Tuesday, November 11, 2008

Sesaknya Penang

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini..

"Nak ke mana petang ni?" tanyaku kepada Cikgu Haris.

"Cadang nak beli jeruk buah di Chowrasta,..jom." katanya mengajakku.

Aku setuju. Sejak dua hari lalu, asyik mendengar sesi ceramah yang padat. Rasanya perlu juga kurehatkan minda. Bersiar di Penang tentu melegakan.
Selepas sesi bergambar bersama kumpulan kursus (kena bayar RM15, mahal juga..) petang tadi, aku, Haris, Hassan dan Najmi menaiki teksi ke Chowrasta, lokasi popular dekat KOMTAR yang banyak menjual jeruk buah pala, pelam dan seumpamanya.

Penang banyak bangunan lama peninggalan penjajah Inggeris. Sana sini, banyak bangunan dengan seni bina kolonial tersergam kukuh. Ada juga yang dihias cantik dan dicat baru, tetapi tak kurang juga yang terbiar tanpa jagaan yang sempurna.

Patutlah Penang diberi gelaran "Bandar Raya Warisan Dunia" oleh UNESCO baru-baru ini.

Kami tiba di Chowrasta. Maghrib yang hampir menjengah, menyebabkan kami tidak lama di sana. Cukuplah beli jeruk pala dan salak, sebagai ole-ole untuk isteri tercinta. Kemudian kami sekadar merayau di laluan ke stesen bas. Stesen bas yang sesak dengan orang ramai, bertambah melemaskan, apabila asap dari enjin bas menusuk masuk ke tenggorokku.Perjalanan pulang ke hotel dengan Rapidpenang agak murah. Tambangnya RM1.50 sen, lebih murah berbanding teksi. Basnya agak selesa, dan yang penting, ada aircond. Bila ada aircond, tak adalah perokok. Selamatlah tekak aku daripada menyedut asap beracun tu!

Tapi, perjalanan yang kusangka pendek rupa-rupanya memakan masa hampir satu jam. Laluannya yang terhenti-henti oleh lampu isyarat menyebabkan kami rasa tidak selesa. Andai diberi skala kepuasan 1-10, aku hanya berikan 4 sahaja.

Kami tiba juga di hotel ketika maghrib hampir ke penghujung. Syukurlah kami selamat. Rasanya itulah sekali aku mencuba Rapidpenang,kerana biarpun ia selesa bagi orang di sini, tapi aku tetap rasakan perkhidmatan bas di Pulau Mutiara ini masih tak meuaskan.

Penang, sesak sangat...Mungkin LRT boleh mengatasi masalah di sini.

14 comments:

  1. penang mmg cikgu..jam dia lebih hebat dari kl...

    kita sama; anti bau asap rokok. saya dah sampai tahap selsema dah skang ni.

    ReplyDelete
  2. penang dah jadi cam kl?
    hmm


    btw
    salam singgah =)

    ReplyDelete
  3. Penang memang menyesakkan. Di Penang, saya tak berani nak memandu sendiri. Jalannya sempit dan sesak dengan basikal dan motosikal.

    Banyak beli jeruk buah, cikgu?

    ReplyDelete
  4. salam..
    mgkin itu tanggapan pertama..
    memang sesak kerana tempat yg sempit dengan pembangunan yg kalau boleh semua nak disumbat..
    mgkin bg yg tidak biasa dengan penang akan rs lemas..

    sy dah berada di sini selama 12 tahun..alhamdulillah sehingga kini hati masih tenang kerana tidak sesesak KL..

    ReplyDelete
  5. Razor,

    Kawan saya ramai perokok, tapi kebanyakannya menghormati saya dan tak merokok di depan saya.

    Asap rokok lebih mudah masuk ke paru-paru org yg tak merokok. Dalam istilah lain, jika kita sentiasa berdekatan perokok, kita ialah PEROKOK PASIF, yang boleh mendapat kesan penyakit yang sama dgn peorokok primer...
    BEGITULAH BAHAYANYA ROKOK..

    ReplyDelete
  6. Miss zaza,

    Terima kasih tinggalkan jejak. Moga Allah beri rahmat pada cikgu.

    ReplyDelete
  7. Tirana,

    Kami buat keputusan naik teksi semasa pergi, sebab kami sendiri tak tahu jalan ke destinasi. Masing-masing kecut tengok jalan yang hiruk pikuk, kereta simpang siur di jalan yang sempit.

    Akhirnya kami buat kesimpulan, tak mengapalah keluar duit lebih sedikit, sebab kalau pandu sendiri, kesannya boleh trauma.

    ReplyDelete
  8. Azza,
    Rasanya Penang tak sesuai dengan jiwa saya.

    Maaflah, tapi saya respect Azza mampu bertahan 12 tahun..

    LAMA TUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU..

    ReplyDelete
  9. salam cikgu..

    penang memang sesak, terutama yang dh biasa di tempat2 lengang seperti kita di Perak. hehehe

    saya walaupun selalu ke penang utk jln2, kalo x sesat memang x sah. jlnnya mengelirukan, kecuali yang dh biasa seperti kak azza.:)

    saya setuju sgt2 dgn cikgu. penang perlukan LRT atau yang sewaktu dgnnya. perkhidmatan basnya belum cukup memuaskan.

    oh,ya. selamat pg cikgu :)

    ReplyDelete
  10. aku penah berkursus setahun kat penang... bagi aku penang... panas, serabut, lintang-pukang, banjir sehari 3 kali, memang tak sesuai dgn aku... tambahn pulak aku tak minat makan makanan mamak ni... hehehe

    ReplyDelete
  11. Salam Izuddin - saya telah menjejaki kaki di Pulau Pinang seawal tahun 1976, bkerja di Pulau Pinang tahun 1982 dan kahwin orang Penang 1985. Dulu Penang tak sesak gitu. Kini bukan sahaja jalan nya sesak, jambatan p.pinang pun sesak. Saya masih suka lepak-lepak diluar lingkaran bandaraya penang, Padang Kota Lama, Padang Kota Baru. Cubalah... makan sotong bakar dan pasembornya sambil minum ayaq nyoq. :)

    ReplyDelete
  12. Salam dari saya Cikgu,

    Saya selalu ke Penang sebab anak saya belajar di situ. Penang memang teruk. Penunggang motosikalnya mengalahkan penunggang Pekan Golok.

    Kalut dengan lampu syaratnya berselang beberapa depa, dengan kereta, bas dan lori yang bersesak-sesak di tambah dengan penuggang yang tidak berdisiplin. Malah di KL lebih releks walau pun jam juga.

    Papan tanda arah pun 2 x 5 juga, kalau yang tidak biasa dengan penang, memang haru. Keadaan permukaan jalan pun teruk. Kereta yang saya bagi kat anak saya berulang ke kuliah pun sentiasa kena baiki. Bukannya injin tapi benda lain yang berkaitan dengan keadaan jalan.

    ReplyDelete
  13. waaahhh,...
    komen2 di atas menggambarkan betapa teruknya penang...adeh...

    sy ammpu menghirup udara segar disini..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...