Tuesday, March 10, 2009

Apa Beza Murid Bandar dan Desa?

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Di Bandar, muridnya terdedah kepada banyak perkara; misalnya dari segi pakaian, gaya rambut, cara pergaulan, lebih 'ke hadapan' berbanding murid kampung. Teringat masa bersekolah di SMKAB dahulu. Rata-rata rakan dari luar bandar seperti Kayan, Sungai Tiram, dan Lekir, biasanya datang dengan bas Rafie, atau bas Cikgu Yaakub (arwah). Baju mereka, baik lelaki mahupun perempuan, putih kekuning-kuningan, sebab laluan untuk balik ke rumah tidak bertar.
Jika cuaca elok, debu-debu tanah merah melekat di baju. Tapi jika hujan, kasut-kasut mereka penuh bersalut tanah liat.

Murid bandar, biasanya akan mendapat kemudahan tuisyen (kelas tambahan) kerana keluarga mereka mampu. Murid di sekolah luar bandar selalunya hanya setakat belajar di sekolah. Dalam hal ini, kekadang tidak adil jika ada guru yang mengajar di sekolah, sekadar 'melepaskan batok di tangga'. Sebaiknya, gunakanlah masa P&P di sekolah sebaik mungkin, sebab bukan semua pelajar mampu ke kelas tambahan.

Murid bandar, mudah mendapat pelbagai kemudahan, sama ada akses internet, perpustakaan awam, mahupun sumber maklumat lain. Bagaimanapun, murid luar bandar masih boleh mendapat kemudahan berkenaan melalui usaha KPM menyediakan Makmal Komputer.

Dalam mencapai tahap pendidikan yang sempurna, teras ke-6 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ialah merapatkan jurang pendidikan.

Rasanya, jurang tersebut boleh dirapatkan melalui penyamarataan sistem pendidikan. Selain itu, sistem berorientasikan peperiksaan harus diubah kepada kemahiran dan minat. Tetapi, siapa yang minat? Ibu bapa hari ini lebih suka melihat jumlah 'A', dan anak akan dianggap 'pandai' jika banyak memperoleh 'A'..

1 comment:

  1. sayang gaks, anak2 saya tak berapa dapat segala kemudahan w/pun kami duduk cuma 20km jer lebihkurang dari bandar KL, kerana saya adalah parents yng tak mampu, selain itu saya benci ngan sekolah bandar sebab byk gejala sosial sedangkan saya perlu bekerja dan tak dpt nak memantau anak2 yg tinggal di rumah :(

    cikgu izzudin, sudilah baca coretan ini ya, pengalaman saya belajar english.

    http://ceritakosong.blogspot.com/2009/03/cara-cara-untuk-menghilangkan-bosan.html

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...