Wednesday, March 11, 2009

Mentafsir Mimpi

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Awal pagi ini, aku terjaga selepas mimpi sesuatu yang agak membimbangkan. Aku bermimpi rumah mak dimasuki ular. Ularnya besar-besar. Peliknya, anak-anak aku berada di rumah mak, dan ketika aku cuba menghalau ular-ular tersebut, seorang anakku (Adil Hilmi) dipatuk di kakinya. Lantas, cepat-cepat aku membawanya ke hospital, dan tiba-tiba aku terjaga..

Oh,... mimpi rupanya. Ada rasa lega, tetapi ada juga rasa bimbang. Selepas solat Tahajud, aku memohon dijauhkan mala petaka ke atas keluarga.

Mungkin juga aku penat. Mungkin juga terbawa-bawa celoteh kelakar Wak Tabib dalam SINARFM semalam. Mungkin juga mainan tidur.

Kata arwah mak, mimpi buruk sebab tak basuh kaki. Pesannya lagi, kalau selepas azan subuh, itu memang dari syaitan. Tapi aku mimpi waktu dinihari, sebelum subuh... Apa maknanya?

p/s: Ada sesiapa boleh mentafsir mimpi?

12 comments:

  1. Assalammmualaikum,

    Kalau berempuan muda yang belum kahwin mimpi kena patuk ular alamat nanti ada orang masuk meminang.

    Mungkin la berita baik. Thanks

    ReplyDelete
  2. Harap-harap biarlah mimpi itu cuma mainan tidur.

    ReplyDelete
  3. dalam bab2 mimpi ini kenalah berurusan dengan Wak Tabib @ Abang Jem....
    tahu ke abang jem tu nak kahwin lagi - bini ke 4 anak Tan Sri lagi.....

    ReplyDelete
  4. Habshah, makaseh bagi pandangan. Kalu berita baik, atau buruk, insya Allah akan saya warwarkan juga...

    Tapi kekadang semuanya kebetulan.

    Bak kata Kenny, Remy dan Martin, ..."Suratan atau Kebetulan"..

    ReplyDelete
  5. Kak Tirana,

    Harap-harap begitu. Saya terharu baca entry 'Cikgu Haikal'. Agaknya dah jadi Dr. kot budak tu...?

    ReplyDelete
  6. Bro Jinggo,

    Saya suka sekali mendengar celoteh Abang Jem, KE dan Kryll di SINAR. Memang menghiburkan.

    Bab dia nak 'pasang' sorang lagi, kalu dia mampu dan boleh berlaku adil, biarlah.


    Anak Tan Seri? Hebat tul SY ni..

    ReplyDelete
  7. Tak berani bg tafsir mimpi. Sebab perkara yg berkaitan mimpi ni tidak boleh ditafsirkan begitu saja kalau tiada ilmu. bahaya.. mgkin abg Ngah boleh rujuk ust suhaimi. nanti sy cuba dptkan nmbor contact dia.

    ReplyDelete
  8. Terimakasih kerana kunjungi http;//bongkarsauh.blogspot.com/

    Blog ini telah dilinkkan dengan bongkarsauh di bawah bloglist Acap Dilawati

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum wbh...
    Salam kenal. Dari blog Mak Su yang misteri tu, baca bab mimpi dia. Oleh kerana dia sebut nama miker, teman pun datang ke sini.
    Teman percaya, ada sebab kita bermimpi. Kadang, mimpi tu sebab kita terlalu risau dan tertekan. Kadang teman rasa, melalui mimpi ALLAH sampaikan ilham kepada hamba-hambaNYA. Jadi... kalau mimpi yang tak elok, minta ALLAH beri petunjuk. Kalau yang bagus pun minta DIA beri petunjuk. Teman tak tahu ler siapa yang kata mimpi tu permainan syaitan sebab bak kata teman tadi, setiap yang diciptakan oleh ALLAH, mesti ada kegunaannya.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...