Friday, April 3, 2009

Tahniah Untuk PM Malaysia Ke-6

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Ini bukan entry politik, sebaliknya ia adalah manifestasi perasaan seorang rakyat di sebuah daerah luar bandar.

Sekalung perhargaan kepada PM Malaysia ke-6 yang telah dilantik secara rasmi sebentar tadi. Sebagai seorang anak Malaysia, perasaan saya bercampur baur. Ada rasa gembira, tetapi sedih dan pilu pun ada juga. Biarlah saya menyimpannya untuk diri sendiri. Lagipun, banyak blog mengulas Najib dari sudut baik buruknya anak bekas PM ke-2 ini.

Biarpun diasak dengan pelbagai isu seperti kapal selam, wanita Mongolia dan seumpamanya, Najib kelihatan kebal, dan dapat kedudukan setanding arwah bapanya.

Sungguhpun begitu, ujian yang menanti Najib sangat mencabar. Kala ini, perlantikannya disambut dengan penuh tanda tanya, apakah Najib mampu mengembalikan kegemilangan UMNO dan BN di mata rakyat. Bukit Gantang dan Bukit Selambau mungkin ada jawapannya.


5 comments:

  1. Rasanya elok kalau Brahimnyior ikut sama bertandang ke rumah ke Yei Jalan Maktab, off Jalan Gurney, Kuala Lumpur untuk bertanya dan bercerita masa-masa indah bersama bekas suaminya itu yang kini menjadi Pirdana Mentri.

    Link -
    Mengirai Najib

    ReplyDelete
  2. Saya boring dgn sikap TUN kita masuk semula BN kerana sudah tiba masa..... Kasihan PM ku ...

    ReplyDelete
  3. Razzi,

    Hmm. Nak jugak... Tapi banyak beno sejarah lama Najib dengan isteri 'lamanya'..

    Marah Rosmah nanti...


    Takuttttttttttttttttttt...

    Safiya,

    Tun M ada sebab tersendiri. Tapi kalu saya pada usia Tun, lebih tumpu kepada kehidupan menjelang barzakh. Politik ni dah expired untuk Tun. Dalam kubo nanti, Malaikat bukan tengok tag nama atau pangkat kita.

    Umo Nabi pun 63, lebih tu, bonus lah. Tun dah 80++, banyak beno Allah bagi Tun subsidi untuk alam abadi. Patut Tun gunakan peluang itu, bukan menempel kat Najib..

    Itu pandangan saya lah..

    ReplyDelete
  4. Dah ke 6 PM kita ni?...tak perasan pulak aku. Bila bertuko?

    smile..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...