Wednesday, April 1, 2009

Sakit Kepala Tanda Awal Risiko Strok?

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Menurut satu kajian perubatan, wanita yang sering mengalami gangguan migrain mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat strok, berbanding mereka yang jarang mengalami gangguan sakit kepala tersebut.

Menurut laporan kajian yang sama, mereka yang berdepan gangguan migrain turut terdedah kepada risiko serangan sakit jantung.

Kajian tersebut, yang dikelolakan oleh American Academy of Neurology dalam persidangan tahunan di Chicago, telah mengkhususkan perbezaan mekanisme yang mengaitkan migrain dan masalah kardiovaskular.

Menurut Dr. Richard Lipton, Naib Pengerusi Jabatan Neurologi Montefiore Headache Center di New York:

"And even though the average migraine sufferer’s absolute risk of a heart attack or stroke is still low, the new study should be viewed in the context of other cardiac risk factors, ".

“Someone with migraine should be sure to manage their other risk factors including high blood pressure, diabetes, smoking, high cholesterol and body weight.”

Kajian terbaru turut mendapati adanya pertambahan risiko kepada masalah vaskular lelaki dan wanita yang sering diserang migrain dengan simptom visual yang dikenali sebagai aura.

Satu kajian baru-baru ini, mendapati wanita yang sering menderita diserang migrain dan aura lebih terdedah kepada serangan strok, lebih-lebih lagi jika mereka merupakan perokok atau peminum arak tegar.

Kajian tersebut melibatkan lebih 28,000 orang wanita berkerjaya di Amerika Syarikat berumur 45 tahun ke atas yang dikenal pasti ada tanda penyakit kardiovaskular ketika kajian dijalankan.

Dalam tempoh 12 tahun perkembangan mereka, berbanding dengan wanita yang kurang diserang migrain, jumlah wanita yang mengalami gangguan kardiovaskular meningkat kepada 54%.

45% daripada mereka mengalami penyakit berkaitan jantung, seperti tekanan darah rendah dan 64% lagi mengalami risiko diserang sakit jantung berbanding wanita yang tiada sejarah migrain.

Wanita yang sering diserang migrain sekurang-kurangnya seminggu sekali, 49% daripadanya berkemungkinan mendapat serangan jantung, dan jika serangan migrain tersebut berterusan, ia boleh meningkatkan risiko untuk mengalami strok.

Menurut Dr. Lipton lagi, kekerapan ulangan serangan migrain memberi kesan langsung kepada risiko strok.

This is plausible because, during the aura, there are profound changes in the brain which diminish blood flow to the brain. Stroke is usually caused by diminished blood flow to the brain.

Andaikan kajian ini sesuai untuk semua orang di dunia, kita harus berhati-hati dengan serangan migrain yang berterusan. Perbanyakkan aktiviti yang mengurangkan stres, dan selalulah bersangka baik terhadap orang lain.

Bukan apa, semalam, saya mengalami sakit kepala. Jadi, ingatan ini adalah untuk diri saya juga. Moga-moga kita selalu dilindungi Allah.

Sayangilah diri kita.

2 comments:

  1. Salam sdr. Brahim.

    Takut juga, saya memang penghidap migrane sejak di tingkatan 4 lagi.

    ReplyDelete
  2. Pakdin, asal kita tau menguruskan tekanan, insya Allah migrain takkan memberi kesan negatif.

    Bila agaknya Pakdin nak jemput makan kenduri nasik minyak anak? hehehe

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...