Friday, October 31, 2008

Langkawi Bumi Bertuah (2)

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Sesi pagi ini bermakna kerana kami dapat menimba ilmu daripada
Hj Chuari Selamat, seorang daripada tokoh yang bergiat cergas dalam Pesta Pantun sejak ia dimartabatkan ke peringkat kebangsaan. Chuari Selamat, seorang kaki tangan RTM memang seorang daripada budayawan yang kukagumi. Penyampaiannya bersahaja, tetapi padat dengan maklumat berdasarkan pengalaman beliau selama 16 tahun dalam perkembangan pantun negara. Individu seperti Hj Chuari sepatutnya telah diberi anugerah Datuk. Tapi kekadang kita lebih suka mengagung-agungkan orang luar, berbanding rakyat sendiri. Lihat sahaja SRK, artis Bollywood yang akan menerima anugerah Datuk daripada Kerajaan Melaka.

Pulau lagenda, Langkawi memang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Pelancong Arab, Eropah dan Asia seperti Jepun dan Korea memang ramai ke sini. Itulah sebabnya tulisan pelbagai bahasa dipamerkan di kedai-kedai bagi menarik pelanggan asing memberi produk mereka. Ada tulisan Latin, Arab, Siam, Russia dan China. Semuanya dibuat untuk memastikan pelancong asing memahami barangan yang ada di kedai-kedai berkenaan.

Pada sesi darmasiwata petang ini, kami pada mulanya dijangka ke Gunung Mat Cincang untuk menaiki kereta kabel, tapi Langkawi dilanda puting beliung pada sebelah petang (berita ini masuk dalam TV, tapi kawasan kami tak terlibat). Hasrat menaiki kereta kabel terpaksa dipendamkan, kerana cuaca tidak mengizinkan. Sabar sajalah...

Kami dibawa mengunjungi perusahaan produk gamat Nusantara dan menghabiskan sisa-sisa duit yang semakin menyusut di Pekan Kuah.
Gamat memang mempunyai nilai yang tinggi untuk dikomersilkan. Antara produk berasaskan gamat ialah minyak gamat, alat solek, bedak, sabun dan seumpamanya. Ibu gamat yang dikeringkan akan diproses menjadi produk untuk kegunaan harian. Uniknya ialah minyak gamat yang panas, berasap dan masih dimasak dalam kuali, tidak terasa panasnya apabila jariku dicelup ke dalamnya.

Selain gamat, produk lain yang turut mendapat sambutan di Langkawi ialah akar-akar kayu yang banyak khasiatnya. Aku sempat meneguk air Tongkat Ali, dan pahitnya melekat di tekak.

"Taubat saya tak mau coba lagi," Kata Yahya dari Labuan. Merah padam mukanya menahan kepahitan air Tongkat Ali yang diteguknya.

Antara hasil hutan lain dari bumi Langkawi ialah Akar Susun Ayam, Tanduk Litan, Hempedu Tanah, Akar Mertajam dan Lada Bukit.


Sempat juga
Cikgu Hisham dan aku sempat 'berposing' bersama. Entah bila aku boleh ke Tampin, dan bilakah pula dia nak ke Lekir?

Aku, Isham, Yahya dan Hasnan menamatkan sesi darmawisata di pekan Kuah, kerana Isham masih tidak puas hati untuk mencari set dapur yang dikehendakinya.

Semasa menanti rakan-rakan yang masih memilih barang lewat petang ini, aku dapat melihat keruntuhan sosial remaja berlaku di depan mata.
Dua orang anak Melayu yang tak tahu malu, sibuk memadu kasih, berasmara tanpa rasa malu.

Betapa rendahnya akhlak remaja kini, yang tidak tahu menjaga maruah agama dan adab bangsa. Ingin rasanya aku mengetuk kepala jantan jongos dan betina miang yang sedang berahi itu, tapi mujur mereka tiba-tiba 'tersedar', lalu beredar dari situ.
Bangsat sungguh remaja begini. Berani 'beromen' bagai tiada rasa malu dalam diri. Yang betinanya, tidaklah lawa, tapi perangainya mengalahkan kucing betina sedang miang.

Kekadang, aku terfikir juga, mengapa ada ibu bapa yang sanggup menaikkan nilai hantaran ke jumlah yang tinggi, sedangkan wanita yang hendak dijadikan isteri, mungkin sudah ditebuk tupai. Bahkan, aku rasa tak layak mereka digelar wanita, betina mungkin gelaran yang sesuai.

Moga-moga anak dan muridku, tidak ada yang terdorong untuk melakukan perbuatan seumpama ini.


11 comments:

  1. Bestnya cikgu Izzuddin dapat bertemu dengan Hj Chuari Selamat. Saya cukup minat dengan keletah dia.. Dulu, tertunggu-tunggu rancangan berbalas pantun. Gembira kalau Hj Chuari Selamat yang jadi hostnya...

    P/S Yang atas tu gambar cikgu dengan Hj Chuari Selamat kan? Boleh tak saya nak copy?

    ReplyDelete
  2. Tirana,
    Puan selalunya cepat posting dalam ruangan komen di blog saya.

    Copylah, memang saya rasa bertuah dapat menimba ilmu daripada Chuari Selamat. Friendly and very kindly.

    ReplyDelete
  3. Terimakasih banyak-banyak...Saya nak simpan dalam koleksi orang-orang yang yang saya kagumi.

    ReplyDelete
  4. Oh ye sorang lagi yang saya minat ialah Karim Mohammad. Entah la cikgu Izzuddin kenal ke tidak. Masa dia jadi DJ radio, saya kecik lagi.Cikgu Izzudin mungkin belum dilahir masa tu. Karim Mohamad ni pun selalu jadi host rancangan berbalas pantun.

    ReplyDelete
  5. Tirana, maafkan saya kalau tak salah. Sebenarnya, Karim Mohammad dah kembali ke rahmatullah. memang arwah sangat berbakat.

    Menurut Chuari Selamat dalam bengkel bersama kami, arwah Karim Mohammad antara orang yang menggerakkan pesta pantun sempena Bulan bahasa Kebangsaan ketika itu.

    Moga Allah merahmatkan rohnya.

    ReplyDelete
  6. Saya pun dengar berita tu tapi tak pasti sebenarnya. Msaa tu saya berada di luar negeri agaknya.. Ye mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..Ameen

    ReplyDelete
  7. aiyo (utk perenggan last-last)

    saya nak gi langkawi, nak tgk beras terbakar

    ReplyDelete
  8. Maksu,
    Seronok di Langkawi, tapi harga barang, agak mahal. Datang waktu bukan cuti, lebih syooooooooooook.

    ReplyDelete
  9. Selamat kembali Saudara Izuddin. Lama dah saya tak ke Langkawi. Banyak ke beli coklat :).

    ReplyDelete
  10. inilah masalah yang harus kita tangani bersama2

    ReplyDelete
  11. Pengalaman yang menarik dan indah sekali..saya anak kedah sendiri belum penah jejak kaki ke langkawi lagi:) belum ada peluang.

    Topik yang cukup menarik 'hantaran tinggi' 'betina miang' 'jantan jongos'..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...