Friday, March 27, 2009

Tumpuan Di PWTC

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

(Ini bukan pandangan politik, tapi ia adalah pandangan peribadi seorang rakyat marhaen.. jangan salah faham)

Seluruh ahli UMNO, tertumpu di PWTC untuk seminggu ini. Persidangan Agung UMNO (PAU) berlangsung dengan beberapa isu menarik, termasuklah kisah Ali Rustam dilarang bertanding oleh Lembaga Disiplin parti, kekalahan Tan Seri Rafidah Aziz di tangan timbalannya, dan beberapa muka baru dalam senarai Naib Presiden dan Majlis Tertinggi.

Akhbar-akhbar perdana sibuk memberi liputan untuk PAU, iaitu sebuah parti yang dominan dalam politik negara ini. Pelbagai gelagat perwakilan UMNO turut diselitkan.

Semalam, seorang perwakilan yang berbahas di PAU, menyarankan agar Lembaga Disiplin UMNO dibubarkan. Katanya, lembaga itu telah 'menyebabkan ahli UMNO berkelahi'. Saranan ini tidak wajar, kerana ahli UMNO bukan maksum. Lebih baik Lembaga Disiplin diwujudkan kerana dapat memantau tingkah laku calon yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Dalam beberapa blog yang kulayari, PAU turut diberi perhatian. Jadi, benarlah tumpuan kebanyak orang di sana.

PWTC banyak merakamkan peristiwa penting dalam kemajuan Malaysia

PWTC sinonim dengan PAU. Bagaimanapun, di Dewan Merdeka, bukan PAU sahaja yang diadakan. Dewan ini pernah menjadi 'venue' musabaqah peringkat kebangsaan dan antarabangsa, jamuan makan VVIP, seminar dan wacana ilmu, dan tidak ketinggalan, konsert artis dalam dan luar negara.

Begitulah gahnya PWTC.

*p/s- Sehari dua ini, paling sakit. Maksud aku, berpaling saja, sakit. Salah tidur. Aduhai... Nak menjengah blog kawan-kawan pun tak sempat..

6 comments:

  1. yop

    seronok dengan ada satu pewakilan cakap begini...
    cerita rasuah politik...
    kenapa kita mesti buka pekong didada....

    madsudnya disebab pekong dibuka seorang pejuang ( menteri besar melaka ) dikorbankan...

    kita fikirkan dari sudut lain...

    ReplyDelete
  2. paling jer sakit? nak kena urut tu, ngan minyak buatan orang marhaen, seperti aku dan kamu. heh heh heh

    ReplyDelete
  3. nikmat hidup ni kerana kita dianugerahkan nafsu... maka pilihlah nak jadi cam mana... kita menguasai nafsu ke atau nafsu menguasai kita... dan yg tentunya meter nafsu tidak pernah statik... renung-renungkann dan selamat beramalll.... (ala Dr izi.... hehehe)

    ReplyDelete
  4. Sudut mana, bang?

    UMNO sekarang selalu dipalitkan dengan rasuah. Mungkin bukan semua pemimpinnya rasuah, tapi dek nila setititik, habis susu sebelanga.

    Cuma, pandangan saya, dalam UMNO bukan setitik nila, dan setimba... Dah rosak teruk dah susu..

    Maksu,

    Dah ok.. Dah boleh berpaling.. hehehehe

    ReplyDelete
  5. Ewah, Shifu67 macam pakar motivasilah pulak..

    Tapi betullah tu, nafsu kalau menguasai akal, alamat nak hancurlah hidup.


    Mazemie,

    Tidak sekali-kali. Saya takkan berkempen untuk mana-mana parti politik... jadi pemerhati sahajalah..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...