Wednesday, October 22, 2008

Banjir Di Kawasanku

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Petang semalam, aku dapati hujan turun mencurah-curah di kawasan sekitar. Hujan tanpa henti itu menyebabkan perjalanan untuk mengambil anak di sekolah agama terpaksa diperlahankan. Keadaan agak membimbangkan, kerana hujan lebat begini pasti menyebabkan banjir di kawasan rendah. Di depan rumah, air hujan turun bagai air terjun mengikut cucur atap. Longkang di depan rumah sudah tidak mampu menadah air, hingga melimpah dibuatnya. Hingga lewat malam, barulah hujan berhenti.

Pagi-pagi lagi, selepas menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah, aku mendengar Berita di Sinarfm tentang banjir di Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak. Pada hematku, mungkin Lekir tidak menghadapi banjir. Berita tentang Manchester United membelasah Celtic 3-0 tidak begitu ghairah menjadi sasaran telingaku.

Sudah menjadi rutin aku akan menghantar anak-anak yang bersekolah rendah, manakala isteri menghantar yang lainnya ke rumah pengasuh dan TADIKA.

Setibanya aku di sekolah, orang begitu ramai berada di luar kawasan sekolah. Para ibu bapa menanti dengan penuh gusar. Banjir menyerang sekolah anak-anakku! Rupanya SK Lekir dinaiki air banjir sehingga habis seluruh kawasan dilimpahi air bah. Guru besar, cikgu Zulkiply memaklumkan kepada ibu bapa bahawa sekolah terpaksa ditutup.

Sebagai AJK PIBG, aku turut serta dengan guru besar dan Tuan PPD Manjung, En. Md Saleh Sudin melawat kelas , kantin, pejabat dan makmal sekolah yang sudah ditenggelami air sedalam 1' hingga 1 1/2 '. Memang sedih melihat segala peralatan seperti kerusi meja, kertas dan buku terapung-apung di air banjir. Di pejabat GB, kerusi sofa terapung-apung, manakala sampah 'berenang-renang' di kelilingnya.Di makmal komputer, 7 buah laptop rosak teruk, manakala beberapa CPU dan hard disk PC tidak dapat digunakan lagi. Kasihan anak-anakku dan murid-murid yang masih kecil ini. Tetapi keputusan menutup sekolah adalah yang paling tepat dibuat oleh GB dan PPD, kerana air banjir bukan sahaja mendatangkan mudarat, malah mendedahkan murid dengan risiko lemas.

Di kawasan perumahan tersusun batu 7, Lekir, ramai rakan-rakan guru yang terkandas kerana jalan utama keluar telah ditenggelami air.

Semuanya adalah kehendak Allah, setelah lama kawasan sekitar Manjung berhujan panas. Terpulanglah kepada kita menafsirkannya, sama ada rahmat atau mudarat.

Yang pasti, esok, anak-anakku dan guru-gurunya akan bergotong royong mambersihkan sekolah yang teruk dilanda banjir.

19 comments:

  1. Banjir atau bah. Memang saya tak tahan.... Ketika saya tinggal di Caunter Hall, Pulau Pinang. Bah naik dua kali dalam tempoh 24 jam. Letih tu bang.

    ReplyDelete
  2. Cikgu Izzuddin..

    Rahmat bagi anak-anak sebab sekolah diisytihar cuti serta merta..yahooo..tak payah belajar..hehehe..

    Bagi pihak sekolah, gurubesar, guru-guru dan sesiapa yang terlibat tentu penat sebab nak kena bersihkan sekolah selepas banjir surut..bukan senang nak bersihkan segala kekotoran tu...

    Dan sudah tentu jugak kerugian sebab ada kerosakan peralatan seperti komputer, meja, kerusi dan lain-lain.

    Tapi kita sebagai umat islam kena yakin bahawa setiap yang Allah takdirkan tentu ada hikmahnya. Di sebalik kemudharatan yang nampak pada zahirnya tentu ada hikmah di sebaliknya

    ReplyDelete
  3. Sungguh la Pokli,

    Penat sokmo. Tu belum kira kerugian yang terpaksa ditanggung. Kalu jadi kat saya, mau 'sewel' sekejap...

    Harap-harap tidak ler..

    ReplyDelete
  4. Tirana, bebudak tu memang lah seronok.

    Konon-konon berlakon, "Ala, baba, camner ni, takleh g sekolah?"

    Saya senyap je, tunggu respon yang lain. Tapi dari riak wajah, tau dah. Memang diorang sonok tak payah pegi. Esok siap lah korang, cuci kelas.
    hahahahahahaha..

    ReplyDelete
  5. Berapa jam hujan tanpa henti? Tentu saja melibatkan kerugian puluhan malah ratusan ribu! Semoga tabah menghadapi.

