Thursday, April 23, 2009

Cemburu Itu Bukan Milik Perempuan Sahaja

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

(Artikel ini disusun semula daripada sumber asalnya dalam forum Halaqah)


Cemburu seorang suami dan ayah
adalah WAJIB bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.


Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi, Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. "( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Disini Allah dan RasulNya menegaskan para suami dan ayah perlu mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.


BILA LELAKI PERLU CEMBURU


Secara mudahnya, lelaki perlu CEMBURU untuk mengelakkan diri dari digelar DAYUS dan perlu menegah daripada berlaku kemungkaran seperti gejala berikut:

  • Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
  • Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
  • Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
  • Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
  • Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya
  • Membiarkan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
  • Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
  • Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata.
  • Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang munasabah oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
  • Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
  • Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
  • Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
  • Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Nabi SAW bersabda:
"Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Moga-moga kita dapat manfaat daripada artikel ini.

6 comments:

  1. Salam sdr. Brahim.

    Satu peringatan yang dirahmati Allah. Insya Allah.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Pak Din,

    Kekadang saya pun cemburu, terutama pada hal-hal tertentu yang melibatkan hak.

    Biasalah begitu..

    ReplyDelete
  3. en nyior..

    bagus info ni..ini peringatan yg baik bagi umat manusia zaman skrg yg rata2 semakin 'liar' terutamanya kaum hawa..

    p/s: kalaulah dapat dibaca oleh pelajar2 AF,mentor,gangstar....mungkin tak akan ada kesan...hati dah tertutup dek kelemahan institusi kekeluargaan itu sendiri...

    sedih sungguh....

    ReplyDelete
  4. Sukarnya menghadapi kehidupan yang mencabar dan dunia yang semakin banyak fitnah

    ReplyDelete
  5. cikgu,

    suami saya dulunya terlalu cemburu. sampai ke tahap menyampah dgn kecemburuannya. tapi, sekarang sebab dah gemuk tiada lagi sebarang kesan !!! hehe!! atau sebab dah tua kut!

    ReplyDelete
  6. Cemburu tanda sayang tapi kalau dah melampau...tension oi..! E_da juga sering dihambat cemburu. Mana tidaknya...setiap kali berbicara di rostrum, pasti ada jejaka di sebelah walaupun tak setampan Brahim Nyior...Sebab itulah si dia cemburu. Walau bagaimanapun, iman perlu teguh di dada.InsyaAllah, akan selamat selamanya.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...