Wednesday, October 1, 2008

Budaya Salam

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Semasa kecil, kami diasuh agar bersalaman dengan ibu bapa saudara tiap kali berjumpa. Kini, budaya bersalaman dengan Makco, Makngah, Mak Andak, Pak Anjang, Pakcik dan abang sepupu sudah jadi perkara biasa. Malah, aku terapkan nilai ini kepada anak-anak.

Sejak akhir-akhir ini, budaya salam sudah semakin terhakis dalam masyarakat kita. Pemberian duit raya pun, kadangkala ala kadar sahaja. Asal beri, sudah. Tiada langsung penerapan budaya salam, sedangkan itulah masanya anak-anak kecil ingin mengenali saudara mara yang jarang ditemui.

Budaya salam harus dikukuhkan dalam jiwa anak-anak kita. Meminjam kata-kata arwah ayahku: "Kalau anak-anak tak kenal saudara mara, apabila besar nanti, jadi orang sahajalah... bukan sedarah daging."

3 comments:

  1. saya sempat hari : ikut BARAAN satu2 budaya yang kita rasanya unik ( orang jawa ) - mengenai duit raya. ini yang teman sedih yong. anak teman tak cukup duit raya ( dan esok tak nak balik teluk intan ) sebab nak kutip duit raya....cuba sesekali tengok macam mana orang jawa bersalam....

    ReplyDelete
  2. huhuuhuuhu...
    Tak dapek den nak nolong..

    ReplyDelete
  3. Jadi orang sajalah, dan tak jadi sedarah sedaging. Ungkapan yang sangat bererti pada saya. Terima kasih.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...