    Waspada wabak penyakit. Lihat entri HFMD di laman CelikHuruf

    ReplyDelete
  6. Hehehe...namanya pun budak-budak..diorang memang dianugerahkan dengan kepandaian berlakon.. Kalau diasah bakatnya tentu boleh jadi pelakon macam Shah Rukh Khan..hehehe

    Lepas dah berlakon kena cuci kelas, satu lagi living skill yang mereka boleh pelajari...belajar susah..belajar penat...belajar teknik mencuci..bagus tu cikgu Izzudin untuk anak-anak kita. Pendidikan melalui pengalaman..sesuatu yang sukar untuk dilupakan..

    ReplyDelete
  7. salam..
    rasanya tak perlulah kita bermain kata lagi cikgu..air dah melimpah pun..

    sini ujan pun tak benti2...sejukkan alam..sejukkan hati..

    ReplyDelete
  8. Bro Rozlan,

    Terima kasih atas ingatan tentang penyakit banjir.

    Bacalah akhbar hari ni dan esok, pasti berita tentang banjir akan memenuhi dada akhbar.

    Tapi yang sedihnya, kekadang bantuan tak sampai. Ada kala, penduduk kampung berusaha sendiri dengan kerjasama jiran.

    YB? Sori erk...YB akan hanya bertandang musim pilihan raya. Itu pun datang dengan rombongan press. Biasa lahh...

    ReplyDelete
  9. Tirana,

    Agaknya bebudak ni sama feelnya, biarpun tak sama perut ibunya.

    Tapi tak hairanlah, saya dulu pun, nakal juga.

    Kalau musim banjir, tak tau takut. Suka tangkap ikan. Tapi sekarang ni, nampak je anak main kat parit, siap lah kau!

    Cepat-cepat lari masuk rumah bila nampak saya. Hai la anak....

    ReplyDelete
  10. Azza, musim tak menentu skang ni.

    Ari tu semasa ke Penang, bebudak tu tak 'mabuk' masa lalu antara Jeli ke Grik?

    Anak-anak saya terpaksa diarahkan tidur kalu kami lalu di situ.

    kalau tidak, ...uweeeeeeeeeeeeekkk

    uwekkkkkkkkkkkkkk... habis satu keta!

    ReplyDelete
  11. whoaa.. tinggi gaks naik air bah ya, camner cikgu, kena angkat suar ler jawabnyer

    ReplyDelete
  12. Maksu, ingat dah lupa nak jengah sini.

    Iyelah, Tuan PPD dan GB pun sinsing suar, kalau tak lencun le..

    Ntah lah Maksu, kalau tak surut juga esok, anak-anak saya tak sekolah lagi le nampaknya.

    ReplyDelete
  13. ngengokkan gambor tu - sedih beno rasenya dengan musibah tuhan bagi...kadang2 itu lah yop.selain hukum kejadian tuhan - pemimpin kita kita kena tengok sistem perparitan yg di sediakan...apa2 pun teman sedih dengan kerugian yg di tanggung......

    ReplyDelete
  14. Tuan...rumah miss jaz pun teruk yer...dia pun dah dipindah kan ke pusat kawalan bencana...

    ReplyDelete
  15. Daddycool,

    Iyelah, baru terperasan, rumah Miss Jazz pun di situ. Saya dapat tahu ada lebih 30 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan di Pusat Pertanian Lekir. Sadisnya, nasib baik juga peh raya....

    ReplyDelete
  16. Bantuan kepada mangsa banjir perlulah ikut harga semasa. Sultan Pahang pun dah tegur RM8 mana cukup,kena tambah.Takkanlah kerajaan tak de bajet sebab mangsa ni pun perlu bantuan

    ReplyDelete
  17. Betul, sengkek sangat ke negara kita? Mangsa-mangsa banjir ni, rakyat negara ni, bukan pendatang Bangladesh yang numpang bawah jambatan.

    Deme ada anak bini, kuage, dan mengundi pemerintah.

    Kerajaan perlu lebih realistik, supaya rakyat rasa dihargai pada waktu-waktu kritikasl begini.

    ReplyDelete
  18. cikgu, Tuhan turunkan dugaan kerana Tuhan sayang.

    Allah sangat sayangkan pemberi ilmu dan mereka yang menuntut ilmu. jadi Allah 'cuit' sedikit dgn dugaan sebegini.

    moga tabah dan kuatkan semangat ya.saya nk menolong x mampu, setakat boleh berdoa dari jauh..

    kami di usm sedang berusaha gigih mencari penyelesaian bagi mengurangkan banjir..peruntukan sudah disediakan, tinggal nak hasilkan outcomenya saja. moga suatu hari saya dpt turut serta membantu melalui penghasilan teknologi terkini dan dpt sumbangkan sesuatu utk rakyat kita..

    ReplyDelete
  19. Baguih lah Wilda, Tapi hal banjir ni, bukan kerana Allah semata-mata. Longkang sempit, sistem perparitan tak sempurna, sungai terbiar, tu semua menyumbang ke arah kejadian banjir kilat.

    Betul tak cik jurutera?????

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...