Friday, November 21, 2008

"Bertuahnya' Menjadi Razak Baginda

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Sesiapa yang mengikuti bicara kes pembunuhan seorang wanita Mongolia, pasti mengenali dengan jelas wajah yang dipaparkan ini.

Aku katakan Abdul Razak Baginda amat bertuah, kerana:

  1. Bebas dari dakwaan bersubahat membunuh Altantuya Shaaribu
  2. Pihak pendakwa TIDAK MEMBUAT RAYUAN untuk mensabitkan kesalahannya.
  3. Akuan bersumpah Sirul Azhar dan Azilah Hadari yang membabitkan Abdul Razak dalam kes tersebut tidak diterima.
  4. Abdul Razak dapat menyambung kembali pengajiannya dalam Ph.D di Universiti Oxford.
"Bersyukurlah semuanya selesai," kata Abdul Razak dalam sesi "press conference" bersama wartawan dalam dan luar negara semalam.

Abdul Razak Baginda, sangat misteri hubungannya dengan Altantuya. Pastilah dia curang dengan isterinya kerana berhubungan secara intim dengan wanita itu satu ketika dahulu. Bagaimanapun, Abdul Razak hari ini sudah kembali dari pertapaannya setelah ditahan selama 22 bulan.

Kini, yang pasti akan dihukum hanyalah dua ekor kambing hitam yang tak pernah mengenali wanita Mongolia itu.

Pelik, apa motif Azilah dan Sirul Azhar hendak menghapuskan wanita yang tiada kaitan dengan mereka?

Banyak persoalan yang masih tidak terjawab dalam sesi perbicaraan melibatkan mangsa peletup C4 ini.

Yang pasti, keputusan ini mengecewakan banyak pihak, terutama bapa Altantuya, dan sanak saudara mereka di Mongolia.

Moga-moga Abdul Razak berjaya mencapai cita-citanya. Jadikanlah semua ini iktibar, dan anggaplah Allah memberi anda peluang kedua untuk muhasabah diri.

p/s: Teringat pantun dulu-dulu; Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-ama mencuri.

8 comments:

  1. inilah kes yg buat saya teruja nak tahu perjalanan kat court selepas kes mona fendy dulu2 tu.

    beberapa bulan pertama, saya jadi pengikut no1 perbicaraan kes profil tinggi ini. setiap pagi, saya akan serbu surat khbr kat area masjid jamek semata2 nak tahu apa cerita di mahkamah semalamnya. hmm..

    bayangkan, saya buat kawan dengan sorang peguam semata2 nak dapatkan clear picture kes ni. berbulan2 jugak la saya beli metro.

    tapi bila kes drag jadi lama, soal jawap di mahkamah mengelirukan, saksi yg di bawa masuk cakap pusing2, tajuk akhbar dah tak panas mana...

    saya stop!

    tahu2 razak baginda ni dah bebas!!

    saya rasa mmg tak patut pun saya ambil tahu kes ni dulu. serius!

    ReplyDelete
  2. Kalau difiksyenkan boleh jadi sebuah thriller penyiasatan yang laris. Tokok tambah sana-sini, lebih menarik ... jualan buku pasti mencecah ratusan ribu copy.

    ReplyDelete
  3. Razor,

    Marhaen macam kita pun nampak 'keanehan' kes ini, apatah lagi peguam yang hebat dan berwibawa.

    Sayangnya, pendakwaraya tidak ada integriti langsung.

    Macam dah ada skrip. Sad to say, sistem kehakiman negara kita sedang dirogol?

    ReplyDelete
  4. Rozlan,

    Kalau di Hollywood, cerita ini akan dibeli dan dijadikan filem. Ketika itu, ia akan menjadi medan melondehkan kepincangan sistem kehakiman dan konspirasi di sebalik perbicaraan,mengikut kaca mata pengarah.

    Di Malaysia, hal ini takkan berlaku. Sebab, pengarah kita lebih berminat mengutarakan kisah cinta remaja. Sebab lain adalah, kisah ini akan menimbulkan kerencaman politik...

    Akhirnya, cerita ini akan jadi lipatan sejarah sahajalah...

    ReplyDelete
  5. saya bergelumang ngan A4, 4 hari dalam seminggu...huhuhu

    ReplyDelete
  6. hope tuhan akan tunjukkan yg sebenar slps nie...

    ReplyDelete
  7. Di Malaysia siapa yang berani untuk mengambil cerita ini dijadikan buku mahupun filem..

    Orang cukup2 berani untuk berhadapan dengan pelbagai kencaman sahaja yang akan menarik perkara2 ini untuk didedahkan kebenarannya..

    Namun, terlalu banyak yang terselindung dan kebenaran tu jauh dari pengetahuan umum..

    Dunia politik kini, tiada yang suci atau bersih.. sekadar pandangan sahaja..

    ReplyDelete
  8. Cikgu Izzudin..kisah altantuya ni ada cerita di sebalik cerita.. Kalau tahu kisah sebenar, buat sakit hati aje..geram pun ada..tapi tak pe..pembunuh gadis itu mungkin terlepas di mahkamah dunia..tapi di mahkamah Allah dia tak akan terlepas lagi dan di situ dia akan terima padah atas setiap perbuatannya..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...