Tuesday, April 28, 2009

Selsema Babi Menyerang!

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Panik di sana sini sejak akhir-akhir ini, apabila sejenis selsema yang biasanya menjangkiti babi, mula menjarah ke tubuh manusia.

Di Mexico dan di Amerika Utara, kes kematian melibatkan selsema ini menjangkau lebih 100 orang. Terbaru di Sepanyol, dan barangkali akan merebak ke Asia sedikit masa lagi.

Akhbar Agence France-Presse telah memaparkan bahawa pihak berkuasa kesihatan dunia melalui WHO, sebuah agensi PBB kini bekerja keras untuk menghentikan jangkitan selsema babi yang telah menyebabkan kehilangan nyawa di Mexico, yang seterusnya membawa kepada ketakutan penyakit itu mungkin akan berjangkit ke seluruh dunia.

Berdasarkan penyelidikan ilmiah, bahawa makan daging babi itu salah satu sebab timbulnya cacing pita yang sangat berbahaya. Lebih-lebih lagi makanan-makanan babi itu yang kotor-kotor dan najis.

Akhbar The Gurdian dari United Kingdom pula melaporkan simptom-simptom selsema babi adalah sama dengan selsema manusia. Hidung berair, loya, suhu badan meningkat dan lemah angggota badan, merupakan tanda serangan selsema yang diakibatkan oleh haiwan berhidung hodoh tersebut.

Mengikut Agensi Pertahanan Kesihatan, wabak selsema babi disebabkan oleh influenza jenis A - selalunya menjangkiti babi di ladang ternakan.

Mereka yang bekerja di sekitar babi-babi juga kemungkinan besar akan dijangkiti virus H1N1 itu dan ianya juga mungkin bagi virus itu menjangkiti manusia kepada manusia lain.

Oleh itu, lebih elok sekiranya babi-babi yang dijangkiti oleh selsema babi ini dimusnahkan untuk melindungi dari ianya menjangkiti manusia pula.

Memakan daging babi juga boleh menyebabkan penyakit antaranya ialah Sistiserkosis, iaitu sejenis penyakit yang disebabkan oleh Cacing Taein seperti t.solium akibat dari memakan babi.

Benarlah kalam Allah, memang babi (nama manjanya khinzir) memberi keburukan kepada manusia sejagat. Bersyukurlah kita tidak memakannya, tapi apakah kita terlepas daripada bala yang diturunkan ini?

Setakat ini, usaha kerajaan adalah mengawal pintu masuk negara daripada dibolosi pesakit selsema ini. Bagaimana dengan babi yang sedia ada di Malaysia?

Adakah kemungkinan babi-babi di sini dijangkiti dengan selsema? Bimbangnya...

9 comments:

  1. yang teman riso - dihujung2 zaman macam penyakit yang kita tak pernah dengor...
    kita sesekali kena pikio juga - bala apa lagi yg mahu di tinggal kan untuk kita fikirkan.....

    " telah berlaku kerosakan didarat dan dilaut - disebabkan tangan2 manusia......"

    surah al- rum ( ayat 41 )

    kita ambil iktibar sama2 yop.

    ReplyDelete
  2. Bang Jinggo. Moga kita sentiasa beringat.


    Yang benonyer, apa juga 'bala' yang melanda manusia adalah kerana kesilapan manusia sendiri.

    ReplyDelete
  3. Amoris,

    Info menarik. Saya dah singgah. Ada banyak yang saya tau tentang selsema babi daripada blog tu. Makaseh.

    ReplyDelete
  4. Kak Tirana baru tercari2 info tentang "swine flu" ini..terimakasih kerana berkongsi info..

    ReplyDelete
  5. Bila manusia suka membela babi,
    suka makan babi,
    suka pelbagai hal tentang babi,
    Lalu Allah turunkan bala berkaitan babi...

    Banyak perkara telah menyedarkan kita..tetapi manusia itu alpa.

    ReplyDelete
  6. Maksu,

    Macam-macam penyakit dah sekarang ni. H5N1, JE, Selsema Babi, tapi semuanya boleh bawa maut!


    Takut.....

    ReplyDelete
  7. Faridrashidi,

    Banyak hikmah Allah haramkan babi, cuma orang yang tak mau yang berfikir...

    Perangai babi pun makin banyak dalam masyarakat.

    ReplyDelete
  8. Kak Tirana, saya teringat satu entry kak tentang sifat babi berbanding ayam...

    Buruknya perangai babi..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...