Saturday, December 5, 2009

"Jabulani" Beraksi Di Piala Dunia 2010!

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Inilah Jabulani yang menanti untuk disepak Jun 2010 nanti

Undian Piala Dunia 2010 yang dijadualkan berlangsung 11 Jun sehingga 11 Julai telah pun selesai di Capetown, semalam. Keputusannya, ada skuad pilihan yang berada dalam saingan selesa, manakala  pasukan Brazil, termasuk dalam kumpulan G yang dianggap 'grup maut'.

Apakah kumpulan maut? Ia diistilahkan sebagai kumpulan yang mempunyai lebih daripada dua pasukan kuat. Brazil selaku bekas juara dunia, akan bermain menentang Portugal, bekas juara Eropah, yang mempunyai pemain termahal dunia, Ronaldo.(Itu pun jika Ronaldo tak cedera). Kumpulan G turut disertai Korea Utara dan Ivory Coast, yang kedua-duanya memang diketahui mempunyai kekuatan tersendiri.

Pasukan lain, bagaimanapun tidak melalui jalan mudah ke pusingan berikutnya. Kita nantikan sepak mula di Afrika Selatan Jun depan.

2010 World Cup draw

Group A: South Africa, Mexico, Uruguay, France
Group B: Argentina, South Korea, Nigeria, Greece
Group C: England, USA, Algeria, Slovenia
Group D: Germany, Australia, Ghana, Serbia
Group E: Netherlands, Japan, Cameroon, Denmark
Group F: Italy, New Zealand, Paraguay, Slovakia
Group G: Brazil, North Korea, Ivory Cost, Portugal
Group H: Spain, Honduras, Chile, Switzerland
sumber; BBC Sports

Bola Piala Dunia 2010 yang direka dan dikeluarkan oleh Adidas telah diperkenalkan dalam majlis yang sama. Ia dipanggil "jabulani", yang bermaksud  untuk kemeriahan dalam bahasa Zulu. Terdapat 11 warna yang berbeza mewakili 11 pemain dalam setiap pasukan bola sepak. Ia juga adalah bola rasmi ke-11 Adidas dalam Kejohanan Piala Dunia, di samping simbol 11 bahasa rasmi yang digunakan di Afrika Selatan.

Pada tahun 1986, saya, ayah, Sani dan Oun menonton perlawanan yang diadakan antara pukul 2.00- 4.00 pagi. Untuk menanti waktu perlawanan, mata memang tak tahan, sudahnya kami tertidur. Bila bangun pagi, ayah yang tahu keputusan kalah menang perlawanan itu. Kami malu sendiri apabila disindir oleh ayah.. Bancuh kopi, pasang ubat nyamuk, tapi akhirnya tidur depan TV.

"Tak usahlah siksa diri, bukan kamu yang tengok TV, TV yang tengok kamu.." nasihat ayah.

Begitulah kenangan kami bersama ayah. Ketika itu, kami menonton pun pada hujung minggu. Kalau hari sekolah, memang tak ada peluang. Dalam kejohanan tersebut, Maradona memacu Argentina menang menjadi juara biarpun dibayangi kontroversi 'tangan tuhan'.

Piala Dunia mempunyai sejarah yang tersendiri, di samping kenangan terhadap peminat bola sepak. Bagi negara yang menyertainya, ia adalah satu penampilan eksklusif. Berada dalam kalangan 32 pasukan berkenaan, dianggap pencapaian yang menjadi kebanggaan seluruh negara.

Itulah kuasa bola sepak. Bagi yang tidak berminat, ia tidak menganggapnya sesuatu yang berbaloi. Tapi bola sepak mempunyai peminat di seluruh dunia. Istilah bola membolosi gawang yang digunakan dalam semua bahasa ialah 'gol' yang dibunyikan dalam pelbagai dialek tapi masih bunyinya sama.

8 comments:

  1. kerana teman ni bukan peminat bola - tapi ambil tahu sekadar2 nya....
    yang bestnya : dalam sukan macam ada boleh ' dicelikkan '.............

    ReplyDelete
  2. Gol!

    ehee mane ada sebutan lain dah utk itu.

    kump G tu maut tu. Drogba jumpa Kaka jumpa Cristiano Ronaldo.

    ReplyDelete
  3. aje ngan ye aku pun biasa tv nengok aku, semangat berkobar-kobar tapi mata terlampau ngantuk. Akhirnya belayor le jawabnya. sedor-sedor dah habih siaran bola

    ReplyDelete
  4. Bro Jinggo,

    Takpe, jangan tak tau langsung, sudahlah.

    Saya pun, bila dah 'tua-tua' ni, dah tak main pun. Main badminton atau menebas-nebas laman rumah je.

    Dulu gagah jugak main bola di U, bila dah beranak pinak, paham-paham jelah...

    ReplyDelete
  5. Salam Khairi,

    Kaka vs C. Ronaldo vs Drogba. Masing-masing ada kekuatan tersendiri. Memang best, pasti menarik dan menyeronokkan.

    Banyaklah 'kecek-kecek' di tengah padang nanti.

    Beza waktu Afrika dgn kita bape jam yerk?

    ReplyDelete
  6. Anjang,

    Ada ke 'live' drp TV3 dan RTM?

    Bukan apa, sejak aku terminate ASTRO, aku tonton bola pun kekadang, itu pun kat kedai mamak.

    Sebab? ASTRO ni menyebabkan anak-anak aku 'lalai' dan disendatkan dgn banyak unsur hiburan yang "lagho"...

    Kena korbanlah sikit....

    ReplyDelete
  7. uish
    portugal dgn brazil?
    adess...
    susah lah portugal macam nih
    gua sokong portugal n spain

    ReplyDelete
  8. media prima kedekut tak nak siarkan piala dunia.TV INDON NLAGI BAGUS SEBAB SIARKAN PIALA DUNIA SECARA LIVE LAK TU

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...