Kali ini, tajuk postingku ialah Langkawi Bumi Bertuah. Memang Langkawi pulau yang bertuah.
Asalnya adalah perkampungan nelayan dan pesawah yang rata-ratanya masyarakat Melayu.
Kononnya Langkawi disumpah oleh Mahsuri, seorang wanita Melayu yang difitnah kerana kecantikannya. (Orang Melayu memang tak lekang dengan sikap PHD ini?) Kini semua cerita Mahsuri menjadi produk pelancongan yang berjaya menggamit kedatangan pelancong ke sini.
Asalnya adalah perkampungan nelayan dan pesawah yang rata-ratanya masyarakat Melayu.
Kononnya Langkawi disumpah oleh Mahsuri, seorang wanita Melayu yang difitnah kerana kecantikannya. (Orang Melayu memang tak lekang dengan sikap PHD ini?) Kini semua cerita Mahsuri menjadi produk pelancongan yang berjaya menggamit kedatangan pelancong ke sini.
"Paklah tak pandai jaga pulau ni,.." Kata seorang pemandu teksi yang kutemui tempoh hari. Kebanyakan orang Langkawi rasa terhutang budi dengan Tun sebenarnya.
Hampir 130 orang guru dan pegawai teknik Bahasa Melayu seluruh negara berkampung selama 4 hari untuk memurnikan kertas konsep aktiviti bahasa tahun 2009.
Daripada Dyamim, aku dapat tahu kisah rakan kami, Cikgu Abdullah yang telah meninggal dunia. Kak Zawiyah rupanya sudah pencen. Cikgu Shukor diserang stroke, dan baru pulih dua tiga minggu yang lalu. kami dapat bertukar-tukar cerita tentang rakan lain dalam PBMP dulu.
Sepanjang pemerhatianku, Langkawi semakin pesat membangun. Kedai-kedai yang menjual pinggan mangkuk serta coklat, biasanya menjadi tumpuan pelancong luar. Aku tak terkecuali menghabiskan duit yang semakin menyusut untuk ole-ole buat anak-anak nanti. (Macamlah banyak sangat duit...)
Ada beberapa buah kedai yang popular dalam kalangan pelancong tempatan. PAStinya nama Ismail Group terlintas dalam fikiran mereka yang biasa mengunjungi pulau lagenda ini.
Malam ini, kami diraikan oleh urus setia seminar dengan hidangan yang enak seperti udang, sate dan seumpamanya. Petang esok, kami dibawa menaiki kereta kabel pada sesi darmawisata.
Moralnya, setiap insan ada anugerah yang mungkin tidak disedarinya. Kita perlu meneroka kemampuan diri, agar nilai diri dapat dipertingkat dan dimajukan.
*Siri (2) bakal menyusul..
Langkawi memang cantik. Saya dah beberapa kali ke sana. Suka tengok pantai2 yang ada di sana. Agaknya sumpahan mahsuri 7 keturunan telah berakhir sebab tu mahsuri semakin dikenali sekarang..Apa pun ceritanya, kita wajar bersyukur atas kurniaan Allah ini..bumi Langkawi yang indah dan damai..
ReplyDeleteSeronok kan cikgu dapat bertemu dengan kawan-kawan lama..Saya pun berharap dapat bertemu semula dengan kawan-kawan lama yang entah di mana mereka berada sekarang ni..
Dan saya suka ayat yang terakhir itu.."setiap insan ada anugerah yang mungkin tidak disedarinya. Kita perlu meneroka kemampuan diri, agar nilai diri dapat dipertingkat dan dimajukan". Betul apa yang cikgu katakan..kita mempunyai keistimewaan dan anugerah masing-masing, Terpulang pada kita sendiri untuk menggilap keistimewaan yang Allah kurniakan..
Tirana,
ReplyDeleteTerima kasih masih sudi ke sini.
Sebenarnya, anugerah Allah yang tak ternilai ialah kesihatan. Dua hari sebelum kenduri lalu, tiba-tiba sahaja kepala sakit, berdenyut dan menyebabkan saya pitam selepas maghrib.
Saya takut mengakui hakikat, sebenarnya tanda-tanda itu jelas, bahawa saya mewarisi darah tinggi warisan ayah.
Bimbangnya saya Tirana, anak-anak pun masih kecil.
Saban waktu, seleps solat, saya titiupkan doa agar tak diuji sakit yang berat.
Sekarang, stabil, tapi saya mula amalkan pemakanan yang tidak melampau.
Tentang kelebihan setiap insan, memang telah Allah berikan kepada kita,termasuk nikmat hidup seperti umur yang panjang, kesihatan yang baik, anak yang sihat dan isteri/ suami yang setia.
Syukur padaMu Allah..
Astaghfirullah...ada darah tinggi rupanya.. Saya bukan doktor yang boleh bagi nasihat pasal darah tinggi..saya cuma isteri kepada doktor saja..hehehe..tapi cikgu, yang boleh saya katakan, mari kita sama-sama amalkan permakanan yang sihat dan senaman yang berterusan. Tentu banyak maklumat yang cikgu telah tahu pasal darah tinggi ni kan..Kita hanya berusaha, ajal dan maut di tangan Allah belaka.. Saya do'akan cikgu Izzuddin sentiasa dalam keadaan yang terbaik agar terus dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
ReplyDeleteTirana,
ReplyDeleteSebenarnya kata Doc, saya di borderline, dan saya berisiko untuk dapat sakit ini berdasarkan sejarah keluarga.
Tapi boleh jadi saya terlalu penat. Hari berkenaan, saya puasa, dan sebelah petang membantu isteri menanam pokok keliling rumah.
Mungkin lah penat (agaknya....)
Alhamdulillah..belum teruk..InsyaAllah jaga permakanan elok2..tentu ok..Banyakkan berehat..jangan lupa tapi jangan pulak terlebih rehat..hehehe..
ReplyDelete"Kecil" dan "besar" adalah sama saja antara kita. Yang membezakan adalah jiwa. Mari kita fikirkan...
ReplyDeletesalam..dari dulu kau idolaku..semoga jue akan dapat ruang dan peluang untuk menjadi sehebat cikgu dan rakan2...doakan kejayaan jue yer..doa seorang guru kan makbul..segala nasihat yang cikgu beri masih terpahat dihati ini..jue akan jadi anak yang soleh..insyaAllah..
ReplyDeletebila ler saya dpt nak ke sana ek
ReplyDelete