Sunday, October 12, 2008

Shah Rukh Khan Dapat Gelaran Datuk

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Shah Rukh Khan dijangka terima Datuk bulan depan-BH 11 Oktober 2008

MELAKA: Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan dijadual datang ke Melaka bulan depan bagi menerima gelaran Datuk yang dianugerahkan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob sempena sambutan Harijadi ke-70, hari ini. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata kedatangan Shah Rukh Khan akan diuruskan dengan bantuan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Aku tersenyum sinis membaca berita ini. Nak gelak pun ada, hairan pun ada juga. Bercampur baur. Tapi yang jelas, rasa tidak puas hati terhadap berita ini dapat aku nyatakan:

Pertama, siapalah yang memilih SRK untuk menerima gelaran ini? Atas sebab apa? Besarkah jasanya kepada pembangunan Melaka, atau Malaysia?

Kedua, SRK akan gunakan gelaran ini dalam promosi filemnya? Rasanya tidak. Seperti Datuk Michelle Yeoh, yang hanya gunakan gelaran itu apabila pulang ke Malaysia. Tapi dalam kes Michelle Yeoh, dia adalah aktres Cina kelahiran Ipoh, Perak. Kalau dapat gelaran pun, patutlah. Tapi SRK? Lahir di India, membesar di India dan hanya sekali dua ke Malaysia untuk penggambaran filem.

Ketiga, aku rasa gelaran Datuk sebenarnya sudah tiada nilai, sebab terlalu ramai yang boleh dapat, dan mudah diberi. Seingat aku, gelaran 'Sir' diberi kepada Alex Ferguson, pengurus Manchester United oleh Ratu England setelah kelab bola sepak itu berjaya merangkul tiga gelaran semusim. MANU menjadi Juara Liga 1998-1999, Juara FA dan mengalahkan Bayern Munich untuk mengungguli trofi Liga Juara-juara di musim yang sama.

Sultan Abu Bakar, yang memerintah Johor juga, pernah dapat gelaran Sir, tetapi ketika itu, Tanah Melayu di bawah pengaruh Empayar British. Lagipun, baginda telah mentadbir negeri Johor dengan mengguna pakai kaedah pentadbiran British.

Apa logiknya SRK diberi gelaran Datuk? Aku hairan dengan sikap orang kita, yang begitu mengagungkan orang lain berbanding rakyat sendiri.


Agaknya, tak lama lagi, mungkin Lewis Hamilton, pemandu McLaren dalam perlumbaan F1, akan turut disenaraikan untuk menerima gelaran Datuk.

Siapa tahu, Brad Pitt turut diberi anugerah ini satu hari nanti. Kalau aku diminta memberi cadangan penerima gelaran Datuk, aku akan cadangkan Maria Sharapova, Park Ji Sung,dan Harrison Ford. Tentu hebat bunyinya, Datuk Harrison Ford, Datuk Park Ji Sung.

Pada hal, kenapa tidak berikan sahaja gelaran itu kepada rakyat negara ini yang menyumbang pengetahuan dan bakat, seperti Zulkilfi Haron (Pencipta Kereta Hantu di Rawang).

Selalunya, kita hanya akan beri gelaran apabila mereka sudah tiada. Contohnya, P Ramlee, menerima gelaran Tan Seri selepas meninggal dunia. Pelik, kan?



14 comments:

  1. salam malam di dinihari..
    gelaran datuk seolah tiada nilai..
    nak salah kan siapa dlm hal ini..kerana kita juga yang terlalu memuja org luar..diberi laluan yg cukup mudah berbanding org kita yang mcm merempat di tempat sendiri.

    agaknya ramai sgt melayu yg suka kan shah rukh khan..filem hindi..sehingga dia dberi gelaran datuk.
    melayu-kita...

    ReplyDelete
  2. cikgu..
    terjebak..

    maaf jika tersilap..cm terjebak dlm konteks sy ialah bukan pilihan pd asalnya..sebab itu ada pktaan 'ter'...tetapi bukan menolak sepenuhnya.
    bila berada dlm bidang ini..baru sy sedar cahaya berkilau di depan..

    sy redha kerana sebenarnya inilah anugerah tak ternilai utk sy..dismping mendampingi mereka..sebenarnya sy belajar dr mereka setiap hari..

    ReplyDelete
  3. Azza,
    teruskan bercerita tentang anak-anak istimewa ini, Suka saya membacanya.

    Perspektif yang berbeza dari kebiasaan.

    Berapa orang cikgu yang mengajar anak-anak istimewa ini, yang boleh bercerita mcm azza, ye?

