Tuesday, September 30, 2008

Kesesakan Teruk Di Darul Iman.

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Terengganu Darul Iman, negeri cantik, budaya menarik. Memang tidak kunafikan, negeri ini mempunyai pantai yang panjang, mengahadap Laut China Selatan. Bersyukur kepada Allah kerana nikmat yang diberi.

Pengalaman menyambut hari raya di sini, membuktikan beberapa perkara:
1. Kuasa beli rakyatnya tinggi. Pergilah ke mana-mana menjelang hari lebaran, pasti sesak dengan orang ramai. Pekan Batu Enam, Pasar raya Mydin, Giant, malah di Bandar Raya Kuala Terengganu, penuh sesak dengan manusia dan kenderaan pelbagai rupa. Semuanya dengan tujuan yang sama; membuat persiapan menyambut hari kemenangan ini.

2. Sistem jalan raya di kawasan bandar, khususnya di laluan bulatan di Batu Enam, sering sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu. Entah dari mana datangnya, hampir semuanya tersengguk-sengguk melayan kesesakan yang memuncak. Begitulah juga dengan Jalan Sultan Ismail, Jalan Banggol, Jalan Sultan Zainal
Abidin, Jambatan Sultan Mahmud yang sesak teruk! Sistem jalan yang ada sudah tidak mampu menampung jumlah kenderaan pada perayaan. Lebih-lebih lagi sehari dua sebelum aidilfitri.

Itulah sebabnya aku dan isteri mengambil keputusan bermotosikal untuk membeli keperluan akhir sebelum aidilfitri.
Dapatlah juga aku mengelakkan kesesasakan yang bertali arus. Dengan kenderaan ini, kami lebih cepat tiba ke destinasi. Mudah memarkir kenderaan dan tidak perlu fikirt entang kompaun salah parkir.

Barangkali, hanya ruang letak barang yang terhad sahaja menyebabkan tidak banyak yang dapat kami beli. Bagaimanapun, aku bersyukur tidak terperangkap dalam kesesakan yang teruk seperti ini.


3 comments:

  1. ha..ha..kuasa rakyat.gitulah di KL.saya ingat dah dekat nak raya tak ramai yang makan di luar. tapi sehingga semalam nak makan ( luar + sedap ) memang tak merasa kalau tak duduk pukul 5 pm. penuh.semalam - dengan komfidennya.orang tak ramai - dah balik kg...akhirnya berbuka nak makan sedap...pukul 8...itulah kuasa rakyat

    ReplyDelete
  2. Bri Jinggo, jemput ke rumah aidilfitri ni.

    ReplyDelete
  3. salam cikgu,thank diatas nasihat yang diberikan..nanti kalau ada masa saya ubah..terima kasih diatas keperihatinan cikgu,..slamat hari raya..ki salam pada kak wan...sampai bila beraya kat ganu?

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...