Thursday, December 17, 2009

Apakah Malaysia Mampu Menuai Emas Menentang Vietnam?

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Ramai memperkatakan keupayaan skuad bola sepak negara selepas berjaya ke perlawanan akhir Sukan SEA di Laos. Dari kedai kopi hujung kampung, sehinggalah ke ruang lobi Parlimen, malah PM sendiri terdetik untuk 'mendoakan' kejayaan skuad Rajagobal, setelah 20 tahun gagal melakukannya.


Foto bendera dua negara serantau: Sengaja besarkan Jalur Gemilang, sebagai tanda sokongan!

Hakikatnya, inilah masa terbaik untuk skuad B-23 negara menunjukkan keupayaan. Jika perlawanan di peringkat kumpulan menjadi sandaran, Vietnam yang menjadi lawan kita pada final nanti pasti mempunyai kelebihan. Ketika itu, anak buah Rajagobal tidak boleh mengawal emosi menyebabkan mereka 'menyerang' pengadil yang dikatakan berat sebelah.Tindakan bodoh Zakuan Adha tempoh hari pasti sudah dilupakan.

Memetik kata-kata Rajagobal di Utusan online;

"Pada saya, Malaysia dan Vietnam sama handal, cuma kita kalah tempoh hari kerana pemain kita gagal mengawal emosi mereka apabila dengan pantas bertindak balas terhadap keputusan pengadil.
"Apabila emosi menguasai diri, permainan jadi tidak menentu.
"Jadi saya menasihatkan pemain supaya jangan sesekali bertindak balas terhadap apa juga keputusan pengadil.
"Beraksilah dengan tenang, berikan persembahan bertenaga. Jika kita beraksi dengan cara permainan kita, saya yakin kemenangan akan memihak kepada kita," katanya.
Mengenai kehadiran semula penyerang Zaquan Adha ke dalam skuad kebangsaan selepas pulih daripada masalah mata, Rajagobal berkata, tiada jaminan Zaquan akan mendapat tempat secara automatik ke dalam skuad.
Katanya, dia perlu bersikap adil terhadap pemain lain apatah lagi mereka telah menunjukkan permainan yang bagus di sepanjang ketiadaan Zaquan yang digantung dua perlawanan.
"Adalah tidak adil jika saya mengetepikan sama sekali pemain yang membawa skuad ini mara ke final.


Kini, pendayung sudah di tangan, perahu sudah di air. Bertemu Vietnam di pentas final tentu berbeza dari segi persembahan. Apatah lagi, skuad negara telah menunjukkan semangat juang yang hebat semasa berdepan tuan rumah Laos berserta lebih 20,000 penyokongnya.

Ayuh Malaysia, jika tak ke Afrika Selatan sekalipun, tunjukkan kemampuan kita di peringkat ASEAN!



8 comments:

  1. itulah yob.
    IQ dan EQ...mungkin kita lupa kepada kemahiran itu bila dikaitkan dengan sukan.
    sebab sukan melibat skill...

    ReplyDelete
  2. Salam Hijrah. Saya jangka 1 Malaysia 0 Vietnam.

    ReplyDelete
  3. Salam Khairi,

    3-1,... ramalan anda. Ramalan saya 2-1, tapi apa juga keputusannya, biarlah Malaysia menang.

    Bro Jinggo,

    Orang Vietnam kat sini pun dah ramai, jadi riuh juga lah penyokong Vietnam di Malaysia ni.

    Pokli,

    Salam Hijrah kembali. Saya berharap kemarau emas ni berakhir..

    ReplyDelete
  4. MALAYSIA DAH MENANG....
    yeaaahhhh.
    dan ada pengulas TV yang terlepas solat MAGHRIB???
    kesian...
    .
    .
    .
    ish ish ish...bola punya pasai kan?

    ReplyDelete
  5. Tahniah pasukan muda Malaysia atas kejayaan mereka menewaskan ego pasukan Vietnam sebentar tadi. Mereka sememangnya berhak untuk menang kerana semangat melawan kental yang ditunjukkan di sepanjang perlawanan tersebut. Ini hadiah manis buat penyokong bola sepak tempatan. Yang diharapkan, semoga kejayaan ini menjadi titik tolak ke arah kejayaan lebih bermakna pada masa akan datang. Malaysia Boleh!!!

    ReplyDelete
  6. sorry lambat pulak bagi respon, tertinggal keretapi, tahniah malaysia menang 1-0

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Hida,

    Rasanya tidak. Haji Hasbullah Awang, pengulas tu jaga bab-bab solat. Lagipun dia berada di Vietnam, kan... Musafir, ada rukhsah untuk Jamak menjalankan tugas. Wallahualam

    Cikgu Taufik,
    Memang pedih baca ego jurulatih Vietnam, "Apabila Malaysia mengalahkan Thailand, ia memudahkan tugas kami.."

    Ewah,.. ingat skuad kita ni boleh dibelasah lagi? Malaaaaaaaaaaam sikit.


    Anjang,

    Percaya tak, aku pun turut berdiri tegak semasa Negaraku dimainkan. Terharu gak, sebab kemenangan ni sangat manis. Cuma yang aku kurang puas hati sebab last minute, player mula defensif, sedangkan lawan mencuba habis-habisan. Syukur menang

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...