Kami meninggalkan jeti Kuah dengan pelbagai kenangan.
Perjalanan feri bermula 3.10 petang, dan kumpulan kami duduk di bahagian depan. Kak Zainon, dari SMK Teja, Ipoh berbual-bual denganku, sambil kuperhatikan sekumpulan pelajar sekolah rendah dari Dungun, Terengganu yang turut seferi dengan kami.
Feri semakin laju membelah ombak. Ramai penumpang lebih selesa mendiamkan diri. Ada juga yang berbual-bual perlahan. Kebanyakannya tidur. Aku pula tak betah di kerusi, lalu keluar ke dok belakang, untuk menikmati angin Selat Melaka.
Enjin feri mengaum dengan kuat, ditambah bau minyak enjin tak menghalangku menghayati keindahan bumi ciptaan tuhan.
Aku pula, semakin kuat rasa rindu pada Ma dan anak-anak, yang setia menunggu kupulang.
Cikgu Izzuddin,
ReplyDeleteCikgu berminat dalam bidang penulisan novel? Dari gaya cikgu menulis, saya tahu cikgu berbakat. Teruskanlah jika ada niat. Saya suka baca novel.
Seronok ye menimba ilmu pengetahuan sambil makan angin di pulau lagenda itu. Tentu banyak ilmu yang cikgu perolehi. Mudah-mudahan ilmu itu dapat dikongsi dan digunakan untuk mendidik anak-anak kita.
Tirana, saya tak pandai menulis. Tapi bakat kalau tak diteroka, tak berkembanglah ia.
ReplyDeleteBakat saya ialah melukis kartun.
Sungguh. Saya akan buat posting istimewa, khas untuk cerita dunia kartun.
Saya pernah melukis kartun semasa di sekolah menengah, masuk majalah Gila-Gila.
Kartun saya pernah digunakan oleh kawan-kawan di UPM untuk memikat gadis yang mereka idamkan.
Tapi, bakat melukis kartun seakan sudah tidak diasah lagi.
Saya sendiri rasa rugi. Mengapa saya biarkan bakat itu pendam, ya?
Terima kasih beri semangat.
Tak sangka cikgu Izzuddin ada bakat melukis kartun. Saya ada kawan yang suka lukis kartun..Teringat masa dalam kelas dulu, cikgu mengajar kat depan, dia kat belakang lukis kartun..dapat tangkap dengan cikgu..hehe..sian dia kena denda.. Sekarang ni saya dah lost contact dengan dia.
ReplyDeleteBakat yang ada kena sentiasa di asah kerana bakat itu anugerah Allah yang petut kita gunakan di jalan-NYA. Kita boleh mendidik, menyampaikan ilmu dan berdakwah menggunakan bakat yang kita ada.. Jadi jangan sia-siakan anugerah yang Allah bagi kepada kita.
Mudah-mudahan cikgu Izzuddin kembali mengasah bakat menulis dan melukis kartun untuk kebaikan semua. Saya sentiasa memberi sokongan moral pada cikgu. Teruskan..
cikgu,try la wat novel..jue tak suka baca novel,tapi mana tau kalau cikgu yang wat jue suka ke...try la yer..
ReplyDelete