Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.
Perjalanan tidaklah membosankan, kerana aku ditemani dua orang dua wanita, iaitu Kak Ani dan Kak Yati. Kami tiba pada jam 4 petang, di Hotel Copthorne, Tanjung Bungah setelah melewati perjalanan sejauh 207 km. Jambatan Pulau Pinang semakin tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah.
Aku bertemu semula dengan rakan lama di UPM dulu, antaranya Cikgu Falid. Room mateku bernama Ku Muhammad Najmi, dari Kedah. Banyak persamaan antara aku dengannya. Kami sebaya, punya isteri yang juga cikgu, tetapi jumlah anakku lebih ramai daripadanya.
Kursus ini memberi peluang untuk aku mengenal rakan baru. Di sini, kami berkampung 7 hari di samping melakukan beberapa tugasan, sama ada bentuk individu mahupun kumpulan. Alahai, otak dah berkarat, lama dah tinggalkan kuliah dan nota.
Mujur aku sempat siapkan tugasan individu sebelum tiba di sini.
"Itulah, suka sangat kerja last minute,.." kata sang isteri yang menegur kelewatanku menyiapkan kerja.
Dan seperti biasa, aku hanya diam dan tersengih.....
Mudah-mudahan Cikgu Izzuddin melalui kursus ini dengan jayanya...
ReplyDeleteermm..dtg penang rupanya..
ReplyDeleteJauh perjalanan luas pandangan. Selamat berkursus lagi.
ReplyDeleteTirana,
ReplyDeleteTerima kasih atas sokongan..
Banyak yg nak kena buat nih..
Azza,
ReplyDeleteBukan senang nak senang, bukan susah nak susah..
Penang agak sesak, terutama kenderaan yg bertali arus.
Pokli,
ReplyDeleteKekadang penat asyik kursus ni. Tapi dah tanggungjawab, nak buak guane lagi? Dok beghahi doh....
Langkah mula amat penting untuk meneroka perjalanan seterusnya...kan?
ReplyDeleteBro Lan, betul, seribu langkah pun, mesti dimulakan dengan satu langkah..
ReplyDeleteTapi penin wooooooo..
Panadollll.....ahhahah
ReplyDelete