Wednesday, November 26, 2008

Penjenayah Mengganas di Kejirananku..

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Awal pagi ini, sekitar jam 4.30 pagi, aku menerima panggilan Abang Jakpo. Tentu ada hal penting dia menelefon pada waktu begini.

"Tadi polis ronda depan rumah saya, cikgu. Katanya, ada rumah dipecah masuk. Cikgu tau tak?" suara Abang Jakpo bertanyakan hal itu.

"Masuk lagi? Siapa pulak kali ni?" Aku bertanya pula. Wah, terkejut dibuatnya menerima berita ini.

Seingat aku, bulan Mac lalu, empat buah rumah termasuk rumahku cuba dipecah masuk. Ketika itu, rumah Abang Jakpo berjaya digeledah. Abang Jakpo diikat bersama seorang lagi anak lelakinya. Habis semua barang berharga dan wang tunai dilarikan penjenayah itu. Dari pertuturannya, sahlah orang seberang.

Rumahku pula tak sempat dimasuki penjenayah tersebut. Hanya pagar berjaya dibolosi, manakala kunci rumah dirosakkan. Niat mereka ingin masuk ke rumah tidak berjaya, kerana isteriku terjaga setelah mendengar bunyi pelik. Apabila lampu dipasang, mereka sudahpun 'lesap'.

Kami yang ketakutan tidak tidur hingga pagi. Rupanya selepas gagal di rumahku, syaitan-syaitan itu menjadikan Abang Jakpo sebagi mangsa.

Sejak itu, tidur malam kami sering diulit kebimbangan. Akhirnya aku nekad memasang sistem penggera (alarm). Selebihnya, doa kepada Yang Maha Pencipta, agar kami sentiasa dilindungi.

Inilah bahagian kunci pintu depan rumahku yang cuba dirosakkan pada Mac lalu.

Pagi ini, kisah yang hampir sama berlaku lagi.

"Tak tahu, cikgu.. Tapi macam saya hari tu, orang Indon juga. Dia ikat tuan rumah. Habis barang kemas dan duit." kata Abang Jakpo memaklumkan kisah terbaru ini.

Betullah telahanku. Nampaknya, modus operandinya sama macam dulu. Masuk ikut pagar, kemudian potong gril dan ikat mangsa. Adakah mereka penjenayah yang sama? Mungkin ya, mungkin tidak...


Pagar rumah En. Halyubi dipotong dan dibuat lubang bagi
memudahkan syaitan-syaitan itu masuk.

Pagi ini, kudapat tahu, rupanya jiran malangku yang dirompak itu ialah En. Halyubi, pegawai pertanian di Lekir. Dia dan isterinya Kak Ani, serta anak gadisnya Husna, diikat dengan dawai pagar, sementara 4 (ekor) penjenayah Indon sibuk menggeledah rumah untuk mencari rezeki haram yang boleh dibawa lari.

"Biarlah dia nak ambil, asal jangan apa-apakan keluarga kami," kata Kak Ani menceritakan kejadian itu kepada jiran tetangga yang datang.


Penjenayah bangsat itu masuk ikut tingkap dapur yang dipotong besi jeriji ini.

Lihat sahaja keadaan bilik yang digeledah oleh syaitan-syaitan ini.

Inilah dawai pagar yang mengikat kaki dan tangan mangsa di kejirananku pagi tadi.

"Kecil-kecil orangnya, cikgu. Tapi saya takut. Dia hunus parang di leher saya dan abang (En. Halyubi). Takut sungguh,"kata Kak Ani yang masih nampak gementar ketika kuziarahi pagi ini. Ketika itu, En. Halyubi ke balai polis untuk membuat laporan. Polis sudahpun menghantar pasukan CSI awal subuh untuk mencari bukti.

Ramai juga jiran yang baru tahu musibah itu, datang bertanya khabar. Tak kurang juga yang menyiasat kawasan sekitar.

Ketika polis tiba jam 4 pagi, penjenayah sudahpun melarikan diri.

Huh, memanglah. Bangsat sungguh penjenayah seperti ini. Mereka datang berkumpulan, masuk ke negara ini tanpa hormatkan undang-undang negara. Kemudian, mereka merompak dan 'mencuri' ketenteraman rakyat negara ini. Memang tidak tenang hidup dibuatnya.

Lihatlah keadaan pagar yang dipotong, memang mereka 'pakar' dan biasa melakukannya.

Aku rasa Malaysia makin tidak selamat. PDRM, tolonglah hapuskan penjenayah ini. Jangan biarkan mereka hidup!.. jerit hatiku..

Moral: Jangan bertindak bodoh melawan penjenayah ini. Biarlah mereka ambil wang dan benda berharga, asal jangan mengapa-apakan keluarga kita. Berdoalah moga Allah menutup pintu hati penjenayah daripada ingin melakukan kejahatan terhadap kita.

17 comments:

  1. salam...

    itu yang agak membimbangkan sekarang, pejenayah makhluk asing....

    huish, memang semuanya manusia tapi diaorang nie agak kejam sikit, mungkin dekat sini tiada siapa pun kenal, so semakin bermaharajalela diaorang.

    kena tingkatkan kawalan keselamatan cam tue......

