Monday, November 10, 2008

Alfatihah Untuk Pak Andak..

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Aku berpuasa hari ini. Memang kuamalkan berpuasa pada Isnin dan Khamis. Sudah jadi kebiasaan sebenarnya. Biarpun kursus PTK ini agak lama, ia tidak membebankan fizikal. Cuma, dari segi mental, ia sedikit berat. Pun begitu, aku masih mampu melaluinya.

Selepas subuh, ketika sedang bersiap untuk turun ke dewan, aku mendapat panggilan dari Kiah.

"Nyah (panggilan hormat adik sepupu kepadaku) dah tau?" tanya Kiah sayup-sayup suaranya di hujung talian.

"Tau apa?.."

"Pak Andak, dah tak ada," suara Kiah sayu memberitahuku.

Aduh, Pak Andak dah tiada. Aku pula di Penang, menghadap kursus yang menentukan kenaikan pangkat. Terbayang wajah Pak Andak terlantar sakit...

"Bila?"

"Baru kejap ni."

"Innalillahiwainna ilaihi roji'un.., Nyah di Penang, Kiah... Tak dapat balik."

"Tak apalah, Nyah. Tolong bagi tau adik beradik yang lain." Kata Kiah, sebelum mengakhiri perbualan kami.

Aku termenung, dan bungkam sekejap. Apakah aku perlu balik, atau terus sahaja di sini? Akhirnya, aku pasrah dengan takdir Allah.

Pak Andak sudah terlalu sakitnya. Sejak sebelum puasa, Pak Andak yang menghidap kanser prostat sudah dibawa balik dari HKL. Mak Andak pun dah pasrah. Ketika raya lalu, kami sudah pasti, penyakit Pak Andak semakin berat.


Jasad Pak Andak akan dikebumikan selepas Asar, tetapi aku nekad tidak meninggalkan kursus. Kepada Mak Andak pun sudah kumaklumkan. Perjalanan balik ke Manjung mengambil masa 4 jam, dan aku hanya dibenarkan meninggalkan tempat kursus 3 jam sahaja. Nak kembali ke Copthorne, ambil masa 4 jam lagi, dan kerja kumpulan perlu disiapkan ikut jadual. Sudah pasti tugasan kumpulan terjejas jika aku tiada bersama.

Yang dah pergi, tetap pergi. Hidup perlu diteruskan.

Kutitipkan doa untuk Pak Andak. Moga roh Pak Andak dimasukkan dalam kumpulan orang yang beriman.

"Setiap yang hidup, pasti merasai mati..." (petikan ayat Quran)

Mak, ayah dan yang terbaru, Pak Andak. Semuanya kembali kepada Al-Khaliq. Kematian pasti tiba, cuma masa yang membezakan giliran aku, anda dan yang lainnya.


9 comments:

  1. Innalillahi wainna ilahi raaji'uun.. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...

    P/S tadi di blog Khairi pun cerita pasal kematian juga..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Tirana.

    Puan tidak jemu menjengah blog saya,masih setia bertandang.

    Begitulah. Uniknya arwah Pak Andak, lahirnya sama hari, sama bulan, sama tahun dengan arwah ayah,iaitu 02 April 1944.

    ReplyDelete
  3. Alfatehah. Semoga Allah mencucuri rahmat ketasnya dan mudah-mudahan tergolong dikalangan mereka yang menghuni Al Jannah.

    ReplyDelete
  4. tak apa, yg sudah pergi tetap kan pergi, boleh ziarah keluarganya di lain kali

    ReplyDelete
  5. salam takziah dari saya.. semoga Pak andak ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..

    ReplyDelete
  6. Salam Takziah! Al-fatihah, smg Rohnya di cucuri Rahmat dan di tempatkan di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh. Amin.

    ReplyDelete
  7. salam, saya pun terima berita kematian pak ndak rojis dari mak kat kg. tak dapat balik sebab sedang menjalani latihan olah perang. saya doakan agar rohnya dicucuri rahmat...amin

    hizamuddin

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...