Seingat aku, ini kali kedua aku ber'syarah' dalam bahasa Inggeris. Kali pertama, semasa kertas BI 202 di UPM, 14 tahun lalu.
Semua kumpulan PV3, terdiri daripada pelbagai kelompok guru. Ada yang mengajar BM, BI, Pendidikan Islam, Akaun, Ekonomi, dan Sains. Bagi rakan-rakan yang biasa dengan pembentangan dalam bahasa Inggeris, tak mengapalah. Bercakap pun macam bertih goreng. Haji Khairuddin, guru PPSMI, selamba bercakap sehingga kami semua melopong. Begitu juga Mohayadi dan beberapa orang lagi.
Aku teringat kisah Wilda, seorang blogger yang sedang bertapa. Wilda buat pembentangan sambil panelnya tertidur. Aku harap, panel penilai aku tak tidur ketika aku berucap.
Dua orang penilai kami yang merupakan pensyarah Bahasa Inggeris di Institut Perguruan. Serius je madam tu..
Aku? Entahlah. Dua orang pensyarah menjadi penilai kami seramai 22 orang. Masing-masing kecut dan senyap apabila kedua-duanya masuk ke bilik yang sejuk itu.
Aku orang ke-11, dan orang terakhir dalam sesi pertama. Sesi kedua bersambung selepas minum pagi. Ketika minum, aku dah lega sebab giliran aku dah lepas. Tapi, kasihan pada rakan yang akan berucap selepas itu. Minum pun, muka tak ceria.
Sejak malam tadi, aku dan Najmi, (room mate) asyik berbual dalam bahasa Inggeris, di samping bercakap depan cermin (sambil pegang teks). Semuanya untuk meyakinkan diri agar dapat tenang, tabah dan bersemangat ketika menyampaikan ucapan selama 10 minit itu.
Sebenarnya, bercakap dalam bahasa Inggeris depan audiens seperti pelajar, tidaklah menjadi masalah sangat. Tetapi, apabila berdepan dengan rakan sejawat yang lebih hebat, ditambah pula ada penilai (evaluaters), tentulah peluh jantan boleh menitik di liang-liang roma.
Syukurlah, kami dapat menyampaikannya. Berapa markah yang nak diberi oleh penilai, tidak kuambil pusing, sebab yang penting, ialah aku sudah pun melaksanakan sebahagian daripada syarat untuk lulus PTK DG44.
Hari ini, kami membentang tugasan mengikut soalan yang dijawab dalam kerja kursus. Tekanan tidak sehebat semalam, sebab ia dibuat dalam bahasaku sendiri. Kali ini, lebih yakin kerana kami boleh menggunakan skrin powerpoint untuk bantuan tambahan.
Copthorne, Penang
wah, slps 14 thn?
ReplyDeletekalau sorang lain citer, tapi bila ada kawan2 kat tepi tu la mslhnya..
tapi dah selesai kan?
alhamdulillah...
hehe
Cikgu Izzuddin,
ReplyDeleteJangan kata berucap dalam Bahasa Inggeris, dalam Bahasa Melayu pun rasanya saya tak mampu..hehehe.. Nasib baik la kerja macam saya ni tak perlu berucap dengan orang ramai cuma berucap depan suami dan anak-anak :)
hoh! berabuk giler ler smlm kome speaking london ya brahimnyior? kata org, kena ada ice-breaker dulu papepun. kendian, taruh jokes sikit2 supaya org tak tertido ek. kendian, kalau nak buat sesi q&a kat ujung2, kena buat ayat tak lengkap, supaya jadik persoalan kepada audience. tapiiii.... maksu reti speaking nogori sajo. ahaks (nasib baiklah maksu tak perlu berucap, cuma perlu byk berleter jer, oops!)
ReplyDeleteala yop : teman yg hari2 bercakap ni pun kadang2 gabra juga - brcakap tengtang teori lebih mudah dari praktikal...tapi dah kerja bercakap : apa lagi redah aja...yg penting tak macam cerita wilda : orang tidur...he...he...tahniah yop !
ReplyDeleteha ha..ini sudah bagus..Lain kali belajarlah daripada cikgu cikgu yang 'bermata biru'..
ReplyDeleteRazor,
ReplyDeleteDah selesai dah...
Ari ni, bentang dalam BM, dibantu LCD. Ok lah juga.
Tirana,
ReplyDeleteUcap depan suami dan anak-anak pun, kira ok dah tu...
Saya selalu 'berleter' depan anak murid agaknya.. Tapi kalau marahlah..
Maksu, begitulah adanya...
ReplyDeleteTeman ni, cakap Peghak buleh ler...
Tapi dah lega sesangat ni. Ari Sabtu ni, exam lah pulak.
Aduhai, nak naik pangkat bukannya senang. Rasa nak mohon Guru Cemerlang jer.. Lebih mudah dan cepat...
Bro Jinggo,
ReplyDeleteJangan ler cerita pasey Wilda, kecik atinya nanti. Ntah bilanyer dia nak berblog...
Bro Jinggo speaking London berabuk yer? Macam Tirana lah,..
Hidayah,
ReplyDeleteCikgu mata biru ni, bahaya ler sikit. Nanti belajo benda lain plak..
Tadi saya makan tepi kolam kat Copthorne ni, ramai beno yg mata biru berjemur.
Terus saya masuk bilik, saya plak segan nak nengok. Kawan lain, ada yang cuci mata.
"Free movie," kata deme.
Sabo jerlah..
salam singgah..! Public Speaking? Hurmm...
ReplyDeleteAzlim,
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah. Saya akan jenguk blog puan.
Congratulation.. I believe you have done all your best..Insyallah..
ReplyDeleteTeringat ptk dulu.. speech dalam BI ok lagi.. tapi bila kena BM.. asyik nak sebut beberapa perkataan dalam BI je.. jenuh juga kawal sebutan ayat sebab dah terbiasa bercakap dengan campuk aduk 2 bahasa tu..
aha
ReplyDeletecongrates!
good try =)