    ReplyDelete
  2. nauzubillah, takutnyer.....berlindung ngan kursi, ek

    ReplyDelete
  3. salam...
    rumah saya di kampung yang tidak berpenghuni sering kali dimasuki pencuri, habis barang-barang arwah emak dicuri. tapi mungkin sebab tak de orang, nie berpenghuni pun mereka berani buat kerja.
    di kampung saya dipercayai penagih2yang buat kerja

    ReplyDelete
  4. Tekanan hidup semakin meningkat..Agaknya susah sangat nak cari kerja yang halal so itu sajalah caranya untuk meneruskan kehidupan tapi manusia-manusia itu lupa bahawa kehidupan bukan setakat di dunia ini sahaja.

    Kehidupan kita semakin terancam..tidur malam pun tidak tenang.. berusaha selagi terdaya utk menjaga keselamatan.. yang selebihnya serahkan pada Allah.

    ReplyDelete
  5. Jenayah pecah rumah membimbangkan sekarang ini. Bila dalam rumah sendiri sudah tak selamat, entah ke mana hendak berlindung. Sebuah kawasan perumahan di Cheras terpaksa mengeluarkan duit sendiri (penduduk) untuk upah pengawal keselamatan kerana kejadian samun dan pecah rumah sangat banyak.

    Sekiranya kerajaan tidak ada kaedah yang sesuai, jenayah ini bakal menjadi ketakutan utama kepada masyarakat. Sekarang pun banyak pihak merungut bahawa Malaysia bukan bumi yang selamat lagi. Rompak, samun, culik, rogol, pukul dll. semakin berluasa dan seperti tidak terkawal.

    ReplyDelete
  6. Kejadian yang sama menimpa kakak saya dikampung. Sampai sekarang kakak saya trauma. Kampung saya buat rondaan sekarang hampir enam bulan dah. Hidup semakin menakutkan......

    ReplyDelete
  7. Nampaknya kisah tentang pencuri.. perompak sudah semakin berleluasa.. rasanya sekarang ini semakin teruk.. nampaknya memng polis perlu buat rondaan selalu.. dan cari semua pendatang asing ini dan hantar pulang.. semoga keluarga kita dilindungi oleh Nya

    ReplyDelete
  8. gila punya kerja.

    potong pagar? potong jeriji tingkap? ikat tuan rumah? geledah rumah? rompak?

    diorang ni gile ke apa? org2 tua musti trauma.

    nak senang atas dunia, susah kat 'sana'..ayat kursi boleh jadi pelindung.

    ReplyDelete
  9. Salam cikgu...

    wahh dasyat ya..macam filem mat saleh gayanya. siap main parang2..

    saya rasa cikgu kena persiapkan diri dengan apa2 cara. Kalau ada senjata atau pandai bersilat mungkin boleh dipraktikkan.

    apapun saya doakan encik selamatlah bersama keluarga..amalkan baca ayat pelindung diri..buatlah solat hajat sekeluarga mohon keselamatan.

    ReplyDelete
  10. Memang tak berhati perut syaitan2 tu. Kalau dapat tangkap apa kata jentik telinga satu taman tu pun dah perit. Moga ada tindakan rukun tetangga kena rondalah.

    ReplyDelete
  11. Pendekar,

    Memang kejam golongan nih. Adalah lebih baik tidak melawan supaya tidak ada yang cedera.. terutama anak-anak.

    Maksu,

    Saya selalu baca ayat kursi semasa kunci pintu dapur dan pintu depan. Setakat ini, alhamdulillah, yakinlah Allah jua membantu.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. MasyaAllah...pernah berlaku di tempat saya cikgu..cuma lupa dan alpa meronda dalam 3 minggu sebab orang kampung terutamanya AJK keselamatan kampung sebok dan penat ngan kenduri kahwin..Laknat ni pun ceroboh 3 buah rumah...betul tu cikgu wang boleh dicari ganti tapi nyawa hanya sekali sahaja..tak de ganti..pesan saye kena rapikan lagi jadual kawalan dan masa inilah satu kampung@taman akan kuat semangat team buildingnya...

    ReplyDelete
  14. Syaitan yg bertopeng manusia itu adalah syaitan yang hidup terdesak. Jgn kita melawan si pendesak, kerana mereka mungkin akan melakukan apa sahaja.

    Semoga Allah melindungi kita selalu. Di kejiranan saya juga pernah berlaku sedemikian. Entah di mana lagi selamat hidup kita.

    ReplyDelete
  15. Selain dari pasang alarm, pasang pagar'ghaib' juga cikgu!

    You have to learn how to do it.

    Kat bangi ni banyak juga berlaku pecah masuk, tapi ada juga yang dapat memberkas mereka ni sebab pencuri masuk tapi tak dapat keluar...( dia nampak laut dan hutan saja keliling dia)

    ReplyDelete
  16. ya allah takutnya...zaman skrg ni tak boleh dipercayai...
    sekelip mata...

    berani tu...

    ReplyDelete
  17. Aduh bahayanya! macam2 kes lah skrg.. ni kena buat report ni, main ikat2 pulak.

    Kat tempat sy sekarang pun musim pecah rumah jugak, tak tahu sapa punyer keje. Rasanya bdk2 gian dadah tuh.. Jiran sy, lepas kene pecah rumah tuh, siap dia tinggal najis lg.. Tak ada otak langsung!

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...