Monday, December 28, 2009

Mi Udang Kuala Sepetang


Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Blog Mazidul, pengacara TV3 yang sinonim dengan rancangan 360, pernah menceritakan kehebatan mi udang Mak Jah di Kuala Sepetang.

Kebetulan saya diarahkan ke Matang, Taiping untuk tugasan pasukan pemeriksa SPM. Peluang tersebut saya gunakan untuk singgah menikmati mi udang Mak Jah.

Saya datang pada waktu tengah hari, dan ramai pengunjung yang sedang menikmati mi udang tersebut. Hemat saya, tentulah ia hebat, sebab itulah ramai pengunjung sama ada bersendirian atau berkeluarga yang singgah di situ. Dari bandar Taiping, jaraknya lebih kurang 12 km. Di belakang warung tersebut, ada sebuah masjid yang membolehkan pengunjung menunaikan solat dengan mudah.

Suasana di situ agak santai tetapi bersih. Saya mencuba mi udang biasa (mi udang istimewa, udangnya lebih besar) dan semangkuk mi tersebut sudah memadai untuk orang berperut kecil seperti saya.

Apa yang boleh saya nyatakan, ia berbaloi dengan harga. lebih daripada itu, gerainya bersih dan suasananya menyenangkan.

(Maaf tiada foto untuk menyokong pandangan ini)

5 comments:

  1. lama sangat teringin nak makan mee udang yg kuar kat tv3 tu. hari tu sempat makan yg kat tol cangkat jering je... may be next time, InsyaAllah..

    ReplyDelete
  2. dalam fb aku ada gambor mee udang mak jah ni. rasanya bulan enam aku ke sini. memang besor-besor udangnya. hazlin kena cubamee udang mak jah itu yang original

    ReplyDelete
  3. Yap, Hazlin. Tak jauh pun dari Manjung. Cubalah.



    Anjang,Hari ni aku nak try mi udang Pak Salleh plak..

    Hehehehe

    Ko dh ke sana lebih awal rupenyer..

    ReplyDelete
  4. seronoknya semua dok cerita pasal mee udang mak jah...sedihnya kita di sini tak dapat nak merasanya...jauh sangat, jadi untuk ubat hati yang lara pekena mee rebus sg dua...kira oraitlah tu

    ReplyDelete
  5. selalu pergi kedai mak teh 2..tp xtaw masuk tv pn..kwn yg cte sal hal 2..hee..neway..nice feedback~

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...