Saturday, April 11, 2009

Ular Masuk Rumah!!!

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Sebelum ini, ada entry yang berkaitan dengan ular senduk yang masuk ke kawasan laman rumah. Tapi ular itu hilang entah ke mana.

Petang ini, mungkin ular yang sama juga, berwarna hitam, dengan panjang hampir 1 meter, berada di dalam rumah.

Ular yang sudah lemah tapi masih berdesir..

Aku sedang memberi anak minum petang, ketika tiba-tiba, terdengar desiran berdekatan pintu dapur.

"Mak oi, ular!" jeritku lalu menyuruh anak-anak menjauhi kawasan dapur.

"Cepat lari," kataku sambil meminta anak-anak tidak ke kawasan ular itu berada.

Aku bergegas mencapai selaras Sharp Ace, dan dimampatkan dengan peluru Silver timah. Dengan tiga das tembakan, akhirnya Si Senduk berjaya ditewaskan.
Meliuk-liuk biarpun sudah cedera. Masih mampu mengembangkan kepalanya.

Syukur, anak selamat. Yang penting, ular itu tidak menyusup ke ruang lain. Mujur juga lantai marmar menyukarkan pergerakannya.

Akhirnya bangkai ular kucampak keluar sebelum ditanam

Mungkin cuaca hujan sebegini menyebabkan ular dan haiwan berbisa lain cuba mencari perlindungan di tempat yang lebih selesa.

24 comments:

  1. apa benda Sharp Ace tu.... boleh beli kat mana... penting gak ni utk perlindungan masa kes cam gini kot

    ReplyDelete
  2. Salam Brahim.

    Tapi betulkah petua orang tua-tua menyatakan tidak boleh membunuh ular yang masuk ke rumah di dalam rumah. Kena usir dulu ular tu keluar, baru boleh dibunuh.

    Entah betul, entah tidak. Wallahu aklam. Apa pun syukur anak-anak dan anggota keluarga saudara selamat.

    Satu lagi petua ialah taburkan belerang di sekeliling rumah bagi menjauhkan binatang merayap. Ini pun tidak tahu betul atau tidak.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..

    Ya Allah..saya sangat takut dengan ular senduk hitam ini kerana fobia dengan anak ular hitam yg masuk ke dalam rumah dan saya orang perama yang jumpa...Ya Allah...bila terpandang gambar yg cikgu izzuddin ambil ini, ngeri rasanya..

    Berkenaan petua yang dikatakan mountdweller itu, iaitu usir keluar ular baru bunuh ,ayahanda saya pernah beritahu bahawa tujuan kita halau kerana kebiasaannya ada jin yang menyerupai binatang, jadi kita akan halau ular tersebut sambil berkata "keluar kamu wahai ular, jika tidak aku akan bunuh kau"..kalau tak keluar bunuh jer..tapi untuk keselamatan memang ia patut dibunuh...kerana bahaya akan mengundang jika ia tidak dibunuh..

    Petua belerang tu pun , ayahanda saya amalkan, tabur keliling rumah, takut binatang itu masuk lagi...tapi sekarang dah tak buat dah..;)

    ReplyDelete
  4. Cikgu Izzuddin...

    Kalau kak tirana jumpa haiwan ni...pertama sekali kak tirana buat ialah buka langkah seribu..hehehe.... Kedua minta tolong orang bunuh sebab sendiri tak tergamak nak bunuh walaupun tahu bahawa binatang berbisa boleh dibunuh..hiiii..geli..

    ReplyDelete
  5. Brahimnyok..
    kan aku dah habag tabork BELERANG..Petua tu..( aku dapat dari TOK MERTUA aku yang dah umug 82 tahun..)
    Ulag ni dia tak boleh kena belerang..tak tahan dia.

    Lagi petua:-
    1.Semut tak boleh ngam ngan daun pudina.

    2. Kucing kalau berak sangat kat depan ghumah tangga kita..cari taik RIMAU..(sungguh..kalau tak percaya minta taik rimau kat zoo..he he he)

    3.Lipas tak ngam ngan bau daun pandan..

    4.Kalau ada lipas kat daporkk...hati hati sebab lipas ni pun petanda adanya kehadiran TIKUS KETURI atau cencorot...cencorot suka makan lipas..manakala kucing pula tak mau kejar cencorot!! busuk!

    itu jer kut..PETUA KAT RUMAHTANGGA yang aku terlintas dalam kepala..

    ReplyDelete
  6. Shifu67,

    Sharp Ace tu lastik khas yang saya buat sendiri untuk halau bewak. Hehehe.. Nama boh gempak sikit, Saja nak bagi havoc.

    ReplyDelete
  7. Pakdin,

    Alamak, saya tak tau lak petua orang tua-tua tu.

    Sebenonya tindakan spontan, apabila nampak ia berada di pintu dapur, berdesir dan mengangkat kepala, saya tak pk lain dah.

    Lain kali, saya cuba halau dulu. Tapi harap-harap, takde lain kali dah...

    Tentang belerang tu, masa dok awal-awal dulu memang saya taburkan. Nampaknya kena buat semula.

