Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
Kami sekeluarga pulang beraya di rumah mertua sehari sebelum Aidil Adha. Di pertengahan simpang ke hala Simpang Pulai, berita di SINARFM memaklumkan tanah runtuh di Kenyir, menyebabkan saya membuat pusingan menghala ke Grik. Dari Grik, kami melalui Jeli dan tiba di Batu Rakit selepas 11 jam perjalanan. Semuanya gara-gara tanah runtuh di kawasan Tasik Kenyir. Saya tidak sanggup menanggung risiko berpatah balik jika berada di sana.
Malam menjelang raya, saya mendapat perkhabaran daripada Oun, adik lelaki yang kini menetap di Batu Pahat, Johor. Anak keempatnya lahir malam sebelum raya. Dinamakan AHMAD ADIB ADHA. Saya doakan dia menjadi sebijak ibunya, dan sekacak ayahnya.
Hari raya di Terengganu nampaknya lancar dan meriah. Majlis kurban diadakan di sana sini, dalam keadaan cuaca cerah. Menjelang hari Tasyriq ke-3, hujan mula mencurah kembali. Semasa pulang ke Perak semalam, hujan berterusan sejak pagi, sehinggalah melepasi sempadan Kelantan. Di kawasan Tasik Banding, cuaca panas dan hanya mendung di beberapa tempat.
Hentian kami di Masjid Grik agak sibuk dengan musafir dan pengembara yang sehaluan. Selepas melepaskan penat, kami teruskan perjalanan yang masih berbaki 3 jam. Akhirnya, kami tiba sebelum maghrib.
Sy tak ada pengalaman balik kg berjam2 mcm tu....nk sampai ke kg sy cuma 1 jam setengah je. Orang Perak kata kutai punggung duk dalam kete ye....hihi.
ReplyDeleteSelamat pulang daripada hari raya. Kemeriahan yang berakhir di susunan kerete jem di Karak hehe.
ReplyDeleteSuka dengan tulisan di header cikgu. :)
Appreciate the differences between us as the differences is given by Allah. Alhamdulillah.
fuh...nama macam zaquan adha tu
ReplyDeletehuhu
nasib dgr radio
kalau tak rugi minyak dan masa
aSYIQ,
ReplyDeleteSebahagian daripada rencah kehidupan saya, sementara mertua masih ada. Di sebelah pihak saya sendiri, kedua-duanya sudah kembali kepada Yang Haq.
Itulah sebabnya saya usahakan juga agar anak-anak saya dapat bertemu dengan Tokki dan Tok Chek mereka.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Khairi,
ReplyDeleteOps, terperangkap di Karak rupanya.
Sabar jelah..
Hans,
ReplyDeleteMujur, saya dengar beritanya dua kali. Sah jalan tu ditutup, tu sebab kami buat lencongan menghala ke Grik.
Jauhlah sikit, tapi masih selamat.