Monday, December 21, 2009

Permohonan Ke IPTA Melalui Talian Internet

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Menurut Bernama, permohonan ke IPTA seluruh negara mulai sesi 2010-2011 akan menggunakan aplikasi internet sepenuhnya.

Menurut Kementerian Pengajian Tinggi semalam, permohonan diadakan dalam dua fasa dan bagi fasa pertama ia telah dibuka kepada pemohon mulai 2 November lalu dan tarikh tutup pada 31 Disember ini.

Fasa kedua permohonan pula akan dibuka pada 2 Februari 2010 mulai jam 12 tengah hari sehingga 30 Mac 2010.

Kenyataan itu berkata, permohonan kali ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori A bagi pemohon SPM 2009, kategori B bagi lepasan SPM 2008 atau 2007, kategori C untuk lepasan SPM 2006 atau sebelumnya atau yang mempunyai sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA dan kategori D adalah bagi lepasan SPM 2007 dengan sijil ulangan 2008 atau SPM 2007 dengan sijil ulangan 2009, atau SPM 2008 dengan sijil ulangan 2009.

Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan mendaftar melalui URL laman web rasmi kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.


ULASAN SAYA:

Tahun 70-an, 80-an dan awal 90-an, pelajar yang memohon kemasukan ke IPTA perlu merujuk  iklan permohonan yang diuruskan Unit Pusat Universiti atau UPU. Iklannya dipaparkan di akhbar-akhbar utama. Kelam-kabutlah memohon borang yang perlu diisi lengkap sebelum diposkan kembali ke UPU. Tunggulah keputusannya dalam tempoh 2 bulan, dan jawapannya akan diperoleh melalui pos juga.

Kalau ada posmen cuai atau tak amanah, alamatnya permohonan tersebut  akan menghadapi masalah.

Kini, situasi sudah berubah. Dulu lain, sekarang lain. Aplikasi online sudah menjadi kebiasaan. Cuma, saranan saya, kerajaan harus memastikan penyedia kemudahan internet seperti TM, Celcom, Maxis dan Digi menambah kecekapan talian internet di kawasan luar bandar agar masyarakat di situ tidak berasa dianaktirikan.

5 comments:

  1. salam cikgu...betul2...hik..hik..hope bebudak skang alert....k,take care..wsslm..

    ReplyDelete
  2. betul tu...
    harga nak mahal tapi servis hampeh

    ReplyDelete
  3. memang biasa di tempat aku surat ke IPTA lewat sampai kerana kecuaian posmen. Orang dah daftar sebulan, baru dia dapat surat.

    ReplyDelete
  4. Salam Jue,
    Makaseh tinggal jejak. Jaga hubungan dalam pertunangan, banyak cabaran dan harus ditangani dengan berhemah.

    Hans,
    Itu sebab perlu ada persaingan dalam perkhidmatan kurier. Persaingan meningkatkan kualiti.

    Anjang,
    Kesian...

    ReplyDelete
  5. cikgu...thanks...doakan sy ekk...

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...