Saturday, October 18, 2008

Cikgu SMKBS Menjayakan Bumi Hijau

">" border="0" alt="" />
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.


Hari ini, Sabtu 18 Oktober 2008, guru-guru SMKBS menyahut cabaran kerajaan untuk mencantikkan kawasan sekolah.

Pengetuaku, yang juga bekas guruku satu ketika dahulu adalah seorang Ketua Jabatan yang rajin dalam hal bercucuk tanam ni.

Aku diarahkan membawa batang ubi kayu kerana memang itulah yang banyak di keliling teratakku.

Ada cerita tragis tentang pengetuaku ini. Tahun 2005, 11 Februari, ketika masyarakat Tionghua masih menyambut suasana Tahun Baru Cina, pengetuaku kehilangan 4 orang puteri yang cantik dan berpendidikan. Mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan raya Timur Barat, berdekatan Grik pada hari Jumaat.
Photobucket
Tapi pengetuaku ini tabah orangnya, biarpun Allah mengujinya dengan ujian yang cukup hebat.

Kami menanam pokok kelapa mawar, serai, ubi kayu dan beberapa jenis pokok lain bagi meredupkan kawasan yang agak lapang.

Selain itu, dapat juga merapatkan hubungan sesama rakan sekerja. Selepas bercucuk tanam, kami dijamu dengan makan tengah hari.

Tengah hari ini, semuanya menyerbu ke rumah Pn. Norapidah, pembantu makmal sekolahku yang menyambut menantu sulungnya. Selamat pengantin baru Safawati!

11 comments:

  1. Pn soleha ke pngetua ko bro? Aku test anto msg guna hp n guna wifi dlm umah aku sndiri... Hehe.

    ReplyDelete
  2. salam cikgu..
    tanam ubi kayu ekk..
    tiba2 terasa nak tanam jugak la kat tepi umah..

    ReplyDelete
  3. Berbudi pada tanah tidak rugi kerana budi tersebut akan berbalas.

    Sebut pasal ubi kayu, teringat kisah lampau, masa tingkatan 1 pernah curi ubi kayu. He he he!

    ReplyDelete
  4. Gotong royong bukan sahaja mampu mencantikan kawasan sekolah tetapi interaksi yang terbaik bersama rakan-rakan sekerja.

    ReplyDelete
  5. Salam cikgu Izzuddin...

    Seronok bergotong royong..Sambil-sambil buat kerja..boleh berbual-bual. Kalau masa saya sekolah dulu, murid-murid yang bergotong royong, dapat makan free..hehehe..Budak2 mcm saya, seronok sangat kalau dapat makan free..

    ReplyDelete
  6. Azza, zaman tok nenek kita di zaman Jepun, ubilah yang menyambung nyawa mereka.

    Ubi kayu sedap dimakan rebus dengan cicah kelap parut. Munim plak dengan kopi, ketika hari hujan,,Fuhhhhhhhh. Sedaapppp...

    ReplyDelete
  7. tapi kalau boleh tanam pokok yang memayungi, pokok jati ker...

    "Tanam hari ini untuk generasi mendatang",

    ReplyDelete
  8. ...teringat projek Buku Hijau masa kecik2 dulu...masa tu teman tanam ubi kayu....elok benor la tu yop : bumi ini memerlukan sumbangan kita...

    ReplyDelete
  9. Pendekar, bagus idea tu. Nape tak terfikir untuk tanam pokok jati yer?

    Saya nak cadangkan pada bos lah nanti.

    ReplyDelete
  10. Bro jinggo,

    Di tempat teman tu, memang agak 'gurun skit' suasananya.

    ReplyDelete
  11. cikgu-cikgi yang bertangan hijau

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...