    ReplyDelete
  4. cikgu..
    sekadar bercerita apa yg sy lihat..apa yg sy rasa..dan apa yg sy dengar.

    ada sorang tu..wei kang namanya..kl dia tak datang ke skolah..kami rasa sunyi. dia lah penghibur..dia lah yg salu kami ilang suara sb duk menjerit itu ini..tapi bia dia tiada ..terasa skali kehilangannya. ada 2 3 entry sy khas psl wei kang..

    skrg ni tabiat dia suka memakai songkok..marah kl ditanggalkan dr kepalanya..pp nya yg chubby....adehh merah2 kena cubit oleh kami sb geram..hehee

    ReplyDelete
  5. Gelaran dato' memang tak ada nilai bagi kita yang tak dapat tapi bagi orang yang dapat, tentu bernilai..hehehe

    Terfikir jugak apa relevannya shah rukh khan tu dengan malaysia. Ada ke dia bawak sesuatu perubahan yang besar impaknya kepada Malaysia..Tak pernah terdengar pulak... Suami saya telah yang berhempas pulas menyelamatkan beratus orang di katil pembedahan jantung...tidak pulak dipandang..hehehe..tapi kita bekerja ikhlas..tak mengharapkan apa-apa gelaran. Yang penting dapat berkhidmat kepada masyarakat..Ganjaran biar Allah yang bagi di akhirat.

    Dan cikgu Izzudin sendiri..dah berapa ramai anak didik cikgu yang menjadi manusia yang berguna hasil penat lelah cikgu mendidik mereka..lebih relevan rasanya diberi gelaran dato' jika dibandingkan dengan shah rukh khan..Entahlah apa yang dipandang kepada pelakon itu sampai diberi gelaran tersebut..Nak jual nama Malaysia di mata dunia agaknya...


    P/S Kenapa agaknya cikgu Izzudin melabelkan saya sebagai "ironlady" ye..

    ReplyDelete
  6. Azza,

    Timba suasa di tepi kali
    Buat mandian tuan puteri
    Berputus asa jangan sekali
    Jadikan tabah pakaian diri.

    ReplyDelete
  7. Tirana, judul pada entry memberi maksud mendalam untuk saya sendiri.

    Membaca blog puan menjelaskan kepada saya betapa ibu yang sepenuhnya menjaga anak ibarat wanita besi, yang kuat semangat dan harapan.

    Puan adalah ibu, sama seperti arwah mak saya, dan peranan puan sama seperti isteri saya yang mengendalikan enam orang cahaya mata kami.
    Setiap anak, ada ragamnya. Tentu penat, tetapi berbaloi melihat mereka membesar depan mata.

    Itulah sebabnya dalam entry itu saya nyatakan sebagai 'Ironlady', lambang ibu yang kuat semangat.

    Teruskan. Andainya rasa tidak sesuai, saya akan pinda.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. salam cikgu..

    indah sungguh labuci di lengan
    lebaran bergaya lebih bereti
    terima kasih segala sokongan
    insya allah berpanjangan niat di hati

    tkaseh..

    ReplyDelete
  9. Azza, cikgu teruskan dengan semangat. Tapi mahu tak sambung ke peringkat yang lebih tinggi, mungkin hingga Master? Tak ramai yang minat ambil Pendidikan Khas untuk peringkat Sarjana.

    Untung jangka panjang.

    Sekadar melontar pandangan.

    ReplyDelete
  10. cikgu..
    ada niat..masih terpendam..
    pernah bersuara n bbincang ngn hubby..
    insya allah satu masa nnti..

    ReplyDelete
  11. dato' shah rukh khan - teman dengo masa teman dlm hutan ( kawan hantor sms ) - awe2 teman rasanya nak tergelak ( besar sangat ke sumbangan shah rukh khan pada kita ) - rasanya tiada satu pun yg di tinggalkan - selain deman hindi ( ramai yg jadikan mat bangla ) sebagai ganti.....kita kecian yop - pada hari2 esok sapa lagi yg nak dapat dato' - ase minat aja terus bagi dato'....kalaulah kerajaan Perak buat macam tu - bergego yop Malaysia....

    ReplyDelete
  12. dato' shah rukh khan - teman dengo masa teman dlm hutan ( kawan hantor sms ) - awe2 teman rasanya nak tergelak ( besar sangat ke sumbangan shah rukh khan pada kita ) - rasanya tiada satu pun yg di tinggalkan - selain deman hindi ( ramai yg jadikan mat bangla ) sebagai ganti.....kita kecian yop - pada hari2 esok sapa lagi yg nak dapat dato' - ase minat aja terus bagi dato'....kalaulah kerajaan Perak buat macam tu - bergego yop Malaysia....

    ReplyDelete
  13. Hmm, rupenye mike pun pikio same dengan teman. Apalah nak jadi la ni? Agaknya pemimpin Melaka ni dah pegang pepatah popular Perak, "bio pape asey bergaye".

    Teman lontarkan serangkap pantun untuk kite pikiokan:

    Burung Segan burung Belatuk
    Buah pala di dalam guni
    Shah Rukh Khan sudah bergelar Datuk
    Siapa pula selepas ini?

    hihihihihihihihihihihihihi....

    ReplyDelete
  14. yop - cerita politik lagi , teman ni orang niaga yop - silap2 tak boleh masuk melaka - tapi teman nak tanya yop besor benor ke jasa datok shahrul tu ( bukan nama sebenar ) - jasa paling besor bila semua mat bangla perasan jadi dato' sharul...kampung teman pun dah ada yop - kerja congke biji ( kelapa sawit )......

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...