Blog ini adalah pandangan peribadi saya, dan jika pendapat kita berbeza, tidak sepatutnya menyebabkan kita bermusuh. Kita boleh berkongsi cerita dan pandangan, asalkan menjaga adab sopan berbicara. Terima kasih kerana singgah di sini. Saya amat menghargai kunjungan anda.
Sunday, September 21, 2008
Kenangan Masa Sekolah
"Shhhh..depa dah balik", kata cikgu Mat menjuehkan bibirnya ke satu arah.
Kami yang tadi asyik terhendap-hendap di belakang bengkel, cepat-cepat mengambil tempat. Senyap. Semuanya menunggu arahan cikgu Mat.
Dari jauh, kelibat rakan-rakanku yang baru balik dari menonton wayang nampak kelam sahaja. Aku tabik cikgu Mat sebab tekaannya tepat. Kelibat Lan dan Sudin dengan pakaian yang agak gelap sambil berjalan di tepi jalan menuju ke arah bengkel semakin jelas. Dengan langkah yang berhati-hati, mereka memanjat pagar dan ketika itulah kami menyergah.
Malam itu, menjadi satu kenangan juga pada aku, Pak Nan, Kamal, Musa, dan beberapa orang lagi yang turut sama dalam operasi menangkap kawan sendiri. Apakan daya, tugas tetap tugas. Kedua-dua rakan kami yang terlibat dalam peristiwa keluar asrama (istilah popularnya, 'fly') diambil tindakan. Cikgu Mat mengarahkan kedua-duanya dibawa ke bilik warden.
Apa yang paling menyusahkan aku, adalah cikgu Mat mengarahkan kami untuk 'membancuh' Lan dan Sudin di bilik warden. Aku sendiri tak suka nak marah Lan atau Sudin, tapi nampaknya, amanah yang dipikul sebagai Pengawas Asrama ketika itu menyebabkan kami 'terperangkap'.
Secara peribadi, aku anggap tindakan mereka 'fly' adalah satu kesilapan, tapi apabila kena tangkap, dah jadi perkara bodohlah pula.
Aku masih ingat malam itu, ketika aku 'torture' dan marahkan sahabat-sahabatku itu, cikgu Mat hanya memerhati.
Menggigil aku, menahan sebak, dan hampir ingin kukatakan, aku tak mahu semua ini berlaku. Tapi aku kira perlu untuk sahabat-sahabatku itu tahu tentang susah payahnya kami menunggu mereka hingga jam 1 pagi, menahan nyamuk-nyamuk lapar yang bagai singa menyerang kami semasa menunggu 'kepulangan' mereka.
Hanya tuhan sahajalah yang memberi kekuatan untuk aku bercakap pada malam itu.
Lan yang kukenal, hanya mendiamkan diri. Begitu juga Sudin. Hanya tegak bagai batang kayu. Agaknya mereka tahu kesilapan yang dilakukan sangat berat.
Lan yang kutahu, sebenarnya sangat rajin belajar, dan dialah sumber motivasi aku semasa di asrama. Jam 2 pagi, aku tengok bilik bacaan cerah, orang yang pasti memetik suisnya ialah Lan.
Aku jadi sangat cemburu dengan sikapnya ketika itu. Timbul satu perasaan yang cukup kuat untuk bersaing dengannya.
"Kalau Lan boleh bangun jam dua, tiga pagi untuk buat ulang kaji, apa kurangnya aku?" bisik hatiku bertanya diri sendiri.
Rasanya cukup setakat itu imbasan kenangan bersama rakan persekolahan ketika itu. Demam Fenomena dan lagu Isabella yang dinyanyikan kumpulan Search menjadi siulan kami pada masa itu.
Kasut Warrior 'highcut' dengan seluar jeans yang dikecilkan semuat betis, adalah trend pakaian ketika itu. Rambut panjang paras bahu, sesuatu yang diidamkan.
Zaman dah berubah, dunia dah maju. Begitulah kami semua. Pak Nan membuka gerai jualan 'souvenir' di Pekan Lumut, Kamal kini bermastautin di Australia, Lan, dah jadi orang Johor. Sudin pula menjadi tentera udara. Aku dan Salim selesa dengan kehidupan di Lekir dan Beruas. Musa sudah menjadi tauke nelayan laut dalam. Pa'ie, Basha dan yang lain-lain, tak dapat ku ketahui dan putus hubungan.
Moralnya ialah, zaman sekolah adalah zaman yang sungguh menyeronokkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...
-
Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Hari ini, Rabu 23 Mac 2011, keputusa...
-
Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Kisah pembunuhan seorang pensy...
-
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Sudah lama saya tidak menghadiri ...
seronok beno - menulis dalam bahasa perak ni...itulah yop dunia zaman budak2.teman pun ( dulu kat Seri Perak ) - tak posa.nyorok dalm loker + makan mee gee kari.kunci di kawan - tumpo yop - naik pijo dalam tu...dah jadi cgu ni - teringat budak2 tak posa..teringat...
ReplyDeletekihkihikihikhiih.. Nakey juga mike ni. Apa dihajapnya makan dalam loker?
ReplyDeleteTapi, teman pun, apa kurangnya.
Pergi sekolah, buat bisin sampey penah kena penampo Pengarah JPN Perak la ni, masa tu kami panggey dia Cikgu Husin. Memang garang orangnya masa tu. (skang pun cengey lagi...)
Tapi agaknya berkat kena penampo, mau juga le jadi cikgu. Kalu tak kena, agaknya jadi pelesit dah. Tungkap haup le dibuatnya. hahahahahahahahahahahahaha...
Itu kebiasaannya kita sebagai manusia yang tak lari daripada kesilapan... cuma kekuatan utk kita menerima kesilapan dan kesalahan.. itu saja membezakan kita.
ReplyDeleteKekadang juga, kita lebih gemar mempamerkan segala kebaikan tetapi yang kecundang dan kemudharatan itu kita 'cempung' agar tak bocor dan diketahui ramai...ramai yang berpura2 sebegitu...ramai di kalangan kita sememangnya sebgitu.. macam bagus dan kontrol machoooo...hakikatnya, ermmmm...
Kentalnya kita dalam mengharungi kemelut, membuatkan minda cepat bergerak. Makin besar risiko, makin besar faedahnya.. itu kata nenek jiran aku la....hahhaha
Maka>> be yur self!