    Biasalah, dah terhantuk, baru terngadah... Orang Melayu... :-)

    ReplyDelete
  8. Sejak duamenjak ni..lastik pun dah lama aku tak pegang. Nampak gayanya..nak kena asah skill tu semula la... baguih jugak idea ni.. kan?

    ReplyDelete
  9. Nurhuda,

    Memang risau tahap gaban..

    Mana taknya,.. ular tu masuk ikut celah bawah pintu dapur yang kecil, tak sampai setengah inci pun, dan ketika itu, anak-anak pun ada untuk minum petang.

    Anak-anak pulak excited nak tengok. Maklum lah, bebudak, bukan tau bahaya yang bakal menanti.

    Ada yang kena 'cubit' sebab sengaja lambat dan menjenguk-jenguk nak tengok ular senduk yang mendesir tu.

    Heiii, budak-budak ni. Sabo jer lah.

    ReplyDelete
  10. Kak Tirana,

    Saya utamakan keselamatan anak isteri dulu. Mujur saya yang terserempak. Kalau anak kecil yang umo tiga tahun tu yang jumpa, entah apalah nasibnya.

    Si kecik tu suka pegang benda yang dia nampak menarik, tertarik dan memang the bomb!

    Apa-apa pun, macam yang Pakdin kata, ada patutnya saya halau dulu.

    Tapi, bila difikirkan semula, tak mungkin ular tu nak kuar semula ikut lubang celah pintu, melainkan saya buka pintu dapur.

    Nak buka pintu dapur pulak, saya terpaksa berdepan risiko dipatuk, sebab kedudukannya dekat sangat dengan tombol pintu.

    Saya fikir, membunuhnya adalah keputusan yang tepat ketika itu.

    Moga Allah ampunkan saya membunuh makhluknya.

    ReplyDelete
  11. Kak Hida,

    1.Semut tak boleh ngam ngan daun pudina. (saya akan cuba)

    2. Kucing kalau berak sangat kat depan ghumah tangga kita..cari taik RIMAU..(sungguh..kalau tak percaya minta taik rimau kat zoo..he he he)- Yang ni susah sikit nak buat, lagipun takde kucin yang buat perangai gitu

    3.Lipas tak ngam ngan bau daun pandan.. (Saya akan cuba yang ini juga)

    4.Kalau ada lipas kat daporkk...hati hati sebab lipas ni pun petanda adanya kehadiran TIKUS KETURI atau cencorot...cencorot suka makan lipas..manakala kucing pula tak mau kejar cencorot!! busuk! (rumah saya ada lipas, tapi belum ada tanda MakTi...risau..)

    Baguih petua-petua yang diberi. Nanti tolong masuk entry khas pasal ni yer?

    ReplyDelete
  12. Lan,

    Aku guna lastik tu waktu terdesak, lagipun kekadang bewak datang lepak kat belakang rumah (luo pago)

    Jadi, lastiklah yang buleh halau.

    Amacam study? Member aku ada kat UPSI, pensyarah Bahasa-nama Khushairi Fadzal.

    ReplyDelete
  13. salam jengah...

    saya carik pasal surah nak halau ular...terjumpa pulak entry ni....

    abanh saya pun pesan jgn bunuh ular dalam umah....sementara nak halau tu.....campakkan garam kat dia sebab garam akan lemahkan ular...bila dia dah lemah tu...sempatlah nak kuarkan dari rumah dan bunuh kat luar rumah...

    ReplyDelete
  14. alamak.. baru semalam husband saya bunuh ular dalam rumah.. ada 2 ekor sekali masuk dalam rumah. yang sekor tu elok je dia tengok kitorang tidur (masa tu kami sedang tidur petang). yang sekor sempat dapat lari keluar. sekor lagi tengah nak pegang, dia sempat gigit tangan husband. saya pulak jadi marah, terus suruh husband katok kepala dia hehe.. risau sekarang ni sebab yang terlepas sekor tu mungkin pasangan dia.. takut dia kembali eeeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. adus main geget2 lak ..huwaa.rumah sy depan hutan technology park malaysia.mmg hutan ni dijaga.keliling semua hutan dah ditebang sebab nak buat rumah n macam2.tu agaknye semua binatnag ke hutan cni.setakat ni dah 7 kal idah jiran2 jumpa anak2 ular sawa n ular hitam.pernah sekali suami nak pkai helmet skali ternampak ekor sawa dalam helmet tu.nasib baik x paki lagi.huhu.
      ni tgh cari2 petua2 bagi semua bintang2 bisa x dtg rumah.last week pon sy ternampak spider hitam besar.takut gak tu.

      Delete
    2. adus main geget2 lak ..huwaa.rumah sy depan hutan technology park malaysia.mmg hutan ni dijaga.keliling semua hutan dah ditebang sebab nak buat rumah n macam2.tu agaknye semua binatnag ke hutan cni.setakat ni dah 7 kal idah jiran2 jumpa anak2 ular sawa n ular hitam.pernah sekali suami nak pkai helmet skali ternampak ekor sawa dalam helmet tu.nasib baik x paki lagi.huhu.
      ni tgh cari2 petua2 bagi semua bintang2 bisa x dtg rumah.last week pon sy ternampak spider hitam besar.takut gak tu.

