Friday, April 10, 2009

Azilah dan Sirul Akhirnya Menemui Jalan Mati...

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Sering dinyatakan oleh rakan-rakan, keputusan mahkamah berkenaan pembunuhan wanita Mongolia pasti memihak kepada kedua-dua tertuduh, iaitu Azilah Hadari dan Sirul Azhar. Mereka berhujah, sedangkan Abdul Razak Baginda pun terlepas, inikan pula dua orang anggota UTK yang menjalankan arahan.

Malang sekali, kenyataannya tidak begitu. Azilah dan Sirul Azhar dijatuhi hukuman gantung sampai mati, kerana kesalahan membunuh wanita Mongolia yang pernah dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda.

Kini, mereka bakal mengakhiri hidup di tali gantung, manakala Abdul Razak yang terlepas bebas tanpa membela diri, sibuk dengan tesis di Universiti Oxford.

Kadangkala, timbul juga rasa kasihan kepada dua orang pembunuh ini, sebab jika kita mengikuti perjalanan perbicaraan sejak awal, banyak benar peliknya.

Tapi, mahkamah sudah membuat keputusan. Sewajarnya, terima sahajalah. Shaaribu Setev, bapa Altantuya Shaaribu, pun menerima keputusan mahkamah di Malaysia.

Begitulah. Episod panjang perbicaraan yang penuh drama yang seakan 'berskrip' telah pun ke penghujung. Selamatlah kamu berdua, wahai anggota UTK.

7 comments:

  1. Semoga menjadi pengajaran kepada insan lain. BERFIKIR DAHULU SEBELUM BERTINDAK!!! Apa sangat nilai BILIS jika nak dibandingkan dengan JERUNG. Lebih2 lagi BAPA JERUNG DAH MENJADI RAJA. Kita tunggulah apa nasib kita semua selepas ini...

    ReplyDelete
  2. Salam sdr. Brahim.

    Saya ada buat entry komen tentang hal ini. Memang banyak soalan dan keraguan.

    ReplyDelete
  3. G,

    Balik tak?

    Razzi, begitulah. Hehehe.. Liverpool ok?

    Pakdin,

    Memangh banyak keraguan...

    ReplyDelete
  4. 3 handphone Razak Baginda di siasat polis...kesudahannya BUKAN Razak yang terlibat!

    Kalau bukan dia, siapa yang SAJA SAJA seronok suruh POLIS Cawkua berdua ni letupkan Minah Monggolia kat hutan tu?

    kalau akulah jadi Polis JANTAN berdua tu..
    korang ingat sesaja nak LETUPkan Minah Comel MODEL tu?

    ehhh..membazir..baik buat BINI. lagi menafaat!

    he he he..

    ReplyDelete
  5. Salam.....

    ....memang meragukan. Hanya Dia yang tahu.....



    ....dan itulah dunia kehakiman dunia....

    ReplyDelete
  6. Korang jangan tertipu dengan keputusan mahkamah ke atas dua polis tu. Pernah tengok muka dua orang polis tu tak? Tak pernah kan? Mereka ini sebenarnya akan 'dilupuskan' kemudian ditukar identitinya...macam cerita FBI lakonan Arnold Schwarzenegger.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...