Monday, October 13, 2008

Pangkalan Hulu-Catatan Perjalananku

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.
Kalau bukan kerana arahan JPN, tidaklah aku ke Pangkalan Hulu. Kursus Penghakiman Aktiviti Bahasa Peringkat Negeri Perak memberi peluang aku ke daerah yang pernah menjadi kubu pengganas Parti Komunis Malaya satu ketika dahulu.

Perjalanan pada tenga hari tidaklah menjadi masalah kepadaku. Lagipun, laluan ke sana tidak asing lagi. Sebelum menggunakan jalan raya Simpang Pulai-Gua Musang untuk ke Terengganu, aku sering menggunakan laluan Kuala Kangsar-Grik dan terus ke Jeli.

Sekarang tidak lagi kerana perjalanan melalui Cameron Highlands lebih mendamaikan, malah lebih santai. Anak-anak dapat memetik buah strawberi yang segar jika singgah ke Blue Valley.

Sebenarnya Malaysia sangat indah. Perjalanan ke Pangkalan Hulu membuktikannya. Sayangnya liputan 3G untuk muat naik foto tidak disediakan di pekan Grik ini. Tak dapatlah aku masukkan foto.

Semasa di Manong, aku berhenti di sebuah masjid, dan sempat merakamkan foto pam paip zaman dulu. Sudah lama tak kutemui, malah kalau tak silap, sudah jadi bahan muzium dah.

Melalui Beruas, masuk ke Manong terus ke Kuala Kangsar, semuanya lancar. Kawasan Perkelahan Ulu Kenas memang sudah terkenal dalam negeri Perak.

Di pertengahan antara Kuala Kangsar dan Lenggong, begitu banyak lata (lata ialah kawasan air terjun atau jeram yang sesuai dijadikan tempat berehat/berkelah). Paling terkenal ialah Lata Kekabu.

Entah Bro Jinggo pernah buat aktiviti di sini atau tidak, aku pun tak pasti. Sebenarnya banyak produk pelancongan yang boleh di'jual' di Hulu Perak ini.

Antara lain, terdapat Muzium Arkeologi Kota Tampan. Kumpulan penyelidik yang diketuai pensyarah USM menemui manusia terawal pada zaman paleolitik, yang kemudiannya dikenali sebagai "Perak Man". Selain artifak dan tulang manusia, terdapat gua-gua tinggalan pribumi terawal di negara kita. Segala tinggalan itu dikaji dan sebahagiannya ditempatkan di muzium ini. Malangnya ia jarang dikunjungi orang ramai.

Berdekatan Tasik Raban, begitu banyak gerai ikan pekasam. Ini juga menjadi satu tarikan ke daerah ini. Jambatan Raja Nazrin pula sungguh indah terutama pada waktu malam.

Berbanding daerah lain, daerah Hulu Perak merupakan kawasan yang belum terusik sepenuhnya. Masih banyak hutan dara, termasuk Hutan Hujan Diraja Belum. Terdapat perkampungan orang asli dari suku Mahmeri dan Negrito (kalau salah, maaflah) yang boleh dikenali melalui susuk badan yang agak kecil, berambut kerinting dan kulit agak gelap. Bagaimanapun, makin ramai yang kahwin campur dengan Melayu dan Cina, menyebabkan wajah asli itu semakin hilang.

Hutan Belum luas dan menjadi kawasan tadahan air yang kemudiannya melimpah ke Tasik Banding. Wajarlah ia dijadikan khazanah negeri Perak yang tidak ternilai untuk masa depan cucu cicit kita nanti.

Sebelum terus ke Pangkalan Hulu, aku masukkan cerita ini, sebab di sana, liputan telefon bimbit sangat lemah. Apatah lagi mengharapkan 3G, jauh panggang dari api. Sekurang-kurangnya, dapat juga kukongsi cerita bersama rakan lain yang kekadang menyinggah ke blog ini.



8 comments:

  1. Dulu masa saya tinggal di KB selalu lalu pengkalan hulu untuk pulang ke utara. Semakin indah tempat tu..

    ReplyDelete
  2. sekarang nak balik kelantan tak perlu allu sana dah..hway terus ke Grik..tak masuk bandar baling p.hulu..

    ReplyDelete
  3. Hmm.. Rupanya coverage CELCOM ok di sini. So, dengan adanya broadbandku, dapatlah meng'update' blog dan menziarahi blog kengkawan..

    Buat Azza dan Tirana, terima kasih sudi singgah.

    Pangkalan Hulu ni, nama lamanya Keroh, Pehtu bunyi macam tak best je, tukao ke nama skang ni.

    ReplyDelete
  4. cantiknya bumi malaysia kita - tapi jauh dari kesedaran kita yop -banyak benor orang sedang bergotong royong memusnahkannya...sehingga air sungai mengalir umpama longkang2 besar , langit yg biru menjadi hitam kelabu , hutan yang hitam...jadi apa tah...itulah bumi malaysia. hari ini bumi seakan meminta kita - belas kasihan : kita tidak mewarisi bumi ini dari nenek moyang kita.........

    ReplyDelete
  5. cikgu, kampung saya di kuak, berhadapan dgn tasek raban. mmg setiap kali balik kmpg akan melintasi jmbtn Raja Nazrin. tapi sayang, kawasan rehat bersebelahan jambatan dibiarkan lesu tak berpengunjung. mungkin perlu lebih pendedahan, atau lokasinya x sesuai..hmm..

    ReplyDelete
  6. Sedikit komen Bro Jinggo:

    ...sehingga air sungai mengalir umpama longkang2 besar , langit yg biru menjadi hitam kelabu , hutan yang hitam...jadi apa tah...itulah bumi malaysia.

    Betoi Bro Jinggo. Kita sebenonya tak menghargai anugerah Tuhan di Malaysia ni. Ramai beno yang cemeghokap ngabihkan balak-balak, akhirnya anak cucu akan datang nengok gajah di zoo aje. Tengok ghimo dalam buku, itu pun gambo je.

    ReplyDelete
  7. Dik Wilda,
    Orang Peghak juge ye...

    Kini saya jarang ke Hulu Perak. Tapi suasana di sini mendamaikan. Tempat saya di Manjung agak hiruk pikuk.

    Teruskan menimba ilmu. Jaga diri, jangan nakal-nakal. Ingat, kecantikan yang hakiki ialah akhlak yang sopan serta maruah yang dipertahankan.

    ReplyDelete
  8. Cikgu,

    Saya pun orang perak jugak tapi saya perak utara..dari daerah kerian.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...