Monday, April 13, 2009

Minggu Kokurikulum Pengakap


Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Unit Pengakap ditugaskan membuat persembahan untuk minggu kokurikulum yang diadakan pada bulan April. Sebelum itu, Kadet Bomba dan PBSM telah pun mengadakannya mengikut jadual yang ditetapkan.

Hari ini, Isnin 13 April, giliran pengakap mengambil tempat. Kami menyediakan tiga persembahan, iaitu mendirikan khemah oleh pengakap puteri, manakala pengakap putera mendirikan gajet serta mempersembahkan tarian dabus.

Pengakap puteri sibuk memasang khemah, sementara di kiri pula
pengakap putera sedang membina gajet di hadapan ribuan penonton

Sudah siap pun, lega rasanya..Tapi muka masih gabra nampak!
Dari kiri: Iqbal, Zul, Mior dan Bob sedang menarikan dabus di hadapan guru.

Tarian dabus merupakan tarian tradisional negeri Perak. Tarian ini ditarikan dalam bilangan genap, dan menggunakan batang besi bercincin yang mengeluarkan bunyi gemerincing.

Shafie dan Adam menyediakan para-para untuk pinggan mangkuk

Gajet yang didirikan dibuat daripada kayu dan diikat dengan ikatan buku sila, lilit balak serta ikatan lain yang sesuai. Gajet perlu dipastikan kuat, supaya tidak roboh semasa digunakan.

Khemah pula mudah dibeli, berbanding zaman 70-an yang memerlukan pengakap mendirikan khemah dengan mengorek lubang untuk dipacak kayu. Khemah di pasaran pun pelbagai jenis, saiz dan jenama.

Pengakap boleh berbangga dengan persembahan pada hari ini. Syukur semuanya dapat dilaksanakan mengikut rancangan. Terima kasih kepada Cikgu Tajul Azmir, rakanku yang banyak membantu. Terima kasih juga kepada Cikgu Norizam, Cikgu Azawati dan tidak lupa kepada guru praktikum UPSI, Asriyah yang turut menyumbang tenaga.

4 comments:

  1. Kalau pelajar kita semua aktif dalam kegiatan sihat sebegini kan bagus..

    Bestnya memasang khemah tu..

    Dulu kami selalu pasang juga kat laman supaya anak anak boleh lepak kat luar..
    ..sekarang ni khemah tu anak bawak time diorang ada perkhemahan..

    ReplyDelete
  2. Kak Hida,

    Saya pun selalu pasang khemah untuk anak-anak, tapi depan laman. Asal lapar, berlari cari biskut di dapur.

    Dulu kita main pondok-pondok, tapi sekarang anak-anak dah tak main permainan camtu.

    Pondok-pondok banyak mengajo kita jadi kreatif sebenonya...

    ReplyDelete
  3. salam, cikgu.
    saya panggil cikgu la ek. tgk gmbr nih igt zaman sekolah. saya sekolah rendah kat bangkok. masa tu mmg pengakap. tp pengakap dorg juga kait2 dgn agama budha. kami just masuk. tp xde nak sembah2 mcm apa yg dorg sembah. kdg2 ada kait jgk dgn chistian. tgk pada sekolah berkenaan..

    dulu saya sekolah katolik lagi..

    ReplyDelete
  4. dabus? oooh... yg dulu2 jenis tariannya macam ada guna senjata tu ker?

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...