Thursday, December 24, 2009

PMR: Berhasilkah Sasaran Kamu?

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Khusus untuk pelajar dan calon PMR 2009, hari ini 24 Disember 2009 adalah hari penting untuk kamu. Selama belajar 3 tahun di sekolah menengah, kamu menduduki PMR dan keputusannya kamu peroleh hari ini.

Sudah bersedia? Datanglah ke sekolah dengan pakaian yang bersopan. Mohonlah restu ibu bapa sebelum meninggalkan rumah. Bersedialah menerima apa juga keputusan dalam PMR. Jika banyak yang kamu usahakan, banyak jugalah yang kamu peroleh. Sebaliknya, jika kamu tidak bersungguh-sungguh semasa menjawab PMR, jangan salahkan guru atau orang lain.


Kepada pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang, tahniah. Ini langkah awal untuk lebih cemerlang. Kepada calon yang kurang elok keputusannya, jangan patah semangat. Gagal PMR bukan bermakna gagal dalam hidup. Manusia boleh berjaya jika belajar daripada kesilapannya.

Jangan lupa, jumpalah guru-guru dan ucapkan terima kasih kepada mereka. Panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana apa yang berlaku adalah dalam ketentuan-Nya, " Kamu merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang.." (Al-Quran)

8 comments:

  1. dan yang paling tentu yop.
    keputusan hari ini
    adalah hasil dari tindakan dan strategi berdasakan apa yang deme inginkan...
    betul tak.

    ReplyDelete
  2. Betul Bang,

    Kita harap anak-anak yang baru setahun jagung ni, tak tersalah bertindak. Ngeri baca berita remaja keluar rumah dinihari semata-mata untuk berzina dgn teman lelaki.

    Itu adalah strategi yang boleh menggelapkan masa depannya. Sayangnya, dia tak tahu, atau boleh jadi dia alpa dgn dunia remajanya..

    ReplyDelete
  3. buat anak2 yang mengambil keputusan pmr hari ni, ingatlah, perjalanan anda masih panjang. selamat berjaya.

    ReplyDelete
  4. ada yang menggigil datang ke sekolah, tak kurang juga ada babak linangan air mata tak kurang juga yang buat tak tau dan massih menumpahkan air liur basi di rumah

    ReplyDelete
  5. pmr saya xberapa bagus.. tp itu bg smgt utk buat yg terbaik dlm spm..

    ReplyDelete
  6. Maksu, memang betul, panjang lagi perjalanan bebudak ni. Jangan salah haluan, sebab bila tersilap, sukar nak kembali..

    Anjang..

    Zaman sekang dgn zaman dulu berbeza sgt. Kat skol aku ni, yg menangis krn tak lulus tak ramai. Sengihhhh memanjang, tak kisah agaknya. % skol aku turun, jenuh le pengetua nak jawab... Cikgu pun, lepeh ni 'tahan telinga' lah...

    Amir.,

    PMR bukan menyudah kehidupan. Hartwan Melayu Sy Mokhtar Al-Bukhary adalah lulusan SRP yang tak sempat menghabiskan SPM.. Dia belajar berniaga drp bawah. Kini, dia boleh berbangga dgn usahanya.

    Pengajaran kpd kita, dan anak-anak PMR yg baru dpt result.

    ReplyDelete
  7. Ya cikgu...gagal PMR bukan gagal selama2 nya...dan sebalikinya cemerlang PMR bukan bermakna anda akan cemerlang selama-lamanya sekiranya tidak berusaha untuk mencapai peringkat yang lebih tinggi...Kita harap semua yang mendapt keputusan hari ni dpt terus berusahauntuk cemerlang pada SPM nanti...

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...