Tuesday, April 7, 2009

Ular Senduk

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Agak pening juga kepala memikirkan perihal ular senduk berwarna hitam, menjalar di belakang rumah petang ini. Anak-anakku yang terlihat kelibatnya, lalu menjerit-jerit memberitahu reptilia berbisa itu berada di kaki lima rumah.

Memanglah tidak mustahil ular atau binatang berbisa yang lain, boleh menceroboh kawasan kediaman yang dikelilingi hutan kecil ini.

Usahkan ular, babi hutan pun selalu berkubang di luar pagar. Pagi-pagi sudah kelihatan 'kubang' yang dibuatnya di perdu pokok pisang. Hancur anak pisang dibuatnya. Di kawasan itu tentu banyak pacat, apatah lagi selepas hujan.

Ayam hutan pula, sering berkokok tiap pagi di belukar sebelah rumah. Geram juga rasanya, tapi ibarat kata orang tua-tua, ayam hutan selangkah laju dari angin. Nampak saja kelibat manusia, ia pasti akan terbang atau menyusup masuk ke hutan sawit bersebelahan.

Begitulah, kalau duduk di keliling hutan pokok gelam dan senduduk, ada risiko dan bahaya yang perlu ditangani.

Tapi aku masih risau dengan ular senduk tadi. Anehnya, apabila aku memeriksa dan menyelongkar kawasan yang dimaksudkan, tiada pula nampak bayang ular.

Ke mana perginya?

3 comments:

  1. kena selalu cuci keliling rumah ni... alamak.... aku pun dah berbulan2 tak mesin rumput belakang rumah

    ReplyDelete
  2. ada cara nak halau sprt dlm hadis , boleh juga guna cara balingkan garam kasar kat ular :)

    kata orang2 tua dahulu ler

    ReplyDelete
  3. Boh belerang keliling ghumah wehh..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...