapa yang dapat menyangka, cuti sekolah yang menjadi masa untuk merapatkan hubungan ahli keluarga, menjadi masa yang begitu memeritkan buat mangsa kejadian ini.

Dua beradik mati tertimbus dalam insiden tanah runtuh di Ulu Yam

HULU SELANGOR: Dua beradik mati tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah yang menimpa sebuah banglo setingkat di Lot 110, Jalan Belida 1, Ulu Yam Perdana, di sini awal hari ini.

Dalam kejadian pada 5.30 pagi itu, Noratirah Roslan, 16, dan adiknya Nurul Intan Sarina, 9, sedang tidur dalam bilik mereka, manakala ibu bapa serta tiga adik beradik yang lain tidur di ruang tamu apabila tebing di belakang rumah berkenaan runtuh, lalu menghempap rumah itu yang dibina di atas bukit.

Ibu kedua-dua beradik itu, Azizan Madon, 42, berkata beliau bersama suaminya, Roslan Mohd Jalil, 49, dan tiga lagi anak mereka, Norlisa Azira, 8, Anis Afina, 6, dan Norman Afiq, 3, sempat menyelamatkan diri melalui bumbung rumah semasa kejadian.

Kedua-dua mayat dijumpai tengah hari ini oleh pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota polis, SMART, Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam.

Pasukan penyelamat berjaya membawa keluar mayat Noratirah pada 12.55 tengah hari. Setakat ini, mayat Nurul Intan Sarina masih belum dikeluarkan.

Ketika ditemui pemberita di tempat kejadian, Azizan berkata kejadian itu berlaku dalam sekelip mata.

"Saya hanya dengar satu bunyi dentuman kuat di bahagian belakang rumah, sebelum batu dan tanah masuk memusnahkan rumah kami.

"Saya selamatkan diri melalui bumbung rumah dan lari minta bantuan pihak pengurusan resort. Suami dan tiga anak saya yang lain juga berjaya selamatkan diri ikut bumbung," katanya sambil menangis teresakesak.

Beliau berkata mereka sekeluarga mendiami banglo itu sejak tujuh tahun lepas dan ini kali pertama kejadian seumpama itu berlaku di kawasan tersebut.

Sementara itu, salah seorang pekerja resort, Norafifah Hanim Abd Kadir berkata beliau terkejut apabila melihat Azizan berlari sambil meminta bantuan.

"Dia hanya berpakaian tidur dan tidak memakai selipar. Saya memang kenal keluarga mangsa, suaminya bekerja sebagai juruterbang AirAsia," katanya.BERNAMA

Itulah takdir Allah. DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali.


9 comments:

  1. innalillah hiwainna ilahirojiun

    ReplyDelete
  2. Amacam suasana Brisbane? Hujan macam di sini?

    ReplyDelete
  3. yop - teman tahu sejarah dan tempat tu : tapi yg lebih trajisnya ( bukalah suratkhabor ) hari ini. Sedih benor teman nak nulisnya. tapi itulah kita...

    Pengajarannya yop : adakah kita tidak pernah belajar dari BENCANA. Setiap kali ada BENCANA dan perkataan biasa. Kami akan buat KAJIAN....

    Apakah sebelum ini tidak ada KAJIAN.Kita disini bukan untuk menyalahkan sesiapa. Ceritanya sama....adakah ' orang2 diatas ' mahu mati dan di kenang sebagai ' PEMBUAT DASAR UNTUK KEMATIAN '......

    Alfatihah untuk kedua yang meninggal....

    ReplyDelete
  4. Dr Allah kita dtg, kpdNya kita kembali. Setiap sesuatu kejadian pasti ada rahmat tersembunyi..

    ReplyDelete
  5. takziah buat keluarga yang mendapat kemalangan ini :(

    kadang2, kita tak sedar, hari untuk kita makin menghampiri :(

    ReplyDelete
  6. Bro Jinggo, kerakusan manusia juga merosakkan alam menyebabkan sistem tadahan hujan kita tidak seimbang. Akhirnya, mnausia juga yang jadi mangsa bencana alam.

    Siapa yang dapat menduga situasi ini.

    Saya tengok foto arwah mereka, sangat comel. Alfatihah..

    ReplyDelete
  7. Hazlin,
    begitulah takdir mereka.

    Maksu,

    Wajah mereka comel. Isteri saya sampai menitis air mata membaca kisah tragis ini.

    Bayangkan jika kita di tempat mereka... Sanggup kah?

    ReplyDelete
  8. Salam saudara izzuddin

    Blog yang menarik dan banyak info boleh didapati di sini.
    Ingin saya perbetulkan petikan saudara mengenai berita ini dari Bernama.
    Saya rasa wartawan Bernama itu salah lapor, kerana pekerja resort itu sebenarnya tidak menyebutpun mengenai Air Asia. Semua mereka tahu mangsa ialah juruterbang Firefly.
    Untuk gambaran lebih jelas, lawati blog saya:
    ondscene.blogspot.com
    saya memasukkan link anda dlm blog saya, dgn izin

    ReplyDelete
  9. Kalau tengok pada keadaan tanah tanih kat tempat tu memang jenis yang lembut dan tempat laluan air. Bagi aku kebanyakkan tanah kat Malaysia ni begitulah rupanya. Harapan aku, kita jangan terlalu ghairah nak buat rumah atas atau tepi tepi bukit sangat..nak nak pulak bukit itu jenis tanah merah.
    Walaubagaimanapun memang sungguh mengharukan kejadian yang menimpa anak anak remaja ini. Semoga ibubapa mereka bersabar dan redha..Innalillah..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...