Friday, September 19, 2008

Berbuka Bersama MB Perak



Aku dapat berbuka bersama Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaludin di Masjid Batu Sepuluh, Lekir petang semalam.

Kedatangan beliau disambut oleh Penghulu mukim Lekir, En. Safian bin Abdul Shukor, AJK Masjid dan penghulu Kg Batu Sepuluh, ustaz Husin.

Aku turut serta dalam lawatan MB ke bazar Ramadhan yang terletak di kjalan masuk ke Sungai Tiram. Daripada pemerhatian aku, MB Perak ini bergaya orangnya. Beliau berjaya menampilkan personaliti yang sesuai sebagai pemimpin.

Aku diberitahu, penduduk mukim Lekir menyediakan 3 ekor lembu untuk dikendurikan dalam majlis berbuka puasa bersama MB petang itu. Sambutan masyarakat sangat menggalakkan.

Selepas berbuka puasa dengan bubur lambuk dan tamar, kami solat maghrib berjemaah dengan diimamkan oleh MB sendiri.

Terharu rasanya, mendengar alunan bacaan pemimpin ini, sebab sudah lama aku mengimpikan pemimpin yang benar-benar menghayati sunnah Rasul.

Buah tamat Nasem disumbangkan oleh MB, manakala yang lain-lain seperti lauk pauk dan nasi adalah hasil sumbangan masyarakat setempat.

Kesimpulan daripada majlis pada hari ini, aku berharap ia menjadi satu budaya dan ikutan kepada bakal pemimpin masa hadapan.

3 comments:

  1. Kepimpinan yang memberi tauladan kepada org yg dipimpin sukar dicari. Tetapi mengapakah yang dipimpin, tidak berusaha untuk memimpin kerana pemimpin sedia ada sekarang akan pergi dan memerlukan pemimpin ...maka, bersediakan anda menjadi pemimpin besar akan datang? Insyallah.!

    ReplyDelete
  2. salam yop - seronok baca - perihal MB perak ( teman orang teluk intan ) bangga benor dengor cerita macam tu.tapi banyak beno dugaan nye MB kita ni....semuge tuhan berikan keberkatan pada orang perak + orang kg teman sekali ( teluk ansen )....

    ReplyDelete
  3. Asalamualaikum wbkt.. Bagus MB Perak tu.. Alhamdulillah... Cuma Perak Belum Dapat ke PAS semua lagik ... kalau Islam Bersatu semua kan bagus..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...