      Delete
  15. jumaat lalu ular ni masuk dapur umah saya...hari ni (23/2/2011) ular ni jln saing ngan saya masa saya berjalan kat rumput nak menghala ke koridor opis...huhh!!mmg fobia....

    ReplyDelete
  16. Saya juga pernah mengalami beberapa kali. Lebih sering saya usir menggunakan kayu panjang, tapi pernah juga kubunuh karena agak besar dan masuk jauh kedalam rumah, khawatir ular itu akan menyerang kalau kejauhan diseret. Tapi sebaiknya memang tidak perlu membunuh ular. Kebanyakan ular yang masuk ke rumah tidak berbahaya dan tidak berbisa.

    Suharman Musa

    http://suharman-musa.blogspot.com/
    http://harry-reminiscences.blogspot.com/

    ReplyDelete
  17. Salam... tumpang lalu..
    1. Orang tua-tua cakap biasanya syaitan menyerupai ular masuk rumah pada waktu maghrib. Jadi sebaik-baiknya halau dia dulu,"Kalau kau syaitan, lebih baik kau keluar". Bagi amaran sebanyak 3 kali. Lepas 3 kali amaran, ular tu tak keluar jugak, bunuh aje...

    2. Belerang boleh diletakkan keliling rumah untuk halau binatang-binatang berbisa tapi binatang bawah tanah dan tumbuhan berdekatan akan mati. Belerang pulak akan hanyut kalau kena air hujan. Bila belerang dah hilang, binatang berbisa pun masuk.

    3. Petua mengelakkan rumah dari dimasukki pencuri atau binatang-binatang merbahaya ialah berjalan keliling rumah (tawaf) sambil baca Ayat Kursi sebanyak 40 kali. Insya Allah rumah kita tidak dimasukki pencuri atau binatang merbahaya. Petua dari seorang ustaz.

    4. Kalau ada tikus di rumah, basuh pinggan mangkuk, cawan dengan air sebelum digunakan walaupun nampak bersih dari segi lahiriah. Takut terkena air kencing tikus. Air kencing tikus sangat merbahaya dan boleh membunuh. Ada org mati minum air dlm tin. Bila diselidiki punca kematian dia, ada tanda-tanda air kencing tikus pada tin air tu dan terdapat banyak tikus di kilang tin air itu disimpan. Kisah itu terjadi di Amerika.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  18. salam kenal , menurut saya klw ular tak berbisa tak di bunuh tak apelah, tapi klw ular cobra setidaknya di bunuh karena berbahya

    ReplyDelete
  19. saya nak masuk tandas,buka lampu & pintu...terkejut tgk ular dalam tandas....ular warna coklat....xde corak pun....sy terus pggl family sy,pastu sy tgk dlm toilet,ular tu dah hilang....pdhal sy ttp pintu....dlm 15mnt, sy tgh buang air besar,ular mengintai menjulurkan kepalanya,dan sy halau ular tu dgn prkataan 'shuhh2' die trus larikan kepala & tak tau ke mana,padahal sy dah tabur belerang kuning....masa tu waktu nak dkat maghrib dlm pkl 7....mak sy & adk sy ckp ular jelmaan tp x mgkin jelmaan sbb die warne brown....bkn warne black....tp meremang jugak bulu roma sy mase tu n keeskn pg sy still igt psl ni,masih lg meremang bulu roma sy....tp sy xpasti la jelmaan or x coz skrg musim panas....ular tu nk cri tmpt sjuk ke mcmne xtau laa...mcmne nk pastikan ular jelmaan or x ek??skrg sy sudah fobia dgn ular....benda ni dah lpas 4,5 ari....tp still tkt lgi...coz xtau ular 2 ke mana....bwh tangga ke atau merayau ke mne2 ke....

    ReplyDelete
  20. Dah 2 kali ulsr masuk rumah, selang 4 hari. Panggil bomba, yang kali pertama tak jumpa, kali kedua trapped dalam salur air. Mlm ni tido tak lena. Esok nak jerang air panas dan curah dlm salur air tu. Kesian mak takut nak bangun buat sahur sebab kedua2 insiden tu kat dapur. Skrg dah tutup salur air tu dgn jaring, supaya dia terkurung. Kalau dia bukan iblis, dia akan mati sebab buat ibu saya susah hati

    ReplyDelete
  21. dapur rumahku ada ular sejenis ini. tadinya aku tak percaya. istriku cerita dia telah menginjaknya. aku marahi dia karena dia justru berlari kepadaku, bukannya mengawasi kemana ular itu pergi. aku mencari ular itu tapi tak ada. Beberapa menit kemudian barulah aku dan ular itu bertemu. aku dan ular itu sama-sama terkejut. ular itu masuk ke dalam lubang yang ada di dapur itu. hingga sekarang ular itu tak pernah ketemu lagi. tapi aku sempat merekamnya dalam bentuk video. (bpj,Indonesia)

    ReplyDelete
  22. Sy terbunuh ular bewarna hitam bertanda 0 dikepala apakah ada petanda baik atau buruk

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...