Blog ini adalah pandangan peribadi saya, dan jika pendapat kita berbeza, tidak sepatutnya menyebabkan kita bermusuh. Kita boleh berkongsi cerita dan pandangan, asalkan menjaga adab sopan berbicara. Terima kasih kerana singgah di sini. Saya amat menghargai kunjungan anda.
Thursday, September 18, 2008
Hargai Hubungan Darah Daging
Aidilfitri sebenarnya adalah sambutan kemenangan umat Islam yang berjaya melaksanakan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan. Konsep hari raya ini sudah diterima sebagai perayaan yang disambut oleh golongan majoriti Muslim di Malaysia.
Itulah uniknya negara ini, dengan kepelbagaian kaum, adat resam dan bahasa, kita hidup di negara yang aman dan harmoni.
Pada aku, antara Ramadhan dan Syawal, Ramadhan paling banyak kenangan, terutama dengan adik beradik. Betullah kata arwah ayah, "semasa kecillah nak bersama tidur sebantal, bila dah besar, masing-masing bawa diri". Maksudnya ialah ketika kecil, kita mempunyai hubungan yang rapat dengan adik beradik kerana itulah keluarga kita. Apabila dewasa, kita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk menjaga dan mengendalikan keluarga sendiri: isteri dan anak-anak.
Masa menjadi pemisah, tetapi hubungan tetap wujud, cuma kemesraan tidak seperti dulu, kerana zaman dah berubah, dunia dah maju!
Lihat sahaja foto arwah mak dan adik beradiknya, anak-anak Hj Md Husin. Sengaja aku paparkan foto mak dan adik beradiknya: Makco, Makngah dan Mak Andak masih di Kg. Bharu, Lumut, manakala Pak Ode sudah menjadi sebahagian daripada rakyat Bumi Kenyalang. Pak Anjang memenuhkan masa pencen di Seri Manjung, manakala Pakcik Endan jarang sangat di Changkat Cermin, sibuk dengan urusan POS Malaysia yang dikendalikannya.
Mak Andak sibuk dengan cucu, dan yang terbaru, beliau terpaksa menumpukan perhatian kepada Pak Andak Rojis yang semakin uzur. Mak Ngah juga sibuk dengan menjaga cucu-cucunya di Seri Samudera.
Ketika menziarahi Pak Andak di Kg. Bharu, Mak Ngah kebetulan balik ke sana. Abang Hashim dan Kak Mon sekeluarga pun balik dari Shah Alam. Aku dapati Mak Ngah masih ramah macam dulu, cuma agak kurus sedikit.
"Mak Ngah sibuk, jaga anak-anak Nor," kata Mak Ngah dengan raut wajah yang seakan sama dengan arwah mak. Kadang-kadang, hilang rindu aku pada mak bila tengok Mak Ngah. Tapi hakikat tetap hakikat. Mak sudah tiada. Yang ada ialah kenangan bersamanya yang tak akan hilang daripada ingatan.
Memang kedua-duanya rapat, pernah lemas di parit di Bagan Datoh, ketika menginjak usia 5-6 tahun. Mak pernah bercerita kisahnya hampir lemas dan diselamatkan oleh Mak Ngah.
Begitu juga aku, Oun dan Sani, yang satu ketika dulu tidur sebantal, sekelambu. Mandi parit bersama, melastik burung, main polisentri dan sama-sama kena'balun' bila buat salah. Tapi kini, semuanya terikat dengan tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul. Sani di Putrajaya, manakala Oun sudah pun bermastautin di bumi Johor. Hanya aku, Yong dan Wa yang masih di Manjung.
Moralnya ialah, hargailah detik-detik bersama adik beradik semasa kecil dahulu. Kata orang tua-tua, air dicincang takkan putus, dan aku harap hubungan Yong, aku, Sani, Oun dan Wa kekal sampai bila-bila, walaupun mak dan ayah sudah tiada di sisi kami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...
-
Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Hari ini, Rabu 23 Mac 2011, keputusa...
-
Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Kisah pembunuhan seorang pensy...
-
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Sudah lama saya tidak menghadiri ...
Salam..ketiadaan orang tua sebagai pengikat adik-beradik amat terasa. Maka, salah seorang daripada kesemuanya harus bergerak selangkah ke hadapan untuk menjadi "perapat" dan pencetus kepada suasana rapat.
ReplyDeleteJika tidak, masing-masing akan terus mengikut arus kesibukan dalam dunia masing-masing... tanpa pedulikan keakraban hubunagn adik beradik. walaupun hakikatnya, terdetik jua di hati kecil bahawa masing2 inginkan suasana rapat seperti itu.ttp siapa yg akan merapatkan semula.
>> yang peliknya, kenapa cucu-cucu dijaga oleh nenek? Kesian org2 tua yg penat menjaga anak-anak hingga mereka berkahwin... bila semakin tua, menjaga cucu pula.!
2008...sekarang dah 2021..bnyak kenangan dan bnyak yg dah dilalui serta yg dah meninggalkan kita..paling terasa bila kita lima beradik dan kini tinggal 4 skrg..yg dah mendahului kita..
ReplyDeleteMmg betui sngat coretan ko nyah... masa kecik la kita bersama..bila dah besar..masing2 membawa diri...moga ukhuwah sentiasa erat terjalin